Thursday, May 28, 2009

Islam terbahagi kepada 73 puak, hanya satu puak sahaja yang diterima

Kebanyakan kita salah faham mengenai Islam. Bukan orang bukan Islam sahaja yang salahfaham mengenai Islam, manakala orang yang mengaku Islam juga turut salahfaham yang menyebabkan haru biru.

Atas salahfaham inilah umat Islam di negara kita buat mudah mengenai Islam sehingga ada antara mereka menganggap agama Islam dengan agama lain sama sahaja, sedang Allah SWT telah menyatakan hanya Agama Islam sahaja yang diterima. Bermakna lain lain agama ditolak seratus peratus.

mengapa boleh jadi macam itu. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana ”ulamak” . Lebih lebih lagi ulamak adalah pewaris para nabi difahami oleh kebanyakan umat Islam sejak dahulu hingga kini.

Ulamaklah segala galanya. Jika ulamak kata ”iya” sudah tentu umat Islam turut membenarkan. Apabila ulamak kata ”tidak” umat Islam turut membenarkan tanpa ambil kira bahawa ulamak itu terbahagi kepada dua. Satu puak yang ”jahat” dan satu puak lagi yang ”baik”.

Status inilah yang harus kita kenalpasti. Jika kita gagal mengenal pasti sudah barang tentu kita berada dipihak Islam yang tidak diterima oleh Rasulullah SAW yang mana ini telah dijelaskan bahawa umat Islam terbahagi kepada 73 puak.

Daripada 73 puak itu hanya satu sahaja yang diterima oleh Rasulullah SAW keislamannya iaitu mereka yang mengikut ajaranNya. Manakala yang tidak ikut ajaranya berada dipihak 72.

Ulamak jahat juga seorang Islam, tetapi Islamnya adalah Islam yang tidak diterima oleh Rasulullah SAW.

Inilah yang membuat kita keliru sehingga masih ada pendapat yang mengatakan orang Melayu semuanya Islam. Kita tidak nafi mereka semuanya. Bagaimana kalau dia masuk agama kristian? Adakah dia Islam?

Dia adalah Melayu- Melayu kristian. Lainlah jika dia seorang Ulamak. Ulamak jahat sekalipun mereka tetap Islam, tetapi Islamnya tidak diterima oleh RasulullahSAW kerana menyeleweng dan menjual agama dengan harga yang sedikit.

Melayu tetap Melayu walaupun masuk kristian, tetapi dia adalah ”kafir”. Kafir tidak tertakluk pada bangsa seseorang. Orang Arab ada yang kafir. Demikian juga orang barat ada juga Islam.

Yang menghairankan kita ada pendapat mengatakan barat itu kafir, sedangkan tidak semuanya kafir. Ada yang Islamnya. Jadi mengatakan Islam dan Barat juga suatu yang amat mengelirukan.

Apabila sebut Islam dan barat tergambar difikiran kita bahawa itu antara Islam dan kafir. Pada hal semua itu tidak betul malah membuat kita salahfaham sehingga hari ini. Demikian juga apabila sebut sahaja Islam tergambar difikiran kita ia adalah yang diredhai oleh Allah.

Pada hal Islam itu terbahagi kepada 73 Puak. Hanya satu puak sahaja yang diredhai oleh Allah, iaitu yang mengikut ajaran Rasulullah SAW. Allah mengharamkan riba. Jika ada yang menyamakan riba dengan jual beli mereka itu jelas dan nyatakan menolak ajaran Rasulullah SAW.

Sesiapa yang menolak ajaran yang disampaikan itu, maka mereka terkeluar daripada puak yang satu. Apabila mereka terkeluar sudah barang tentu mereka berada dipihak puak yang lain. tetapi mereka tetap umat Islam – umat Islam yang tidak mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

7 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn apa yang diterangkan diatas kerana kita tak tau lagi kita tergolong dalam puak mana. sekarang ni kita tengok diseluruh dunia semua nya nak perjuangkan islam tapi adakah sampai mengorbankan org yang tak berdosa dan pokok-pokok.dan dimalaysia sendiri semuanya nak perjuangkan islam tapi patutkan kita bermusuh sesama sendiri sampai sanggup memutuskan silaturahim hanya kerana JAWATAN DAN KUASA.jgn lah kita tertipu dengan lakonan manusia yang hipokrit.

Anonymous said...

rasa2nya 72 puak saje, mana dtg lagi satu puak tu?

abdullahngah said...

72 puak ialah orang Yahudi, semuanya tidak boleh pakai, walaupun Quran menjelaskan sedikit sahaja yang beriman.

Itu zaman dahulu.Apatah lagi zaman sekarang. Ahli kitab pun tidak boleh pakai.

Macam ulamak juga. Ulamak jahat mana boleh pakai.

Anonymous said...

salah satu puak dari 73 tu rasa rasanya UMNO.Senan nabi kata yang satu puak tu ialah 'yang Ikut Al kuaran Dan sunnah dia,Itu yang di maksudkan dengan Ahlu Sunnah Wal jamaah.Nabi tak sebut pun bab mazhab mazhab yang Emapat tu.Sebab zaman tu mana ujud lagi>sebab tu siapa saja dari fahaman mana sekalipun yang itu ikut Alkuran dan sunnah maka ianya termasuk dalam kumpulan yang satu yang di terima.Ramai orang tak faham antara Hadis dan Sunnah.Hadis adalah kata kata nabi dan Sunnah adalah perbuatan Nabi.

Anonymous said...

bagaimana pula dengan puak shi'ah?boleh beri pendapat?

abdullahngah said...

syiah juga banyak puak hanya satu puak sahaja yang diterima iaitu syiah imamiah

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus