Monday, October 11, 2010

Azizan akan dedah penyelewengan kerajaan Barisan Nasional?

Baru baru ini Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.

Beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.
Amaran itu ada persamaan yang pernah dibuat oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika menjadi menteri besar Terengganu dahulu dengan katanya “jangan jolok sarang tebuan”.

Tapi malang sekali realitinya tidak demikian miskipun sarang tebuan sudah dijolok hingga pecah dan ibu dan bapa tebuan tak pun mengamak sehingga PAS tersungkur pada pilihanraya umum ke 11.

Cakap boleh cakap, tetapi tiba masanya tiada sebarang tindakan dilakukan untuk memperkasakan kerajaan yang diterajui. Yang dilakukan hanya memjawap fitnah demi fitnah punca pengundi mengalih sokongan dan menyokong Umno sebab PAS Terengganu kalah dengan pukulan KO.

Cakap bukan main sedap, hendak dedah itu dan ini tiba masanya diam membisu. Bukan setakat itu sahaja malahan kerajaan negeri Terengganu berhadepan dengan beberapa saman yang boleh menjejaskan reputasi kerajaan Islam.

Untuk menyakinkan rakyat, terutama orang melayu pendedahan penyeleweangan kerajaan Barisan Nasional cukup baik, kerana kebanyakan rakyat tak kena yang mana intan dan yang mana permata.

Lebih lebih lagi Umno begitu lama berjasa kepada rakyat berbanding PAS yang hanya empat tahun sahaja berjasa kepada rakyat. Apakah sangat PAS hanya baru dua tahu berjasa kepada Kedah.

Rakyat tak akan percaya dengan kerajaan yang baru memerintah miskipun sudah banyak melakukan perubahan yang cukup baik berbanding dengan Umno.Lebih lebih lagi kebanyakan rakyat hari ini tak kena mana dia kaca dan mana dia intan,

Boleh dikatakan PAS Terengganu sangat berjasa kepada rakyatnya, termasuk berjasa kepada orang umno iaitu meluluskan 50,000 lot tanah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sepanjang pemerintahannya, termasuk menghapus cukai pintu dan Tol Jambatan sultan Mahmud yang jelas membebankan rakyat.

Oleh itu, pendedahan penyelewengan wajib dilakukan secara berkala agar rakyat faham dan tahu menilai betapa buruknya kerajaan Barisan Nasional dan berbandingkan dengan kerajaan PAS.


saya sangat setuju dengan tindakan MB Kedah mendedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion,miskipun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Inilah senjata untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jika tidak berbuat demikian jangan diharap rakyat akan memberi sokongan kepada PAS, kerana UMNO/BN lebih besar jasa konon kepada rakyat wahl hal umno/BN adalah pengkhianat yang tidak boleh di maafkan lagi.

3 comments:

Undertaker said...

Adakah dengan mendedahkan Peyelewengan Kerajaan yang lepas boleh meyelesaikan masalah Negeri atau membawa perubahan.Perlu di ingat Rakyat Mahu Perubahan dan janji janji pilihanraya.Rakyat mahu perubahandari segi Dasar dan Matlamat Parti.Kalau pendedahan merupakan modal politik untuk mengekalkal status kuo.Politik haramjadah apakah ini.Dedah tu dedahlah tapi jangan jadi dasar untuk memerentah takut nanti kita dedah kain orang kain sendiri terpalit najis.

Anonymous said...

apa ni ..bukan kata sekarang waktu PAS ambik alih awal2 dulu kena dedahkan salh laku BN..kononya nak berbaik2 dengan musuh..bang ni UMNO la...sejak bila depa boleh insaf..tu dah x sabar nak ambik alih Kedah macam Perak,,,nasib baik la ADUN PR bijak sikit dari kat Perak.,..kalu x dah lama dah Azizan balik Kota Sarang semut!!tok sah duk berlembuk sgt..nak dedah2 dedah ja..tok sah duk wat kias!!

dokngangalagi said...

cemuih dah dok dengar YAB MB kedah nak dedah penyelewengan umno.. rakyat dok tunggu2 tapi sampai hari nie dak juga..hampes betoiii... dedah ja laaaa... dok sayang lagi kat umno tu.. tak gamak laaa konon, kalay nak lawan umno..lawan biar betoiii dalam ertikata musuh politik, sampai salahlaku, penyelewengan yang umno buat rakyat nak kena tanggung.. kes isu air di kedah..kenapa dibebenkan kepada rakyat untuk menaggung segalanyaaa... kan dulu kata untung balak laaa, glc zaman PR untung laaa.. apa salah nyaaa gunakan sedikit keuntungun itu utk mengurus air di kedah jangan bebabnkan rakyat,,kaidak sama ja dengan BNUmnok...