Monday, October 27, 2008

bagaimana dengan pemimpin kita yang simpan wang diluar negara

sekilas -Utusana Malaysia 27 Oktober 2008 menyatakan sepanjang Januari hingga Jun 2008 pekerja asing di negara ini telah mengirimkan wang ke luar negara berjumlah RM 9,124 juta (RM 9 bilion 124 juta)

Pperbandingan sedekad yang lalu, Timbalan menteri kewangan Malaysia pada April 1997 pernah memberi kenyataan di Dewan rakyat bahawa pekerja asing di negara ini dianggarkan menghantar pulang wang RM 3 bilion setahun kenagara asal.

Dari Jumlah itu sebanyak 62 peratus dihantar pulang ke Indonesia, 25 peratus ke Bangladesh, 7 peratus ke Filipina. Pada masa yang sama pekerja Malaysia diluar negara menghantar pulang wang sebanyak RM400 juta setahun.

Ini semua tidak menghairankan kita, kerana adalah hak pekerja asing. malah tidak menjadi sebarang kesalahan dari segi undang undang, tetapi yang menghairankan kita para pemimpin negara kita yang pergi simpan wang mereka ke dalam bank luar negara.

Dengar cerita bukan sedikit wang para pemimpin disimpan kedalam bank luar negara. Mengapa mereka simpan wang mereka kedalam bank bank luar negara.

Kalau wang yang diperolehi secara betul tidak menyalahi undang undang mengapa mesti takut simpan wang di dalam bank bank di negara sendiri. Apakah yang kurang dengan perkhidmatan bank bank di malaysia ini.

Dengar cerita betapa ramai para pemimpin negara ini menyimpan wang mereka kedalam bank-bank luar negara.Mengapa mereka bertindak demikian. Sudah tentu ada yang tidak kena.Sudah tentu wang itu hasil kerja yang betul, termasuk rasuah yang diamalkan sebagai darah daging masing masing.

Dahulu penjajah yang mari ambil wang negara ini bawa balik kenagara mereka, tetapi sekarang ini para pemimpin negara ini pula yang hantar wang keluar negara.Kalau pekarja asing boleh hantar wang ke negara mereka sejumlah RM 9 bilion, berapa bilion pula pemimpin kita yang hantar wang simpan diluar negara?

Sunday, October 26, 2008

Padan dengan muka Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin baru tahu betapa susahnya apabila tidak pegang apa-apa jawatan dalam Umno. Ini macam tidak ingat dengan apa apa yang pernah dilakukan semasa menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

Dahulu Tun pernah halang orang bukan ahli Umno bercakap di mana mana unversiti Malaysia ini, hatta mereka itu ada PHD sekalipun. Bukan setakat menghalang malah ada yang dikenakan tindakan sama di pecat dan ditahan dibawah ISA.

Bukan setakat orang bukan ahli Umno sahaja, malah orang Umno yang lawan Tun turut di perlakukan dengan sedemikian rupa, termasuk dipecat sebagai menteri Kebinet. Bukan sedikit dicantas dan cincang lumat.

Sekarang Tun baru tahu betapa sakitnya hati apabila diperlakukan demikian. Sekarang rasakanlah apa yang pernah yang diperlakukan.

Sepatutnya Tun tidak merungut, kerana itu adalah balasan atau kafarah yang pasti dikenakan kepada orang seumpama itu. Ingatlah..Allah tidak pernah mungkin janji dan lupa dengan apa apa yang diperlakukan oleh hamba hambanya. Itu diatas bumi belum lagi masuk kubur.

Allah suruh kita ingat hari kiamat yang dijanjikannya yang mahu tidak mahu pasti dan tetap akan berlaku. Demikian juga kafarah Allah juga tetap akan berlaku keatas orang yang banyak melakukan dosa sama ada diatas muka bumi atau dialam akhirat nanti.

Rasakanlah.

Saturday, October 25, 2008

Beruk walau pun nampak baik dan berjasa tetapi tidak pernah lupa gigit tuannya

Ramai orang PAS marah marah dengan Datuk Ibrahim Ali. Mengapa? Sudah tentu datangnya rasa tidak puashati seseorang pasal tindakan yang dilakukan.

Ibrahim Ali dikatakan memberi sokongan kepada Barisan Nasional, sedangkan beliau bertanding atas “tiket” PAS. Sepatutnya, beliau kena sokong PAS lah.

Itulah kesilapan orang PAS. Tak kan buat keputusan dahulu itu tidak berfikir habis habis.Bukankah berpolitik ini bukan perkara main-main, boleh buat apa sahaja yang kita suka.

Mustahil Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tidak Tanya Allah ketika hendak beri Ibrahim tanding dahulu. Kan Islam sudah ajar dari A sampai Z. Mustahil buat sesuatu keputusan yang begitu besar ketepikan ajaran Islam. Tak kan pakai hawa nafsu.

Hendak berkahwin pun Allah suruh kita tanya Dia dahulu. Tak kan hendak tinggal ajaran yang Allah suruh. Kalau sudah tanya Allah sudah tentu segalanya baik belaka. Allah tidak tipu orang yang bertanya sesuatu untuk kebaikan, kecuali itu yang menipu dirinya sendiri.

Allah tidak tipu sesiapa yang ikhlas bertanya sesuatu yang baik baik sebelum buat keputusan muktamad. Lebih-lebih lagi dalam perkara politik. Ini bukan dalam perkara maksiat.

Mustahil semasa hendak memberi Ibrahim Ali bertanding dahulu itu dilakukan atas tindakan hawa nafsu kerana sebab sebab tertentu yang berlaku dalam rumah PAS di Pasir Mas, maka ambil lah Ibrahim yang sudah terkenal dengan label “juara” lompat parti di Malaysia ini.

Malah ada orang gelar Ibrahim Ali itu anjing yang tersepit dicelah pagar apabila terlepas sahaja, pasti akan gigit mereka yang berusaha susah payah itu. Sekarang nampaknya memang ada kebenaranya.

Mungkin orang sekarang tidak percaya lagi dengan Perpatah Melayu itu. Mungkin mereka tidak anggap Ibrahim Ali seperti "anjing" tersepit dicelah pagar kerana perangai manusia tidak sama dengan haiwan.

Kalau kita baca Al Quran memang ada manusia atas muka bumi ini di umpamakan sebagai anjing yang lidahnya terjelir juga jika diberi makan pun.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, terlalu gemar membaca ayat demikian ketika berceramah, malah dalam banyak ucaputamanya pun pernah tidak ketinggalan membaca ayat Allah itu untuk dijadikan bandingan dan ingatan kepada manusia.

Sebab itu adalah tersangat tidak patut Ibrahim Ali yang diberi ruang bertanding atas tiket PAS bertindak menyokong Barisan Nasional.

Tetapi kita kena ingat ada sejenis lagi haiwan yang diperlihara jarang tidak gigit tuannya. Apabila sebut sahaja haiwan yang walaupun di perlihara, tetapi jarang tidak gigit tuanya sudah tentu jawapnya ialah “Beruk”. Beruk memang berperangai begitu.

Beruk bukan sahaja ramai diperlihara oleh orang Kelantan, malah di Kelantan adanya sekolah beruk untuk mengajar beruk naik buah kelapa.

Memang beruk tidak percaya walaupun dia banyak berjasa dan baik dengan tuannya. Jika turun minyak beruk tidak kena tuannya. Bukan setakat mengigit malah sudah ada tuan “beruk” mati digigit “beruk”.

