Monday, April 23, 2012

Abdullah Ahmad Badawi macam setuju PTPTN dimansuhkan

Boleh dikatakan semua pucuk kepimpinan umno tidak setuju PTPTN di mansuhkan, termasuk perdana Manteri 1 Malaysia. Kita tidak tahu mengapa mereka enggan berbuat demikian, sedangkan tindakan memansuhkan PTPTN membebaskan rakyat Negara ini dari dibebani hutang sepanjang hidup. Hendak kata tak ada duit untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar semacam mustahil. Berapalah sangat duit sebanyak RM 5 bilion satu tahu itu berbanding dengan lain lain kos yang kadangkala membazirkan wang rakyat. Sehubungan itu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ana Nampak seakan setuju PTPTN di mansuhkan,tetapi jangan dilakukan secara tergesa gesa. Dari segi Islam memang tak bagus suatu perkara itu dilakukan secara tergesa gesa. Malahn Islam melarang berbuat demikian tanpa buat kajian dengan terperinci. Kita percaya Tun Abdullah setuju PTPTN di mansuhkan, tetapi jangan buat keputusan secara tergesa gesa ini suatu persepsi bahawa ia telah memberi saham sangat besar kepada Pakatan rakyat. Umno dan kerajaan yang memerintah kena fikir banyak lagi isu pemansuhan PTPTN ini jangan buat mudah kerana implikasinya boleh membahayakan kerajaan dalam PRU 13 nanti. Bukti yang Tun Abdullah setuju PTPTN dimansuhkan, tengok kata katanya yang berbunyi:” pihak yang mahu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membuat keputusan itu secara tergesa-gesa. Bermakna kalau hendak mansuhkan PTPTN jangan buat secara tergesa gesa kerana melibatkan banyak pihak yang terbabit, termasuk kaki tangan PTPTN yang barangkali akan hilang mata pencarian. Atas sebab ilah beliau menyarankan pemansuhan PTPTN perlu dibincang dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana melibatkan banyak pihak. Kata beliau lagi, "Jika perlu diubah atau sebagainya, mereka (pembangkang) haruslah menyerahkan cadangan berkenaan kepada pihak berkaitan," Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk memansuhkan pinjaman PTPTN serta-merta jika pembangkang diberi mandat sebagai kerajaan pusat selepas pilihan raya umum. Kesimpulannya Tun Abdullah Ahmad Badawi setuju dengan pakatn rakyat jika diberi mandat pada PRU 13 nanti PTPTN akan dimanuhkan dan diganti dengan pendidikan percuma.

1 comment:

Alisha Residenc said...

anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
berharap anda jangan keberatan