Sunday, August 23, 2015

Maaf ya Dato Raja



Gelaran ringkas “Dato Raja” pada nama Dato Raja Kamrul Bahrin Raja Ahmad ahli parlimen Kuala Terengganu adalah panggilan manja anak raja negeri kaya rakyat miskin.

Maaf ya Dato Raja kerana buka cerita tanda aras tersangat benci dengan Presiden PAS dan tergamak berkata, selagi ada Haji Hadi Awang dalam PAS selagi itulah PAS tak maju.

Kata kata berkenaan pernah disebut kepada salah seorang orang umno Kuala Nerus pada saya tiga minggu lepas.

Kalau dah demikian mana mungkin Dato raja boleh bersama sama dengan PAS lagi.Mungkin atas sebab itu jugalah PAS Kuala Terengganu awal awal lagi buat keputusan memutuskan hubungan dengan Ahli parlimen Kuala Terengganu.

Beliau juga pernah berkata, kemenangan beliau sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu PRU 13  bukan kerana dari undi orang PAS sahaja.

Kita tidak nafi semua itu, kerana kemenangannya pada PRU 13 termasuk  undi orang China dan undi orang umno. Tetapi kena bekiau ingat bertanding atas tiket parti PAS.

Mengapa Dato Raja boleh bertindak demikian.Yang sebenarnya Dato Raja pernah kecewa iaitu kalah dalam pemilihan AJK PAS Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Hal ini sama dengan apa yang berlaku pada geng Mat Sabu yang kalah dalam muktamar agung tahunan di Kuala Selangor lepas. Mereka sangat kecewa dengan tindakan para perwakilan dan melemparkan fitnah yang bukan bukan.

Dato Raja (ahli parlimen Kuala Terengganu) Syed Azman (ADUN Batu Burok) dan Tengku Hassan (ADUN Ladang)  yang hebat ini semacam mustahil kalah dalam pemilihan AJK PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Walaupun kalah tradisinya dalam pas, mereka dilantik semula macam PAS Pusat melantik semula Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayub sebagai AJK dan mereka tak sudi lantas menolak pelantikan tersebut

Dato raja dan Dr Syed Azman juga menolak pelantikan tersebut manakala Tengku Hassan menerimanya.Inilah sikit cerita sebenar yang tidak boleh dinafikan.

Bacaan politik kini jelas dan nyata dua dua orang ini tak sudi lagi bersama sama PAS dan sah mereka telah memilih untuk bersama sama GHB yang pasti  gelap masa depan sepertimana yang berlaku pada 4 parti Islam di Indonesia.

Oleh itu, maka tercabutlah duri duri dalam daging satu persatu sepertimana pernah disebut oleh Mursyidul Am Dr Harun Din, Awas, Duri dalam daging.


3 comments:

Anonymous said...

Dollah betui apa dato raja cakap. Pas bawah Hadi menang lembab. Tengok muka pun dah tau menang lembab.

Anonymous said...

eluklah tu, kalau dia keluar Pas, maka bersih lah Pas dari gulungan yg tak diingini. Tinggalah Pas dengan org2 yg makan duit Haram pasal ponteng dewan dan tidak amanah dgn janji kpd rakyat. Pas hanya lembu ameno!Selamat masyuk surga..........

Anonymous said...

Anom kata "lembab"....apa yang dikata "lembab"?....dan lawannya "maju"....bila lembab tentu tak maju...apa yang tak maju..??? ...... Anon satu kata "tak amanah dengan janji kepada rakyat" .... janji apa..??? cuba cerita sikit....!!!!!