Friday, October 24, 2008

Ahmad Said kelihatan memulakan pembaziran

Barangkali ada diantara anda tidak nampak apa yang penulis nampak. Penulis nampak dengan jelas sekali. Tetapi ada diantara anda masih tidak nampak juga terutamanya bagi mereka yang berkepentingan. Atau bagi mereka yang gemar mengampu dan bodek.

Jadi tidak hairanlah jika ada antara anda yang mengatakan bahawa penulis prejudis terhadap peruntukan kewangan yang dibuat oleh pihak pemerintah.

Sama ada prejudis atau tidak sama samalah kita lihat dan tunggu akan apa yang pernah penulis perkatakan dalam kebanyakan tulisan penulis prihal Datuk Ahmad Said,Mmenteri Besar Terengganu itu.

Dahulu, antara anda pernah dengar cerita yang sedia ada sebagai “maklumat” bahawa segala projek yang dilaksanakan di Terengganu maju kebanyakannya tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ada diantara anda bersetuju dengan apa yang di perkatakan itu, kecuali Datuk Seri Idris Jusoh dan kroninya sahaja yang menafikannya.

Kalaulah benar apa yang diperkatakan oleh Ahmad Said itu ada asasnya, bermakna segala projek yang menelan kos berbilion ringgit itu bukan untuk membela rakyat, sebaliknya untuk memberi keuntungan kepada peribadi para pemimpin Umno dan kroni- kronisnya sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Ini juga turut bercanggah dengan dasar yang diperjuangkan oleh Umno atau bertentangan sama sekali dengan misi dan visi kerajaanUmno/BN yang dicanang-canangkan selama ini.

Dahulu pernah anda dengar kata kata yang keluar dari mulut Ahmad Said sendiri mengenai jalan raya yang dibina didalam hutan dengan kos RM 50 juta sebagai tidak memberi sebarang manfaat.

Penulis dapat simpulkan bahawa projek itu adalah satu projek yang membazirkan wang rakyat.

Anda barangkali setuju bahawa projek itu adalah satu projek yang membazir dan jelas ada udang disebalik batu yang pernah diamalkan oleh Idris Jusoh semasa memerintah Terengganu selama empat tahun.

Bukan projek Jalan di dalam hutan itu sahaja yang disifatkan sebagai tidak memberi manfaat, malah banyak lagi projek yang membazir dan sangat dibenci oleh Islam, tetapi mereka melakukan serta meneruskan warisan itu hingga ke saat ini.

Cuba anda bayangkan sebanyak RM50 juta telah diperuntukan untuk memperkasakan pelancongan Tasik kenyir yang jelas merupakan “zon berisiko” dan “panas”, termasuk membina dua buah bot yang ada persamaan dengan bot “bahtera petang” milik KETENGAH.

Bot bahtera petang sudah lama beroperasi persis “hidup tidak mahu matipun tidak”. Ia macam rumput ditepi jalan. Jauh sekali untuk mendapat untang, malah dikatakan hendak gaji pekerja pun tidak mampu.

Penulis bimbang dengan projek memperkasakan pelancongan Tasik Kenyir yang di peruntukan sebanyak RM 50 juta itu nanti akan senasib dengan projek taman Orkid yang diperuntukan sebanyak RM 43 juta yang mana sebanyak RM 43 juta wang rakyat di bawah PPRT hilang lesap entah ke mana.

Anda mungkin masih belum lupa bahawa kes itu ada orang yang dipenjara, manakala Menteri berkenaan dapat sebuah Mersedes yang berharga hampir satu juta dan bebas.

Yang peliknya mereka yang menyelewengkan wang tersebut masih bebas dan bekas menteri berkenaan nampaknya sudah menawarkan diri untuk bertanding sebagai naib Presiden Umno diperingkat awal dan menarik diri kerana mungkin tidak makan cekak.

Barangkali anda sudah pun nampak dengan jelas dengan projek memperkasakan pelancongan Terengganu amnya dan Tasik Kenyir khususnya itu.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said, RM1.9 juta akan diperuntukan untuk membina dua buah bot yang setiap sebuah berharga RM900,000.00 dan selebihnya akan diperuntukan untuk membina inftraskruktur.

Bermakna segala apa yang dilakukan sebelumnya sudah tidak boleh digunakan lagi,maka perlu kos baru untuk memperkasakan pelancongan yang jelas akan berlaku pembaziran. Percayalah.

Apa kurangnya dengan projek pelancongan “Pulau Mahathir” dan pulau pulau lainnya. Anda mungkin masih belum lupa, Tun Mahathir jika melawat Terengganu ia akan bermalam di Tasik Kenyir.Itulah kelebihan yang ada Pulau Mahathir. Kini apa sudah jadi?

Ini menunjukkan apa yang ada di Tanyir Kenyir itu tiada kurangnya berbanding dengan Langkawi yang juga disebut Langkawi itu Mahthir dan Mahathir itu Langkawi.

Anda juga masih belum lupa, Ahmad Said itu langskap dan lanskap itu Ahmad Said, sebab itu kita difahamkan bahawa jerat memang tidak pernah lupa kaki pelanduk.

Oleh itu, sebanyak RM50 juta yang diperuntukan untuk memperkasakan pelancongan Tasik kenyir suatu yang membazirkan wang rakyat.

Setakat hari ini sudah banyak wang rakyat di bazirkan di Tasik Kenyir, termasuk RM50 juta diperuntukan untuk ternakan ikan yang dikatakan wangnya habis projeknya, wang entah kemana.

Ini pun begitu juga. Bukan rakyat yang dapat faedah. Bukankah adalah lebih baik peruntukan itu diberi kepada pengusaha pengusaha pelancongan yang sedia ada. Ini tidak, Malah kita nampak pihak kerajaan cuba hendak bersaing dengan pengusaha pengusaha pelancongan yang sedai ada dan sedang nyawa nyawa ikan sekarang.

Jika projek memperkasakan pelancongan Tasik Kenyir diteruskan juga, bermakna apa yang di cakap oleh Ahmad Said yang dia akan cuba membantu orang Melayu di Terengganu ini hanya berupa cakap tidak serupa bikin.

Penulis masih ingat dengan nasib pembekal pembekal yang dilantik oleh KETENGAH.
Sehingga hari ini masih ramai lagi yang tidak mendapat bayaran.Bermakna KETENGAH berhutang dengan mereka kerana tidak mendapat pulangan dek pelancongan.

Ini menunjukkan mereka menjadi mangsa kerana belum dilangsaikan hutang mereka oleh KETENGAH.

Ahmad Said kena fikir masak masak dalam membuat pelaburan di zon berisiko dan panas itu, berbanding RM 25 juta diperuntukan untuk memperkasakan pelancongan di Bukit Pak Apil Kuala Terengganu.

Jika dibuat juga sudah tentu dapat dibaca oleh kebanyakan rakyat Terengganu bahawa apa yang dilakukan itu lebih kurang sahaja, malah dua kali lima dengan apa yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini.

Apa kurangnya Ahmad Said berbanding Idris Jusoh yang bercakap berdegar degar itu.

Monday, October 20, 2008

Bolehkah penipu dana raya di hukum?

Jawapnya Memang boleh – tak hendak seribu dalih. Kalau hendak semuanya boleh. Yang tidak penipu pun boleh dihukum kalau ada kemahuan daripada pihak tertentu. Apa tah lagi penipuan dana raya yang jelas berlaku itu.

Mungkin memerlukan masa untuk mengambil tindakan untuk mendakwa mereka yang dikatakan telah menipu pihak kerajaan. Ini bertepatan dengan apa yang dihajati oleh menteri besar Terengganu Datuk Ahmad said.

