Kerajaan Malaysia banyak habiskan wang melakukan kempen "tak nak" yakni untuk menghalang rakyat merokok yang nampak macam lepas batu ditangga sahaja, termasuk menaikkan harganya agar perokok tidak boleh membelinya.
Harga yang mahal bukan cara untuk orang memberhentikan orang menghisap rokok.Sebaliknya syarikat rokok negara menjadi lebih kaya kerana kenaikan harga rokok
Rupa rupanya kempen yang banyak habis wang itu tidak memberi sebarang kesan pun pada perokok, kerana mereka sudah ketagih macam orang ketagih dadah juga.
Begitulah jadinya apabila sudah jadi ketgih satu satu benda, termasuk rokok, apa lagi arak dan dadah.Atas sebab itu Jepun mengharamkan rokok atas nama menjaga kesihatan rakyat.
Boleh dikatakan 90 peratus rakyat di negara ini tidak setuju rokok diharamkan walaupun ada ulama mengatakan rokok adalah haram hukumnya.Ada alim ulama yang kata rokok tidak haram. Ia makruf sahaja.
Kerajaan juga nampak dengan jelas tidak akan mengharamkan rokok di negara ini, kerana syarikat rokok banyak menyumbang wang, terutama sekali apabila tiba musim pilihanraya umum dan kecil.
Jika kerajaan yang memerintah negara ini mengharamkan rokok sudah tentu akan memberi kesan buruk pada parti UMNO yang dikatakan mahu berubah itu.
Wang adalah segala galanya apabila tiba musim pilihanraya umum. Wanglah yang boleh membuat parti UMNO boleh tahan lama memerintah ini hingga sekarang.sedangkan sudah banyak parti di negara lain tumbang kerana tua usianya.
UMNO masih dapat memerintah lagi miskipun hilang majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.
Jika wang sikit sudah tentu rakyat tidak akan undi UMNO/BN lagi dalam musim pilihanraya dan akan kalah.
Atas sebab itu kerajaan sedia ada begitu liat untuk mengharamkan rokok, judi (empat nombor ekor ,toto Big sweet dan arak serta perkara yang boleh penyokong menguatkan parti.
Mengharamkan rokok juga memberi kesan buruk pada kerajaan ia juga punca kemarahan rakyat atau dengan kata lain 90 peratus rakyat akan menghukum kerajaan yang memerintah sekarang.
Inilah fakta kerajan negara ini sangat liat mengharamkan rokok, miskipun rokok sah membahayakan kesihatan rakyat.
2 comments:
Cadangan kerajaan Kelantan akan mecalonkan sesiapa yang hisap rokok suatu cadangan yang tersangat baik dari segi Islam.
Kita harapan cadangan itu tidak jadi macam "cakap tak serupa bikin".
Datuk Dr Harun Din pernah berkata, orang yang hisap rokok tidak layak jadi pemimpin.
Kita mengalu ngalukan cadangan itu menjadi kenyataan supaya parti PAS merupakan gerakan Islam yang disegani dan dihormati.
Apabila wakil rakyat dan ahli parlimen adalah terdiri daripada orang yang ada integeriti sudah pasti menepati kehendak Allah bahawa itulah khalifah yang dipertanggungjawab memimpin rakyat kejalan yang lurus.
Jika tidak amanah maka jadi apa yang di laporkan oleh Audit negara harga minyak dibeli dengan harga RM399 satu liter.Ini berlaku di Pulau Pinang pada tahun 2007.
Macam kerajaan Terengganu menyelenggara kerata kerajaan jenis perdana sejumlah ratusan ribu setiap buah.
Sebuah peti gear dibeli dengan harga RM30, sebuah pada hal harga sebenar hanya RN16, sahaja.
naikan harga rokok tidak memberi kesan pada perokok.
Ini seolah olah membantu syarikat syarikat rokok di negara mendapat untung yang lebih besar.
Keuntungan yang besar ini dicairkan pada kerajaan menanda terima kasih yang sangat tidak terhingga.
BN akan dapat wwang lebih banyak dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana syarikat syarikat rokok dapat untung besar.
Tujuan sebenar untuk rakyat mengurangkan rakyat menhisap rokok tidak mencapai matlamat.
Perokok yang sudah tegih pasti tidak akan mengurangkan sekit pun apa tah lagi untuk berhenti.
Post a Comment