Barangkali ada diantara anda tidak nampak apa yang penulis nampak. Penulis nampak dengan jelas sekali. Tetapi ada diantara anda masih tidak nampak juga terutamanya bagi mereka yang berkepentingan. Atau bagi mereka yang gemar mengampu dan bodek.
Jadi tidak hairanlah jika ada antara anda yang mengatakan bahawa penulis prejudis terhadap peruntukan kewangan yang dibuat oleh pihak pemerintah.
Sama ada prejudis atau tidak sama samalah kita lihat dan tunggu akan apa yang pernah penulis perkatakan dalam kebanyakan tulisan penulis prihal Datuk Ahmad Said,Mmenteri Besar Terengganu itu.
Dahulu, antara anda pernah dengar cerita yang sedia ada sebagai “maklumat” bahawa segala projek yang dilaksanakan di Terengganu maju kebanyakannya tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Ada diantara anda bersetuju dengan apa yang di perkatakan itu, kecuali Datuk Seri Idris Jusoh dan kroninya sahaja yang menafikannya.
Kalaulah benar apa yang diperkatakan oleh Ahmad Said itu ada asasnya, bermakna segala projek yang menelan kos berbilion ringgit itu bukan untuk membela rakyat, sebaliknya untuk memberi keuntungan kepada peribadi para pemimpin Umno dan kroni- kronisnya sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Ini juga turut bercanggah dengan dasar yang diperjuangkan oleh Umno atau bertentangan sama sekali dengan misi dan visi kerajaanUmno/BN yang dicanang-canangkan selama ini.
Dahulu pernah anda dengar kata kata yang keluar dari mulut Ahmad Said sendiri mengenai jalan raya yang dibina didalam hutan dengan kos RM 50 juta sebagai tidak memberi sebarang manfaat.
Penulis dapat simpulkan bahawa projek itu adalah satu projek yang membazirkan wang rakyat.
Anda barangkali setuju bahawa projek itu adalah satu projek yang membazir dan jelas ada udang disebalik batu yang pernah diamalkan oleh Idris Jusoh semasa memerintah Terengganu selama empat tahun.
Bukan projek Jalan di dalam hutan itu sahaja yang disifatkan sebagai tidak memberi manfaat, malah banyak lagi projek yang membazir dan sangat dibenci oleh Islam, tetapi mereka melakukan serta meneruskan warisan itu hingga ke saat ini.
Cuba anda bayangkan sebanyak RM50 juta telah diperuntukan untuk memperkasakan pelancongan Tasik kenyir yang jelas merupakan “zon berisiko” dan “panas”, termasuk membina dua buah bot yang ada persamaan dengan bot “bahtera petang” milik KETENGAH.
Bot bahtera petang sudah lama beroperasi persis “hidup tidak mahu matipun tidak”. Ia macam rumput ditepi jalan. Jauh sekali untuk mendapat untang, malah dikatakan hendak gaji pekerja pun tidak mampu.
Penulis bimbang dengan projek memperkasakan pelancongan Tasik Kenyir yang di peruntukan sebanyak RM 50 juta itu nanti akan senasib dengan projek taman Orkid yang diperuntukan sebanyak RM 43 juta yang mana sebanyak RM 43 juta wang rakyat di bawah PPRT hilang lesap entah ke mana.
Anda mungkin masih belum lupa bahawa kes itu ada orang yang dipenjara, manakala Menteri berkenaan dapat sebuah Mersedes yang berharga hampir satu juta dan bebas.
Yang peliknya mereka yang menyelewengkan wang tersebut masih bebas dan bekas menteri berkenaan nampaknya sudah menawarkan diri untuk bertanding sebagai naib Presiden Umno diperingkat awal dan menarik diri kerana mungkin tidak makan cekak.
Barangkali anda sudah pun nampak dengan jelas dengan projek memperkasakan pelancongan Terengganu amnya dan Tasik Kenyir khususnya itu.
Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said, RM1.9 juta akan diperuntukan untuk membina dua buah bot yang setiap sebuah berharga RM900,000.00 dan selebihnya akan diperuntukan untuk membina inftraskruktur.
Bermakna segala apa yang dilakukan sebelumnya sudah tidak boleh digunakan lagi,maka perlu kos baru untuk memperkasakan pelancongan yang jelas akan berlaku pembaziran. Percayalah.
Apa kurangnya dengan projek pelancongan “Pulau Mahathir” dan pulau pulau lainnya. Anda mungkin masih belum lupa, Tun Mahathir jika melawat Terengganu ia akan bermalam di Tasik Kenyir.Itulah kelebihan yang ada Pulau Mahathir. Kini apa sudah jadi?
Ini menunjukkan apa yang ada di Tanyir Kenyir itu tiada kurangnya berbanding dengan Langkawi yang juga disebut Langkawi itu Mahthir dan Mahathir itu Langkawi.
Anda juga masih belum lupa, Ahmad Said itu langskap dan lanskap itu Ahmad Said, sebab itu kita difahamkan bahawa jerat memang tidak pernah lupa kaki pelanduk.
Oleh itu, sebanyak RM50 juta yang diperuntukan untuk memperkasakan pelancongan Tasik kenyir suatu yang membazirkan wang rakyat.
Setakat hari ini sudah banyak wang rakyat di bazirkan di Tasik Kenyir, termasuk RM50 juta diperuntukan untuk ternakan ikan yang dikatakan wangnya habis projeknya, wang entah kemana.
Ini pun begitu juga. Bukan rakyat yang dapat faedah. Bukankah adalah lebih baik peruntukan itu diberi kepada pengusaha pengusaha pelancongan yang sedia ada. Ini tidak, Malah kita nampak pihak kerajaan cuba hendak bersaing dengan pengusaha pengusaha pelancongan yang sedai ada dan sedang nyawa nyawa ikan sekarang.
Jika projek memperkasakan pelancongan Tasik Kenyir diteruskan juga, bermakna apa yang di cakap oleh Ahmad Said yang dia akan cuba membantu orang Melayu di Terengganu ini hanya berupa cakap tidak serupa bikin.
Penulis masih ingat dengan nasib pembekal pembekal yang dilantik oleh KETENGAH.
Sehingga hari ini masih ramai lagi yang tidak mendapat bayaran.Bermakna KETENGAH berhutang dengan mereka kerana tidak mendapat pulangan dek pelancongan.
Ini menunjukkan mereka menjadi mangsa kerana belum dilangsaikan hutang mereka oleh KETENGAH.
Ahmad Said kena fikir masak masak dalam membuat pelaburan di zon berisiko dan panas itu, berbanding RM 25 juta diperuntukan untuk memperkasakan pelancongan di Bukit Pak Apil Kuala Terengganu.
Jika dibuat juga sudah tentu dapat dibaca oleh kebanyakan rakyat Terengganu bahawa apa yang dilakukan itu lebih kurang sahaja, malah dua kali lima dengan apa yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini.
Apa kurangnya Ahmad Said berbanding Idris Jusoh yang bercakap berdegar degar itu.
No comments:
Post a Comment