Beliau mahu supaya penipu dihukum biar padan muka dengan orang yang buiat jahat dengan danaraya yang diperuntukkan kepada orang kuat upaya, ibu tinggal dan warga Emas.

Tersangat tidak wajar pegawai kerajaan yang ada pendapatan bulan diberi danaraya. Bukan setakat orang makan gaji yang dapat danaraya, malah orang mampu juga turut merasa sama.

Inilah apa yang pernah berlaku sejak tahun 2000 hingga kini. Cuma orang yang menyokong pembangkang sahaja yang tidak mendapat nikmat itu. Ada yang dapat, tetapi hanya keluarga dan orang yang baik dengan JKKK sahaja.

Ini juga menyebabkan beberapa orang JKKK terbabit dipecat dan dipanggil memberi tunjuk sebab mengapa masih ada penyokong pembangkang mendapat danaraya.

Atas sebab itu Mastura Haji Mohd, JKKK Buloh Gading, Kuala Terengganu pernah dipanggil oleh pihak berkenaan untuk menyatakan mengapa penyokong pembangkang diberi juga danaraya.

Sehubungan dengan itu, tiga orang JKKK Batu Rakit, menyatakan sokongan supaya badan pencegah rasuah menyiasat kes penipuan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

Salah seorang daripada itu berkata, siasatan perlu dilakukan jika terdpat penipuan dalam proses agihan danaraya supaya ia tidak berulang dimasa akan datang.Ini boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Pendek kata semua rakyat Terengganu setuju penipu danaraya di kenakan tindakan undang- undang sebagai langkah memberi pengajaran kepada mereka yang diberi amanah dan juga pegawai kerajan dan swasta yang memalsukan maklumat peribadi.

Boleh atau tidak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Terengganu mendakwa penipu danaraya sepertimana yang dikehendaki Menteri Besar Ahmad Said itu.

Ahmad Said memang mengharapkan sangat agar penipu dana raya di hukum, biar padan dengan muka mereka.

Itulah harapan Ahmad Said, tetapi apakah ia boleh atau tidak mereka yang terbabit itu dijatuhkan hukuman.

Jawapannya boleh memang boleh tiada sebarang halangan jika ada individu yang tampil membuat aduan secara rasmi kepada badan pencegah Rasuah.

Ini telah dinyatakan sendiri oleh pengarahnya Sharudin Sapian dalam satu kenyataan media baru-baru ini bagi mengulas kehendak Ahmad Said dan beberapa Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong.

Badan pencegah Rasuah tidak boleh menyiasat jika tidak ada aduan khusus apa tah lagi untuk mendaakwa dan menghukum.

Yang penting sekarang ini mesti ada aduan khusus barulah pihak pencegah Rasuah dapat bertindak untuk menyiasat.

Kita sangat mengharap agar Ahmad Said sendiri yang membuat aduan atas asas kenyataan media yang dibuat itu, kerana pihak BPR tidak boleh menyiasat kecuali jika ada aduan.

Kalau Ahmad said mahu supaya penipu danaraya dihukum saepertimana yang diharapkan itu ada lebih baik dibuat laporan polis terlebih dahulu. Lepas itu tampil ke pajabat badan pencegah rasuah agar kelihatan kesungguhan menteri besar.

Kalau tidak berbuat demikian jangan diharap penipu dapat dihukum dan ianya akan berlaku lagi pada tahun tahun akan datang.

Penipuan dana raya bukan berlaku hari ini, malah sebelum ini pun pernah berlaku, tetapi malangnya penipu itu tidak pernah disiasat pun.

Penulis masih belum lupa sebanyak RM 30 juta wang Ishan hilang begitu sahaja.Adakah penipu itu dihukum? Jauh sekali untuk disiasat. Cuma penipu itu dilucutkan jawatannya sahaja.

Apabila jawatan yang disandang itu ditukar kepada orang lain ianya masih berlaku penipuan dan dilucutkan jawatan dan tukar kepada orang lain sehingga hari ini masih juga berlaku.

Jika tidak dibuat aduan sudah barang tentu penipu itu bebas dan jadi kayaraya. maklum sahaja wang. Siapa yang tidak mahu wang. Pendek kata wang itu segala galanya.

Kebanyakan rakyat Terengganu tidak boleh menerima bulat bulat apa yang pernah di cakapkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said bahawa agihan duitraya hanya diberi kepada yang layak.

Bermakna sesiapa sahaja yang layak maka mereka akan menerimanya, tetapi malangnya ada rungutan ramai yang layak dinafikan haknya. Ini menunjukkan agihan duitraya pada tahun 2008 ada yang tidak kena.

Sesetengah mengatakan berlakunya penipuan dan Ahmad Said dalam satu kenyataan mahu supaya penipu dihukum dan meminta supaya BPR tampil menyiasat akan perkara tersebut.

Beberapa orang jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong (JKKK) mengesa badan pencegah Rasuah membuat sisatan agihan danaraya yang dikatakan berlaku penipuan.

Ketua pengarah Badan pencegah Rasuah negeri Terengganu berkata, siasatan tidak boleh dilakukan, kerana tiada sebarang aduan mengenainya, cuma ianya disebarkan melalui media sahaja.

Pelik juga, semasa PAS memerintah Terengganu dahulu BPR terjun tidak bertangga menyiasat kes dua anak EXCO menerima wang zakat yang jelas tidak menyalahi undang undang kerana ada asnadnya.

Kini pihak BPR memerlukan aduan atau laporan polis baru boleh disiasat. Kalau tidak isu penipuan danaraya yang dijadikan isu besar sekarang dibiarkan begitu sahaja, hatta Ahmad Said sangat berharap agar penipu itu dihukum.

Kalau zaman Pas memerintah dahulu mengapa pihak BPR boleh menyiasat tanpa sebarang aduan. Kini tidak boleh berbuat demikian.Bukankah memandai berdasarkan laporan media sahaja.

Ini mesti ada benda yang tidak kena dengan kerajaan yang diterajui Ahmad Said yang mahu supaya penipu di hokum.

Kalau mahukan penipu di hukum jangan hanya bercakap sahaja. Tampil diri membuat aduan untuk menampaknya yang beliau adalah seorang menteri besar prihatin terhadap gejala buruk yang dilakukan orang yang di amanahkan itu.

Dengan itu, tidak timbul anggapan harapan hanya tinggal harapan sahaja.

Saturday, October 18, 2008

Faedah 3 peratus PTPTN yang dinyatakan sudah mansuh masih belum mansuh lagi

Tambang bas ekspres dinaikan sebanyak 30 peratus dalam bentuk surcaj sempena musim perayaan (Aidilfitri). Tempohnya sebulan saja (15 September-15 Oktober), kata menteri. "Selepas itu, kita akan kaji balik!" Malangnya tambang bas yang disebut akan turun, tetapi masih tidak turun turun juga apabila sudah cukup masanya.

Kita bimbang nanti akan dijawap pula “Itu bukan kuasa menteri atau kerajaan”.kita hanya boleh cadang ianya diturunkan. Macam mana hendak buat dia enggan turun.

Yang menghairan kita faedah 3 peratus yang di kenakan oleh PTPTN kepada setiap peminjam yang dikatakan suah dihapuskan menjadi kosong peratus masih lagi tidak jadi kosong.Bermakna masih 3 peratus juga.

Macam mana boleh jadi begitu, sedangkan pihak kerajaan melalu kementerian pelajaran telah menyatakan faedah 3 peratus itu sudah hapus. Tiada lagi. Tapi masih ada.belum mansuh lagi.

