Penulis rasa pelik juga dengan apa yang diperkatakan oleh ketua pegawai eksekutif majlis agama Islam dan adat Melayu Terengganu Datuk Alwi Muhamad.
Masa kan tidak. Cuba anda bayangkan dengan bantuan hanya beberapa ratus ringgit sahaja satu tahun diberi kepada orang miskin di negeri ini dapat membebaskan dari kepompong kemiskinan.
Itulah yang membuat penulis merasa tersangat pelik. Mungkin anda juga turut merasa aneh dan tidak boleh menerima akan hakikat itu.
Bagaimana mungkin jika mendapatkan wang zakat sebanyak beberapa ratus ringgit itu dapat membebaskan orang miskin dari kepompong kemiskinan.Kalau begitu sudah tentu tiada lagi Terengganu yang diketegorikan sebagai miskin.
Kalau begitu, memang sudah lama orang Terengganu tidak layak menerima “zakat” sepertimana pernah berlaku di zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz dahulu.
Akan tetapi sehingga hari ini orang Terengganu bukan sahaja masih ramai yang miskin, malahan terus menerus diberi wang zakat oleh Majlis Agama Islam dan adat Melayu yang di peruntukan jutaan ringgit setahun atas nama asnad “fakir miskin”.
Tahun 2008 Majlis agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah memperuntukan sebanyak RM 4 juta bantu orang miskin, termasuk mualaf seramai 384 orang.
Barangkali termasuk juga di beri bantuan kepada pelajar kebanyak RM 2,500 setiap seorang yang jumlahnya tidak dapat di kesan oleh penulis.
Yang membuat penulis pelik dengan apa yang dinyatakan oleh Datuk Alwi Muhammad bahawa bantuan sejumlah itu sekaligus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Persoalannya adakah bantuan yang diberikan itu berbentuk memberi “kail”? sedangkan apa yang penulis nampak ianya hanya berbentuk bantuan beri “ikan” sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Katakan setiap seorang orang miskin seramai 916 itu diberi bantuan wang sebanyak RM500. Apalah sangat dengan wang sebanyak itu pada zaman sekarang. Lainlah jika 30 tahun dahulu.
Kalau hanya RM 500 apa yang boleh dibuat oleh satu keluarga miskin. Untuk memberi baju raya anak-anak sudah tentu tidak cukup. Malah terpaksa cari wang lain nampak gayanya.Mungkin untuk membeli mercun dan bunga api bolehlah.
Sudahlah begitu halnya, ditambah pula harga barang naik melambong. Jadi bagaimana untuk dijadikan modal untuk menjalankan perniagaan sebagai asas untuk membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan.
Setakat hari ini orang Terengganu bukan dapat membebaskan diri dari kepompong kemiskinan, malah orang miskin di Terengganu semakin hari semakin bertambah ramai, biar pun pihak kerajaan menyatakan kadar kemiskinan negeri Darul Iman ini sudah turun memdadak.
Penulis tidak tahu dari manakah tahap kadar kemiskinan itu diambil. Apakah ukuran yang dipakai?
Barangkali ukuran politik yang digunapakai. Kalau tidak mengapa ada “angka” yang jelas bertentangan kadar sebenar kemiskinan rakyat Terengganu dan sangat tidak munasabah dengan hakikat sebenar.Lebih-lebih lagi orang yang berpendapatan RM1,500 ke bawa masih di beri bantuan “wang raya”.
Ini mengambarkan bahawa keluarga yang berpendapatan bawa RM1,500 juga termasuk dalam ketegori orang miskin. Kalau mereka tidak diketegorikan sebagai miskin mengapa mereka di beri bantuan wang raya, kerana ramai lagi orang yang layak di nafikan haknya.
Yang membuat penulis berasa hairan, masih ramai orang yang miskin yang tidak diberi bantuan wang raya di anggap tertinggal. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Datuk Ahmad Said, dalam satu kenyataan media dan akan diberi atas sebab ia tercicir.Betul ke?
Bagaimana pandangan anda? Anda boleh fikir dan jawap sendiri mengapa orang yang berhak menerima bantuan wang raya tidak dilangsaikan hak mereka. Sebaliknya mereka merupakan orang yang jelas layak, tetapi yang tidak layak pula yang diberi.
Bukan sahaja diberi dengan sewenang-wenangnya, malah jumlah wang raya yang diperolehi oleh golongan tertentu berbeza. Bbukan RM 400 setiap seorang, malah ada yang diberi sebanyak RM 1,000. Ada yang dapat lebih pun ada.
Mengapa berlaku sedemikian rupa? Alasanya dia ada kereta, manakala yang dapat empat ratus itu memilik motosikal sahaja. Dan mungkin orang kampong yang memilik basikal jumlah bantuannya pula berbeza.
Sesungguhnya ini tidak dapat di nafikan kerana Ahmad Said sendiri mendedahkan bahawa jumlah bantuan wang raya kepada orang miskin di Terengganu berbeza. Ada yang dapat RM 200 dengan alasan tiada ramai tanggungan.
Kalau inilah kaedah yang di amalkan oleh kerajaan Terengganu dan majlis agama Islam dan adat Melayu sudah tentu sampai bila-bila pun tahap kemiskinan rakyat tidak akan berubah. Percayalah.
Cuba anda bayangkan. Bukankah “kail” yang diputuskan oleh UPEN untuk membebaskan orang miskin daripada kepompong kemiskinan, tetapi sebaliknya diberi “ikan” juga nampaknya.
Bayangkan ikan yang diberi. Sudah tentu hari ini diberi, besok perlu diberi lagi. Jadi bagaimana untuk mengubah hidup mereka?
Lainlah jika diberi “kail”. Tapi golongan nelayan yang masih belum bebas daripada kepompong kemiskinan di katakan sudah diberi “kail”. Malangnya kail yang diberi juga tidak di manfaatkannya.
Bukan setakat tidak dapat dimanfaatkan untuk membebaskan diri masing masing dari kepompong kemiksinan. Malah ada berita segala kail yang diberikan itu dijual untuk mendapatkan ikan.
Susah juga dibuatnya. Tetapi itulah realitinya yang tidak dinafikan. Mungkin apa yang dilakukan ini di ajar oleh pihak tertentu yang rakus dengan penyelewengan dan termasuk menyalahgunakan kuasa yang sedia ada.
Ini boleh dibuktikan dengan yang di nyatakan oleh Ahmad Said yang mahu supaya Badan Pencegah Rasuah menyiasat danaraya yang dikatakan ada berlaku penyeleweangan.
Ini mengambarkan kepada kita semua bahawa perlaksanaan wang raya juga ada berlaku penyeleweangan.Kalau tidak mana mungkin Menteri Besar boleh buat kenyataan sedemikian rupa.
Percayalah, apa yang di cakapkan oleh ketua pegawai eksekutif Majlis agama Islam dan adat Melayu Terengganu itu, sama sepertimana cakap orang politik yang siang malam kerjanya ialah untuk meraih sokongan. Tidak lebih daripada itu.
Sebab itu orang miskin yang menyokong pembangkang dinafikan haknya.
No comments:
Post a Comment