Kata Haji
Subky Latif seorang anak muda berpelajaran tinggi Islam dan berbakat iaitu Dr.
Asyraf Wajdi Dusuki dikatakan seorang tokoh yang belum dikerenahkan.
Ulas Subky
lagi, Dia belum dikerenahkan dalam politik UMNO Kelantan tetapi dia sedang
dipupuk dan dilatih di Kuala Lumpur dipercayai akan dihantar pulang ke negeri
siti wan kembang menjelang PRU 14 nanti.
Setahu
penulis, Dr Asyraf Warjdi Dasuki ini
bekas pensyarah UIAM yang sudah dihantar ke Kelantan dan bertanding di
parlimen Tumpat lawan Kamaruddin Jaafar dan kalah.
Seorang anak
muda yang berpelajaran tinggi Islam dan berbakat ini pernah bertanding untuk merebut
jawatan ketua pemuda umno bahagian
Tumpat. Malagnya kalah teruk.
Yang sangat
menyedihkan beliau lawannya itu adalah seorang anak muda yang hanya memiliki
sijil pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, sedangkan beliau sudah ada PHD dan bekas
pensayarah UIAM.
Bakatnya
waktu itu masih tidak boleh diterima oleh orang umno bahagian Tumpat. Apatah
lagi umno Kelantan yang masih ramai tokoh untuk diangkat menjadi menteri Besar
jika BN memang dalam setiap Kali PRU.
Mungkin
bakatnya setelah dilantik menjadi timbalan menteri dijabatan perdana menteri
boleh diterima oleh umno bahagian Tumpat khususnya dan umno Kelantan amnya.
Pada hemat
penulis, bakat seseorang tidak mudah diterima pakai dalam politik umno jika
tidak bermula dengan lebih awal iaitu peringkat bawahan atau kampungan.
Apa pun Dr Asyraf Wajdi Dasuki ini bekas ahli akademik
yang memang dipandang rendah oleh politik umno sejak dahulu dan selama lamanya
Sejarah
telah membuktikan ahli akademik memang tidak boleh bertahan lama dalam arena
politik. Apatah lagi nak jadi menteri besar Kelantan yang mana masih ramai lagi
tokoh tokoh yang berwibawa berbanding Dr Asyraf Wajdi.
Menteri
besar Perak Dr Zamri Abdul Kadir kelihatan boleh bertahan lagi panjng sikit usianya
berbanding dengan lain lain tokoh yang pernah naik dalam arena politik umno.
Macam
Tan Sri Dr Yusof Noor agak lama
bertahan. Manakala lain lain bekas pensyarah kebanyakannya pendek usia belaka
dalam politik tanahair.
Dr mansor
timbalan ketua menteri Pulau pinang juga
bekas pensyarah univerisiti Sains Malaysia tak dapat bertahan lama. Malah
menjadi isu yang sangat besar setelah menjawat jawatan nombor dua dalam
kerajaan TOKONG DAP.
Oleh itu nama
Dr Abdul Aziz Bari yang disebut Sukby Latif akan diangkat jadi menteri besar Selangor juga suatu nama yang barangkali
hanya suatu mimpi siang hari sahaja selepas PRU 14 nanti miskipun DAP dapat
memerintah negeri kaya itu.
No comments:
Post a Comment