Perisyitaharan itu dibuat semasa pilihanraya kecil permatang pauh. Ini mungkin sama juga macam tambang bas yang dijanjikan akan turun tetapi tidak turun turun.

Rakyat buat main sedap hati dengan apa yang dinyatakan itu, Demikian juga perihal pinjaman PTPTN yang dinatakan tiada lagi faedah yang dikenakan sebanyak 3 peratus itu.

Kalau ianya sudah tiada mengapa dalam urusan surat menyurat yang membabitkan pembayaran balik kepada peminjam masih dinyatakan bahawa faedahnya 3 peratus akan dikira.Bermakna masih ada , belum mansuh lagi.

Seorang guru telah menyatakan memang dinyatakan begitu, kerana belum sampai masanya iaitu ianya akan dimansuhkan pada tahun 2009. Betul kah begitu. Jangan jangan ianaya sama juga dengan janji janji yang dibuat oleh pihak kerajaan keatas tambang bas yang janjinya akan diturunkan, tetapi masih tidak turun juga.

Thursday, October 16, 2008

UMNO tidak berubah - yang berubah para pemimpinnya sahaja

Pemimpin serta ahli-ahli UMNO bukan sahaja mesti melakukan perubahan, malah sudah lama berubah sesuai dengan para pemimpin yang anggap jawatan itu “lubang” untuk jadi karayaraya.
Inilah prinsip yang di pegang oleh para pemimpin umno sejak dahulu hingga kini. Mereka yang jadi pemimpin sah jadi “kayaraya” manakala rakyat dibiar menjadi miskin dan papa kedana.
KU LI pernah berkata. Umno pengkhianat bangsa Melayu. Jika tidak berfikir panjang sudah barang tentu ianya memang begitu.Apabila fakir punya fakir maka,Gelaran itu sedikit keliru.
Keliru kerana bukan UMNO yang menjadi “pengkhianat”, tetapi para pemimpinnya yang telah sedang dan akan menjadi pengkhianat bangsa sendiri.percayalah. Ianya suatu yang reality yang tidak boleh dinafikan lagi.
Sejarah telah membuktikannya bahawa entiti Melayu kelihatan satu persatu sudah hilang.Dikorbankan oleh para pemimpin demi pembangunan konon, demi kemajuan konon,demi kesenjahteraan konon, demi keamanan konon demi untuk membela melayu konon.
Sebagai contoh, kita ambil Kampung Kampung Melayu sudah hilang satu persatu entah ke mana. Sekarang sudah boleh dibilang dengan jari, kecuali Terengganu dan Kelantan sahaja yang masih boleh bertahan lagi setakat hari ini. itulah suatu pengkhianatan yang besar oleh para pemimpin Umno.
Tidak lama lagi Kampung Melayu akan hilang satu persatu, termasuk kampong Baru di Kuala Lumpur. Mengapa para pemimpin Umno tergamak berbuat begitu? Sudah tentu punya prinsip pejuangan ada jawatan itulah lubang ada cam dapat kumpul harta jadi kayaraya.
Di sekitar Bandar Kuala Terengganu Kampung Melayu sudah lama hilang. Yang tinggal kekal ialah Kampung China, walaupun ianya mencacat dan merupakan kudis bagi wajah bandaraya Kuala Terengganu.
Siapakah yang melakukan ini? sudah tentu para pemimpin UMNO. Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan Negara dan negeri.
Sebab itu saya kata umno tidak berubah- yang berubah ialah para pemimpin. Sebab itu apabila Datuk Seri Najib sudah pasti akan jadi perdana menteri, dia mahu supaya umno itu mesti berubah.
Bukan Umno mesti berubah, tetapi para pemimpinya yang mahu berubah untuk kumpul harta seberapa banyak yang boleh.
berubah daripada baik kepada jahat. Jahatlah namanya tu jika kampong kampong Melayu dikorbankan. Khianatlah itu namanya jika orang Melayu dihalau ke dalam hutan.
Para Pemimpin Umno boleh kita sifatkan bagai “kera di hutan di susukan anak di pangkuan di biarkan. Atau kumam diberang laut kelihatan gajah di depan mata tidak nampak.
Mungkin disebabkan para pemimpin dan orang umno yang ada sekarang bukan orang tulen lagi.sebab itu ia tergamak bertindakan sedemikian rupa. Kebanyakan yang ada itu. Orang Umno palsu yang tiada prinsip lagi untuk membela Melayu. Mereka tidak berpegang kepada dasar parti yang mereka pegang ialah “siang malam”asyik duduk fikir hendak kumpul harta.
Apabila jadi pemimpin sudah tentu itulah lubang untuk jadi kayaraya. Inilah prinsip yang dipegang oleh orang Umno sekarang. Jauh sekali untuk membela bangsa Melayu,Kata yang diucapkan itu hanya retorik semata-mata.
Sebaliknya jelas telah mengkhianati bangsa sendiri. Inilah perubahan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno. Percayalah.Kalau mereka benar-benar mahu membela bangsa Melayu mana mungkin politik wang menjadi-jadi malah semakin parah kini.
Jadi apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO perlu meniti arus perubahan itu jika parti berkenaan ingin terus menjadi sanjungan dan sentiasa berada di hati rakyat suatu pembohongan yang sangat ketara.
Sesiapa yang menajdi perdana menteri dia akan mencipta slogan yang muluk muluk untuk mengabui mata rakyat. Dr Mahathir Mohammad mencipta Motto “bersih, cekap dan amanah.
Memang Dr Mahathir orang yang cekap. Cekap bina dinasti beliau, sampuh bersih para pemimpin yang berpegang kepada prinsip dan dasar asal Umno. Amanahkah beliau. Jawap sendiri. Kalau Dr Matahir cekap bersih dan amanah macam mana ekonomi orang Melayu terpinggir. Sejak dahulu tidak pernah naik naik ekiutinya. Duduk ditakak lama juga meskipun ada DEB.
Demikian juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau mencipta motto cemerlang gemilang dan terbilang.
Cemerlangkah bangsa Melayu? Gemilangkah bangsa Melayu . Terbilangkah bangsa melayu. Yang namapk cemerlang. Gemerling dan terbilang hanya anaknya menantunya kroni kroninya sahaja. Kalau dia cemerlang, gemilang dan terbilang macam mana orang Umno akar umbi minta dia berundur dan letak jawatan.
'Usahalah berkata yang 'Kita adalah sebuah parti yang begitu banyak jasanya.Kerana jasanya orang sudah nampaknya dengan jelas, seorang para pemimpin naik jadi ketua kepentingan peribadi diutamakan. Mereka berjasa pada diri sendiri, kepada isteri, kepada keluarga sendiri dan kroni kroni sendiri. Itulah Jasa para pemimpin UMNO, termasuk jual Negara - gadai Negara. Sejarah telah jadi bukti para pemimpin Melayu kebanyakannya jadi pengkhianat bangsa sendiri. Betul para pemimpin Umnolah yang memerdekakan bumi bertuah ini, tetapi merdekah kita (orang Melayu).
Para pemimpin Umnolah yang mengisi kemerdekaan.tetapi penuhkah isinya. Kalau sudah dapat mengisinya mana mungkin orang Melayu semakin hari semakin terhakis.dan para pemimpin masih dijajah.
Sebelum kita merdeka memang betul penjajah yang mengambil hasil mashal Negara bawa balik ke nagara mereka, tetapi sekarang ini nampaknya para pemimpin Negara pula yang tolong penjajah pergi simpan harta masing masing di Negara penjajah. Mereka nampaknya berlumba lumba kumpul harta dan dibawa keluar Negara.
'Kalau para pemimpin Umno sudah banyak jasa kepada rakyat mana mungkin kalah dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.Lima buah negeri jatuh ke tangan parti pembangkang.Ini menunjukkan rakyat akar umbi sudah tahu tembelang masing-masing. Kalau dibiar mereka ini menjadi pemerintah lambat laung akan bangkraplah Negara ini.
Ini menunjukkan para pemimpin yang ada sekarang berkhianat kepada bangsa sendiri. jasa-jasa itu hanya berjasa kepada para pemimpin menjadikan mereka kayaraya, anak anak mereka jadi kayaraya, keluarga keluarga mereka jadi kayaraya, kroni kroni mereka jadi kayaraya.bangsa Melayu jadi papa kedana. Tidak dinafi ada beberapa kerat yang kayaraya tetapi kaya “hutang”.
Apa guna bercakap kita perlu prihatin kepada aspirasi rakyat,sedang apa yang dicakap lain dan apa yang dibuat lain. Itulah caakap tidak serupa bikin.Itulah peruibahan yang dilakukan oleh Umno.Lebih-lebih lagi orang melayu memang mudah lupa dan mudah percaya dan senang di tipu.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu Umno berubah ini, entah motto apa pula yang akan diciptanya? Kita tunggu dan lihat. Apakah beliau berpegang kepada prinsip Umno membela bangsa Melayu.

