Setiap kali dekat pilihanraya umum macam macam cerita kita dengar. Itu dan ini. Ini hanya cerita yang penulis dengar.
Jangan marah ya, kerana ia sekadar cerita dan macam macam cerita. Pendek kata sangat banyak cerita pasal kerusi yang akan di pertandingkan nanti.
Ada orang marah apabila penulis menulis pasal cerita. Yalah. Ada yang marah kerana cerita yang penulis tulis ini kena atas kepala masing masing.
Sehubungan dengan tajuk rencana ini, ada yang berkata, tak wajar. Apa yang tak wajar itu? Memang tak wajar jika parti keadilan rakyat Terengganu minta kerusi sama banyak dengan PAS.
Pada pilihanraya 2008 PAS beri 7 kerusi kepada parti keadilan rakyat.Dua parlimen dan 5 DUN. Malangnya satu kerusi pun tak menang. Oleh itu, macam mana nak sama banyak dengan PAS dalam PRU 13 nanti. 11 kerusi pun tak patut.
Alangkah benar Parti Keadilan rakyat beli baju tak ukur badan sendiri.
Sememangnya tak patut. Kata sesetengah orang PAS. Mengapa tidak?Dengar cerita. Ini sekadar cerita. Cerita yang penulis dengar. Mungkin orang lain tak dengar cerita ini.miskpun demam pilihanraya umum dah melanda.
Tapi penulis dengar cerita sesungguhnya Parti keadilan rakyat tak ada cawangan pun di Terengganu ini. Usaha cawangan, malahan peti undi pun tak ada. Kalau tak ada peti undi mana boleh nak kerusi lebih.
Bagaimana nak hadapi pilihanraya umum jika jentera pilihanraya yang akan berkerja nanti tiada.
Kalau tiada jentera pilihanraya siapa yang akan bekerja nanti. Nak harapan orang PAS sudah barang tentu tak wajar.
Sesetengah orang pas bertanya, Apa alasan minta kerusi lebih? Apa tah lagi tiada cawangan dan peti undi untuk melaksanakan kerja kerja besar pilihanraya dihari mengundi nanti.
Penulis tak berniat untuk memdedahkan kelemahan parti keadilan rakyat di Terengganu ini, Tapi itu adalah suatu realistik yang tak dapat dinafikan lagi setakat hari ini.
Minta kerusi lebih ini hanya sekadar cerita.
Cerita yang penulis dengar. Mungkin betul .mungkin tak betul. Mungkin diada adakan agar PAS dan keadilan jadi kecuh dan semakin lemah.Apa tah lagi pilihanraya ke 13 sudah dekat.
Penulis nak sebut sikit bahawa sejarah telah membuktikan parti keadilan rakyat pernah minta lebih kerusi dalam pilihanraya umum ke 12 lepas. Pemimpin pas memang terkenal murah hati. Banyak bertolak ansur. Maka diberi 7 kerusi .Semuanya kecundang.
Jika diperinci, memang tak wajar di beri kerusi sejumlah itu, kerana parti keadilan rakyat Terengganu tiada sebarang cawangan dan tiada peti undi pun.hanya menumpang pada cawangan dan peti PAS.
PAS, memang baik hati dan beri apa yang dihajati kawan miskipun tahu calon calon yang bertanding tak boleh menang sebarang kerusi.
No comments:
Post a Comment