Anwar Ibrahim sebelum masuk dan berada didalam Umno sebagai ketua Pergerakan pemuda dan dilantik sebagai menteri belia dan Sukan, menteri Pelajaran, dan menteri kewangan dianggap oleh Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai seorang yang tersangat berwibawa.
Apabila Tun Ghaffar Baba tarik diri bertanding timbalan presiden Umno kerana kurang mendapat percalonan dari Bahagian Umno seluruh negara, Anwar di tuduh “gila kuasa” kerana melanggar tradisi Umno.
Setelah menjadi timbalan perdana menteri, Tun Dr Mahathir menganggap Anwar sebagai orang jahat dan tidak sabar menunggu giliran untuk menjadi perdana menteri.aini diulang sebut semasa berceramah di Bukit Gantang Perak dalam pilihanraya kecil tersebut.
Atas sebab itu, berlaku konpsirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan kaedah yang paling hina iaitu melalui tuduhan salahgunakausa dan liwat yang menyebabkan beliau dipecat sebagai keahlian, timbalan presiden Umno dan perdana menteri.
Tidak lama kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dan dibebaskan setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Tun Mahathir tetap menganggap Tun Abdullah yang membebaskan Anwar sebagai orang satu sepsis sanggup bertindak keluar Umno atas sebab kemarahan yang amat sangat itu.
Kini Anwar disebut sebut sebagai pemimpin yang “jahat” oleh Tun Mahathir dan koco koconya.
Terbaru Anwar dituduh mempengaruhi PAS untuk mencapai cita cita dan matlamatnya yang kelihatan agak cerah untuk menjawat jawatan perdana menteri. Lebih lebih lagi PR memiliki semangat juang yang kuat berbanding dengan Umno yang kelihatan masih berada dalam kelumpuhan walaupun presidennya bertukar tangan kepada Mohd Najib Razak.
Persoalan sekarang apakah benar Anwar Ibrahim sudah mempengaruhi PAS atau para pemimpinnya yang terpengaruh dengan Anwar yang dianggap gila kuasa oleh pemimpin Umno.
Ramai juga orang Anwar yang masuk PAS, malah sudah ada beberapa orang yang dilantik kejawatan yang tinggi dalam PAS, termasuk Kamaruddin Jaafar, bekas setiausaha ABIM zaman Anwar jadi presidennya.
PAS kelihatan bercelaru sikit sejak akhir akhir ini sehingga ada yang tergamak menukar presiden dan timbalan dari dipegang ulamak kepada golongan Profersional yang barangkali tidak munasabah berlaku, kecuali Ada tokoh yang lebih layak berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
1 comment:
Prasangka buruk..adalah tabiat dan sifat hakiki org2 UMNO..kalau org PAS2 percaya..rasa PAS bukan nya semakin matang..malah mungkin boleh kata sama taraf dengan parti UMNO!!Kalau Almarhum bekas Presiden Ustaz Fadzil Noor boleh percaya kepada Anwar dan sanggup membela beliau pada 1998 walaupun ada segelintir pemimpin PAS yg menentang beliau..maka hamba tak rasa hairan kalau benda yg sama berulang sekarang..dulu waktu Anwar dilihat seperti tidak serius dalam politik selepas beliau dibebaskan..riuh rendah puak2 yg mengutuk beliau sebab tidak membantu pembangkang..sampai ada pemimpin PAS yg bertanyakan samaada Anwar komited atau tidak dengan pembangkang..sekarang apabila PR diwujudkan dan kuat hasil dari dokongan Anwar..maka ramai mula berkata2 dan mengeji..tidakkah mereka semua ini fikir yg Najib dan Mahathir akan membiarkan Anwar bebas memimpin PR sehingga PRU13..adakah semua puak2 yg mengata Anwar ingat..kes liwat beliau akan diketepikan??Masa itu adakah semua akan menegakkan kebenaran atau duduk menyepi dihujung tangga diam tidak berkata?Apakah Tok Guru Nik Aziz dan sebilangan pemimpin PAS begitu bodoh dan dunggu samapi mudah dipengaruhi oleh Anwar..parti apakah jenis ini,,jika selama 50 tahun kewujudan nya boleh dipengaruhi oleh sesiapa? Boleh tak kita bertanya yg sedemikian kepada Datuk Asri atau Datuk Nakhaei..ada juga jiwa dan hati UMNO dalam PAS??Sehinnga sanggup berjumpa dan bermuzakarah dengan UMNO diam2!!Untuk apa??perkara21 yg dikatakan baik2 dibuat secara diam?Kenapa tidak kita katakan UMNO sebenarnya sudah dan telah mempengaruhi PAS dengan idea "gabungnya"..Ya..siapa sebenarnya mempengaruhi dan dipengaruhi??Yg heranya..kenpa tidak UMNO yg dipengaruhi untuk masuk PAS...mesti jugak macamana pun PAS juga dipengaruhi utk masuk UMNO..apa PAS ni parti COKIA KA?
Post a Comment