Saturday, October 11, 2008

Apakah benar Wang zakat boleh bebas orang miskin daripada kepompong kemiskinan?

Penulis rasa pelik juga dengan apa yang diperkatakan oleh ketua pegawai eksekutif majlis agama Islam dan adat Melayu Terengganu Datuk Alwi Muhamad.

Masa kan tidak. Cuba anda bayangkan dengan bantuan hanya beberapa ratus ringgit sahaja satu tahun diberi kepada orang miskin di negeri ini dapat membebaskan dari kepompong kemiskinan.

Itulah yang membuat penulis merasa tersangat pelik. Mungkin anda juga turut merasa aneh dan tidak boleh menerima akan hakikat itu.

Bagaimana mungkin jika mendapatkan wang zakat sebanyak beberapa ratus ringgit itu dapat membebaskan orang miskin dari kepompong kemiskinan.Kalau begitu sudah tentu tiada lagi Terengganu yang diketegorikan sebagai miskin.

Kalau begitu, memang sudah lama orang Terengganu tidak layak menerima “zakat” sepertimana pernah berlaku di zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz dahulu.

Akan tetapi sehingga hari ini orang Terengganu bukan sahaja masih ramai yang miskin, malahan terus menerus diberi wang zakat oleh Majlis Agama Islam dan adat Melayu yang di peruntukan jutaan ringgit setahun atas nama asnad “fakir miskin”.

Tahun 2008 Majlis agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah memperuntukan sebanyak RM 4 juta bantu orang miskin, termasuk mualaf seramai 384 orang.

Barangkali termasuk juga di beri bantuan kepada pelajar kebanyak RM 2,500 setiap seorang yang jumlahnya tidak dapat di kesan oleh penulis.

Yang membuat penulis pelik dengan apa yang dinyatakan oleh Datuk Alwi Muhammad bahawa bantuan sejumlah itu sekaligus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Persoalannya adakah bantuan yang diberikan itu berbentuk memberi “kail”? sedangkan apa yang penulis nampak ianya hanya berbentuk bantuan beri “ikan” sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Katakan setiap seorang orang miskin seramai 916 itu diberi bantuan wang sebanyak RM500. Apalah sangat dengan wang sebanyak itu pada zaman sekarang. Lainlah jika 30 tahun dahulu.

Kalau hanya RM 500 apa yang boleh dibuat oleh satu keluarga miskin. Untuk memberi baju raya anak-anak sudah tentu tidak cukup. Malah terpaksa cari wang lain nampak gayanya.Mungkin untuk membeli mercun dan bunga api bolehlah.

Sudahlah begitu halnya, ditambah pula harga barang naik melambong. Jadi bagaimana untuk dijadikan modal untuk menjalankan perniagaan sebagai asas untuk membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan.

Setakat hari ini orang Terengganu bukan dapat membebaskan diri dari kepompong kemiskinan, malah orang miskin di Terengganu semakin hari semakin bertambah ramai, biar pun pihak kerajaan menyatakan kadar kemiskinan negeri Darul Iman ini sudah turun memdadak.

Penulis tidak tahu dari manakah tahap kadar kemiskinan itu diambil. Apakah ukuran yang dipakai?

Barangkali ukuran politik yang digunapakai. Kalau tidak mengapa ada “angka” yang jelas bertentangan kadar sebenar kemiskinan rakyat Terengganu dan sangat tidak munasabah dengan hakikat sebenar.Lebih-lebih lagi orang yang berpendapatan RM1,500 ke bawa masih di beri bantuan “wang raya”.

Ini mengambarkan bahawa keluarga yang berpendapatan bawa RM1,500 juga termasuk dalam ketegori orang miskin. Kalau mereka tidak diketegorikan sebagai miskin mengapa mereka di beri bantuan wang raya, kerana ramai lagi orang yang layak di nafikan haknya.

Yang membuat penulis berasa hairan, masih ramai orang yang miskin yang tidak diberi bantuan wang raya di anggap tertinggal. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Datuk Ahmad Said, dalam satu kenyataan media dan akan diberi atas sebab ia tercicir.Betul ke?

Bagaimana pandangan anda? Anda boleh fikir dan jawap sendiri mengapa orang yang berhak menerima bantuan wang raya tidak dilangsaikan hak mereka. Sebaliknya mereka merupakan orang yang jelas layak, tetapi yang tidak layak pula yang diberi.

Bukan sahaja diberi dengan sewenang-wenangnya, malah jumlah wang raya yang diperolehi oleh golongan tertentu berbeza. Bbukan RM 400 setiap seorang, malah ada yang diberi sebanyak RM 1,000. Ada yang dapat lebih pun ada.

Mengapa berlaku sedemikian rupa? Alasanya dia ada kereta, manakala yang dapat empat ratus itu memilik motosikal sahaja. Dan mungkin orang kampong yang memilik basikal jumlah bantuannya pula berbeza.

Sesungguhnya ini tidak dapat di nafikan kerana Ahmad Said sendiri mendedahkan bahawa jumlah bantuan wang raya kepada orang miskin di Terengganu berbeza. Ada yang dapat RM 200 dengan alasan tiada ramai tanggungan.

Kalau inilah kaedah yang di amalkan oleh kerajaan Terengganu dan majlis agama Islam dan adat Melayu sudah tentu sampai bila-bila pun tahap kemiskinan rakyat tidak akan berubah. Percayalah.

Cuba anda bayangkan. Bukankah “kail” yang diputuskan oleh UPEN untuk membebaskan orang miskin daripada kepompong kemiskinan, tetapi sebaliknya diberi “ikan” juga nampaknya.

Bayangkan ikan yang diberi. Sudah tentu hari ini diberi, besok perlu diberi lagi. Jadi bagaimana untuk mengubah hidup mereka?

Lainlah jika diberi “kail”. Tapi golongan nelayan yang masih belum bebas daripada kepompong kemiskinan di katakan sudah diberi “kail”. Malangnya kail yang diberi juga tidak di manfaatkannya.

Bukan setakat tidak dapat dimanfaatkan untuk membebaskan diri masing masing dari kepompong kemiksinan. Malah ada berita segala kail yang diberikan itu dijual untuk mendapatkan ikan.

Susah juga dibuatnya. Tetapi itulah realitinya yang tidak dinafikan. Mungkin apa yang dilakukan ini di ajar oleh pihak tertentu yang rakus dengan penyelewengan dan termasuk menyalahgunakan kuasa yang sedia ada.

Ini boleh dibuktikan dengan yang di nyatakan oleh Ahmad Said yang mahu supaya Badan Pencegah Rasuah menyiasat danaraya yang dikatakan ada berlaku penyeleweangan.

Ini mengambarkan kepada kita semua bahawa perlaksanaan wang raya juga ada berlaku penyeleweangan.Kalau tidak mana mungkin Menteri Besar boleh buat kenyataan sedemikian rupa.

Percayalah, apa yang di cakapkan oleh ketua pegawai eksekutif Majlis agama Islam dan adat Melayu Terengganu itu, sama sepertimana cakap orang politik yang siang malam kerjanya ialah untuk meraih sokongan. Tidak lebih daripada itu.

Sebab itu orang miskin yang menyokong pembangkang dinafikan haknya.

Thursday, October 9, 2008

Sangat wajar Umno mengadakan dewan ulamaknya sendiri

Bercakap mengenai ulamak, teringat kita bahawa ulamak itu terbahagi kepada dua golongan. Atau dengan kata lain bahawa ulamak itu ada dua. Satu ulamak “baik” satu lagi ulamak “jahat”.

Jadi. Wajarlah Umno mewujudkan dewan ulamaknya sepertimana PAS juga. Ini sungguh sesuai dengan dasar yang di perjuangkan selama ini.

Tidak menjadi sebarang kesalahan untuk Umno mengadakan dewan ulamaknya sendiri, kerana ulamak yang akan dilantik nanti terdiri daripada ulamak ulamak yang jahat jahat belaka.

Dahulu ulamak juga yang memhalalkan “loteri kebajikan” dan ulamak juga yang membolehkan (halal dari segi kerajaan, iaitu mengeluarkan lesen lesen) judi seperti Big sweep, nombor ekor yang beroperasi sampai sekarang ini.

Anda mungkin masih belum lupa bahawa Tan Sri Wan Muhktar Ahmad, bekas menteri besar Terengganu yang juga ketua biro agama Umno Malaysia seorang berkelulusan Al Ahzar. Ulamak lah tu.

Beliau pernah berkata beri lesen judi atau mengadakan judi sepertimana yang kerajaan BN buat itu, seperti kita bina tandas supaya orang tidak berak dan kecing merata rata. Itulah tunjuan memluluskan lesen judi, sedangkan tindakan itu jelas “semata- mata untuk melatih” rakyat berjudi.

Bagi kita apa yang diamalkan oleh kerajaan Umno/BN itu menggalakkan rakyat berjudi, sedangkan judi itu jelas diharamkan oleh Islam.

Oleh itu tidak peliklah bagi kita Umno turut mengadakan saham untuk ke neraka dan sangat sesuai dengan ulamak jahat yang menggunakan hawa nafsu bukan wahyu.Itulah fikiran ulamak jahat. Mereka menggunakan pendapat, sedangkan sama sekali dilarang berbuat demikian.

Sebab itu sekarang ini kebanyakan ulamak yang sokong umno ada juga yang jadi setan bisu, konon nak tunjuk lebih dan baik, sedangkan jadi setan bisu itu juga di ketegorikan sebagai ulamak jahat.

Maklum sahajalah setan tiada setan yang jadi Islam. Kalau jin tidak dinafikan ada yang Islam dan ada yang kafir ada yang jahat dan ada yang baik. Tetapi setan dan iblis tidak pernah masuk Islam atau jadi Islam.Setan dan Iblis adalah pengoda sampai kiamat.

Maka sesuai sangatlah Umno mengadakan dewan ulamaknya sendiri agar apa yang di perjuangkan selama ini lebih menjurus ke arah neraka jahnam. Lebih lebih lagi Nabi SAW pernah berkata umat Islam ada 73 puak.

Puak puak ini memang ada ulamaknya yang akan membuat fatwa sek juga sebagai “sedekah” atau Riba itu halal, rasuah itu tidak salah kerana kita tidak minta, orang yang memberi.

Sebab itu Umno tidak mahu mengharamkan judi tidak mahu membentras rasuah termasuk mengamalkan riba secara sewenang-wenangnya.Kelihatan tersangat liat untuk mengharamkan yang diharamkan oleh Islam. Oleh itu, jika ada dewan ulamak yang di anggotai ulamak jahat sudah tentu akan lebih mudah jalan hidupnya.

Termasuk juga kalau hidup susah atau miskin mana tahu perempuan halal jual beli maruahnya atau jadi pelacur itu halal barangkali bukan lagi haram.Boleh jadi, bila ada ulamak nanti lesen pelacur boleh dikeluarkan sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan Indonesia.pelacur berlesen di jamin selamat tiada Aids dan HIV.

Anda mungkin pernah dengar orang Umno berbisik bisik yang bunyinya“ kalau ikut agama susahlah kita”. Cakap cakap seumpama itu pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir suatu masa dahulu.

Bukan setakat itu sahaja malah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menpersenda sendakan Islam, termasuk mengatakan tidak memandikan mayat orang mati syahid kerana tiada air dan nabi tidak cukur janggut kerana tiada pisau, sedangkan mengikut Mastika hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri berkata seumpama itu sudah rosak akidahnya.

Jadi tiada salah jika Umno hendak mengadakan Dewan ulamaknya, lebih lebih lagi Umno mempunyai terlalu ramai ulamak.

Wednesday, October 8, 2008

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak banyak rekod buruk

Biarpun ada penganalisi politik mengatakan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan orang yang mampu memulihkan imej Umno dan sekaligus berupaya memperbaiki ekonomi negara yang sedang kawat sekarang ini.

Bagi saya beliau bukanlah orang yang boleh diharapkan, malah saya barani katakan beliau tidak lebih hanya mengharapkan pagar sepertimana perpatah melayu. Masa kan tidak?

Cuba anda bayangkan KOBENA yang sudah memiliki eset sebanyak RM 400 juta, apabila belaiu di amanahkan sebagai Menteri Belia dan Sukan KOBENA terus bangkap hingga sekarang belum pulih pulih.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika jadi menteri belia cuba dengan sedaya upaya untuk memulihkan, tetapi tidak berjaya.

Kalau sebuah kopersi belia yang sudah ada harta sebanyak RM 400 juta boleh jatuh bangkap, bagaimana kita harap orang sepumpama itu. Ini sebuah negara. Bukan sebuah koperasi.

Apa akan terjadi jika beliau diberi amanah untuk menjadi perdana menteri kelak? Lebih-lebih lagi jawatan perdana menteri lazimnya bagi orang Umno ialah sebagai lubang untuk jadi kaya raya.

Lihat Tun Dr Mahathir Mohamad ketika jadi perdana menteri. Siapa yang kayaraya. Yang pasti anak beranakinya yang kayaraya, termasuk dia sendiri dikatakan memiliki harta berbilion.

Demikian juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Juga jadi kaya raya. Anaknya juga jadi kayaraya. malah tersenarai sebagai jutawan nombor 24. Juga menantunya turut dapat lubang kaya.

Maka orang yang akan menggantinya yang belum tentu nasibnya itu juga akan jadikan jawatan perdana menteri sebagai lubang kayaraya.Itu prinsip yang dipegang kejap oleh orang yang duduk dalam umno.

Jangan diharap beliau boleh bertindak membasmi rasuah, malah rasuah lebih parah, termasuk parahnya politik wang kini.

Orang Umno baik akar umbi sekalipun tiada halal haram baginya.Sebab itu yang haram jadi halal, termasuk amalan riba. Kalau arak paksi segala kejahatan dijadikan tidak haram bagi mereka apa pula yang lain lain.

Orang yang macam ini boleh dianggap sebagai baik dan berupaya memulih imej Umno dan ekonomi kerajaan yang sedang kawat. Fikirlah wahai penganalisi yang mengampu.

Friday, October 3, 2008

kerajaan tiada niat hendak membela rakyat

Mengapa kita kata begitu. Pertama berkait dengan harga minyak yang turun 15 sen semasa pilihanraya kecil permantang pauh dan turun 10 sen sebelum raya aidil fitri, sedangkan harga minyak antarabangsa sudah turun kepada DAS92 setong.

Ini menunjukkan kerajaan tiada niat untuk membela rakyat. Anda barangkali setuju dengan gelaran itu. Lebih-lebih lagi rakyat sekarang tersangat berat menanggungnya. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Kalau kerajaan ada pasang niat sudah pasti harga minyak diturunkan sekurang sekurangnya 70 sen, barulah apa yang berat ditanggung oleh rakyat menjadi ringan dan hiduppun ada sedikit selesa.

Akibat sokong calon lain akibatnya di pecat

Sebaik sahaja mendengar desas desus Naib Presiden Umno Tan Sri Muyiddin Yasin dicadangkan supaya dipecat jika enggan meletakkan jawatan sebagai menteri perdagangan antara bangsa dab industri.

Cadangan itu dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim menteri di jabatan perdana menteri atas sebab mempertikaikan pelan peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Belum habis cerita pecat memecat, Datuk Zahid Ibrahim pula tidak puashati dengan tindakan kerajaan menahan beberapa orang yang boleh ditahan dan didaakwa dibawah ISA pula yang meletak jawatan.

Sebaik sahaja datuk Zahid Ibrahim meletak jawatan tiga orang Ahli Umno Sabah pula yang kena pecat atas sebab menjadi pembelot dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Sebelum ini sudah ada cerita panas bahawa beberapa orang ahli jawatankuasa Bahagian Umno Terengganu di pecat atas sebab menyokong calon ketua yang di sifatkan sebagai buku bertemu ruas “ dalam pertandingan satu lawan satu. Ianya sudah tersebar dan bukan rahsia lagi. Bahkan suatu reality yang tidak dapat di nafikan. Juga bukannya khabar angin lagi.

Itulah kerja ketua bahagian Umno Terengganu yang mula panas punggung dan marah yang amat sangat pada ahli jawatankuasa yang di lantiknya. Siapa yang tidak marah jika orang yang dilantik berpaling tadah.

Lebih-lebih lagi ianya menyentuh soal hidup matinya keria politik masa depannya, oleh itu mahu tidak mahu telah bertindak memecat sesiapa sahaja yang di fikir wajar.Jika tidak berbuat demikian sudah pasti ia akan kalah dalam pertandaingan itu nanti.

Wajarkah mereka yang tidak menyokong beliau di pecat? Ada yang kata wajar kerana ketua yang melantik mereka itu. Dan ada pula yang mengatakan tidak patut, kerana bercanggah dengan demokrasi yang di amalkan oleh parti.

Disini nampak sangat bahawa ada motif tertentu yang dimainkan Ketua Bahagian Dungun dan Hulu Terengganu. Kedua kedau ketua itu lebih mementingkan peribadi berbanding tradisi membela rakyat.

Inilah “sadisme” yang di hidapi oleh ketua Bahagian orang yang pernah dicantas dalam musim pilihanraya umum ke 12. Dia dicantas, maka sampai giliran yang dia pula akan mencantas sesiapa yang di fikir wajar demi kepentingan peribadi.

Hassan Ali, ketika diminta mengulas berkata, saya lawan ketua bahagian Umno Kuala Nerus bukan untuk kepentingan diri saya, tetapi untuk kepentingan orang melayu, kerana Umno memperjuangkan hak orang Melayu.

Ada pendapat yang mengatakan memang tujuan Umno ditubuhkan ialah untuk membela nasib bangsa melayu, sepertimana termaktub didalam perlembagaan. Tapi apakah ianya benar berfungsi ke arah itu?

Ada yang berpendapat pecat memecat seseorang anggota ahli jawatankuasa Umno Bahagian adalah hak Ketua. Ketua boleh bertindak demikian. Begitulah nasib orang parti politik. Mereka seolah olah macam “telur di ujung tanduk”.

Begitulah malangnya nasib dua orang ahli jawatankuasa Umno bahagian Dungun yang cuba lawan “taukeh”. Itulah padahnya orang diberi kepercayaan dan berpaling tadah dan empat orang Ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, termasuk setiausahanya yang menerima padah kerana sokong Mohd Nor Othman yang akan mencabar ketuanya.

Memang “taukeh” Umno Dungun dan Hulu Terengganu boleh bertindak demikian jika ada orang yang tidak sehaluan dengannya.Itulah alasan yang di nyatakan apabila ada yang mempertikaikan tindakan itu.

Semua orang kenal dengan watak kedua dua ketua yang sah akan di cabar dalam pertandingan itu nanti.

Yang peliknya dalam pada itu ada juga orang yang berani mencabar ketua jenis sebegitu dalam mesyuarat agung parti Oktober/November ini.Ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan kedua dua ketua itu.

Dua orang yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan bekas wakil rakyat Sura iaitu Ustaz Mohd Kamal Abdullah yang di cantas dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Kesian…sudahlah dicantas, kini sudah di pecat sebagai ahli jawatankuasa bahagian kerana dianggap bersalah menyokong Datuk Din Adam, ADUN Bukit Besi dan bekas Exco zaman Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri Besar Terengganu.

Yang peliknya, Ustaz Mohd Kamal Abdullah ini merupakan orang paling berjasa atau dengan kata banyak buat jasa kepada Umno Terengganu khususnya dan Umno Malaysia amnya dalam musim pilihanraya umum ke 11.

Masakan tidak. Ustaz Kamal Abdullah, pegawai kerajaan yang menjawat jawatan kadi Daerah paling lantang menyerang dan mengkutuk dan memburuk- buruk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu.

Atas sebab itulah di pili sebagai calon untuk bertanding di DUN Sura pada pilihanraya umum ke 11 (2004) dan menang, mengalahkan Ustaz Wan Hassan Wan Ramli. wakil rakyat mesra rakyat.

Sayang, orang yang sangat berjasa pada Umno itu telah dicantas dan kini sudah dipecat pula dari jawatan jawatankuasa bahagian kerana di dapati bersalah menyokong Din Adam yang akan mencabar Datuk Rosli Mat Hassan, juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Barangkali memecat Ustaz Mohd Kamal Abdullah itu suatu kaedah yang terbaik bagi Rosli Mat Hassan. Sekurang- kurangnya boleh memberi pengiktibaran kepada anggota jawatankuasa lima Bahagian Umno yang dikatakan “sengit” agar tidak berani berpaling tadah.

Bagaimana nasib Tan Sri Muhyidin Yasin

Apa kata Tan Sri Muhyidin Yasin apabila Datuk Seri Dr Zahid hamidi menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno? sudah tentu beliau akan buat kenyataan dalam masa yang terdekat ini. Kalau beliau tidak berbuat demikian bermakna karier politik akan gelap gelita. Percayalah. Lebih lebih lagi beliaulah orang yang disebut sebut akan menjawat jawatan timbalan perdana menteri apabila peralihan kuasa berlaku nanti.

Betulke Datuk Nasir akan dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri?

Sama ada betul atau sebaliknya, tetapi itulah cerita yang sedang tersebar dikalangan orang Umno Terengganu.

Apa dia? Cerita pasal Datuk Nasir Ibrahim Ahli Parlimen Kuala Nerus akan dilantyik sebagai menteri di jabatan perdana menteri konon menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz.

Adalah tidak munasabah ia akan dilantik sebagai menteri. Kenapa? Kerana seminggu dua ini tersebar pula cerita mengenai MP Kuala nerus itu akan melampot parti menyeberang ke PR.

Apabila cerita itu tersebar secara meluas dikalangan orang Umno, Datuk Nasir Ibrahim telah membuat penafian melalui akhbar sinaran harian.

Bagaimana mungkin orang yang dikatakan akan lompat parti itu mendapat perkenan perdana menteri untuk melantik sebagai menteri penuh dalam cabinet.

Mungkin ada sebab dia mahu lompat parti, maka jalan pintas untuk mengalang MP Kuala nerus itu dari melompat ke PR di beri hadiah istemewa.

Datuk Nasir diceritakan konon telah dilawar wang sebanyak RM 30 juta oleh PKR. Ini hanya cerita yang disebarkan oleh kalangan orang Umno.

Adalah tersangat tidak munasabah, kerana hanya seorang MP ditawar wang sebanyak itu. Banyak tu.

Dari manalah wang sebanyak itu. PKR bukan macam Umno, banyak wang boleh buat apa sahaja hatta salah di segai undang-undang pun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan bahawa setiap menteri Umno memiliki harta sebanyak RM 300 juta.

Kalau itulah yang berlaku, maka sudah tersangat wajar kerajaan ada sekarang mesti diubah dengan seberapa segera dengan apa cara sekalipun.

Berbalik semula pasal cerita Datuk Nasir yang akan lompat parti dan akan dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri.

Tengok gaya politik Negara di bawah perdana menteri datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ianya tidak ada yang mustahil. Macam sifat Allah juga. Tiada mustahil bagi Allah. Dia boleh buat apa sahaja.

Demikian juga dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Abdullah. Seorang EXCO kerajaan Pahang dilantik sebagai timbalan menteri, Seorang yang pernah saman hudud juga dilantik sebagai pemteri di jabatan perdana, tetapi sudah letak jawatan kerana tidak puashati.

Seorang tauke judi juga pernah dilantik sebagai menteri dan seorang yang pernah bawa lari wang sebanyak 17 kilo juga dilantik semula sebagai menteri.

Jadi adalah tidak mustahil Datuk Nasir Ibrahim MP Kuala Nerus akan dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri sebagai langkah untuk menyekat dari melompat parti.

Ini sesuai dengan apa yang harapan agar Umno jadi kuat semula sebelum dia menyerah jawatan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dijangka akan berlaku lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Itulah politik yang diamalkan oleh datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan sangat berbeza dengan gaya politik perdana menteri perdana sebelum ini.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO sah di pertandingkan

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menawarkan diri dan bersedia untuk bertanding. Bagaimana???
assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin..


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Wednesday, October 1, 2008

Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang jawatan Timbalan Perdana Menteri jatuh ke tangan tokoh lain

Tiada siapa yang tidak mahu jawatan yang paling tinggi dalam kerajaan. Adalah bodoh namanya jika mereka berada ditahap yang tinggi dalam sesebuah parti menolak sebarang jawatan yang lebih tinggi,baik Umno mahu pun apa parti sekalipun.

Demikianlah yang dapat kita baca mengenai tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pelan tindakan peralihan kuasa yang dinyatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana Menteri kelima dan dikatakan telah dipersetujui oleh Umno.

Peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan dilakukan pada JUN 2010, iaitu dua tahun daripada sekarang.

Tarikah itu dianggap lama oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sudah beberapa kali beliau menyatakan bahawa tarikh itu adalah suatu tarikh yang sangat lama bagi orang yang ke pingin sesuatu jawatan.

Kenyataan beliau itu, walaupun ada yang mengatakan ia suatu kritikan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi ianya bukan kritikan.Malah ini dapat mengambarkan kebimbangan seorang pemimpin yang mahukan jawatan timbalan perdana menteri.

Boleh dikatakan beliau sangat bimbang kalau kalau jawatan itu nanti akan terlepas ke tangan orang lain, miskipun dia menang dalam pertandingan Naib presiden Disember nanti.

Muhyiddin Yassin memang tersangat bimbang jawatan timbalan perdana menteri Malaysia akan jatuh ke tangan orang lain, sebab itu dia berani mengatakan tarikh peralihan kuasa yang dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi itu sangat lama.

Sebab itu dia ketika di Singapura menyatakan sekali lagi agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menukar tarikh itu, iaitu sekurang-kurang sebelum perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Kalau sekiranya tarikh itu tidak di pindah sudah berang tentu jawatan timbalan perdana akan jatuh ke tangan orang lain. Sebab itu dia memberanikan diri menyatakan “redha” di ambil tindakan oleh parti jika apa yang di nyatakan itu salah.

Beliau yakin Datuk Seri Najib Tun Razak setelah menerima kuasa jawatan perdana menteri pada Jun 2010 nanti akan ada tokoh lain yang di pilih. Maka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan gigit jari.

Sejarah telah membuktikan bahawa Tun Razak Husien Perdana Menteri kedua tidak memilih orang lain selain “Birasnya” iaitu Tun Husein Onn sebagai orang dekat dan kenal hatibudinya.

Demikian juga dengan tindakan Tun Husien Onn ketika menjawatn jawatan perdana menteri. Sepatut tokoh lain yang lebih layak dari segi mendapat undi ketika bertanding jawatan naib presiden Umno. Tapi Tun Dr Mahathir Mohammad yang di pilih sebagai timbalannya.

Apa pun perkara yang sama tetap akan berlaku. Lebih-lebih lagi Datuk Seri Hisyamuddin Tun Husein telah pun menyatakan yang dia akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib prseiden Umno Disember nanti.

Ramai yang berpendapat beliau merupakan salah seorang yang akan menang dalam pertandingan itu nanti disamping Tan Sri Muhyiddin Yasin juga dikatakan akan dapat mempertahkan jawatan yang sandang itu.

Kalau sekiranya Datuk Seri Hisyamuddin Husein kalah sudah tentu jawatan timbalan perdana menteri akan jatuh ketangan Tan Sri Muhyiddin Yasin, tetapi bagaimana kalau Datuk Seri Hisyamuddin menang?

Inilah yang membuat Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa bimbang, sebab itu mahu tidak mahu dia terpaksa mengulangi bahawa tarikh peralihan kuasa yang akan dibuat dan dipersetujui dan akan berlangsung pada Jun 2010 itu adalah terlalu lama.lama baginya.

Pada hal bukan itu di jadikan alasannya. Apa pun beliau tersangat takut yang jawatan timbalan perdana menteri itu nanti akan jatuh ke tangan Datuk Seri Hisyamuddin Husein yang dikatakan itulah “tradisi” Umno sejak dahulu hingga sekarang.

Tun Razak pernah berbuat demikian, maka apa pula Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bab kata perpatah “anak rintik bapa burik” atau “bapa burik anak rintik” di yaklini akan bertindak serupa walaupun tidak sama. Atas sebab itu Datuk Sri Muhyiddin Yassin tidak akan diam diri meskipun akan dikenakan tindakan tata tertib atau dipecat dari parti yang dianggotainya. Tulisan lain penulis boleh dibaca melalui blog komentar kini.blogspot.com.

Sekian……………..