Friday, April 20, 2012

Sesetengah pertikai kadar jenayah turun mendadak

Ada antara kita mempertikaikan pengumuman kerajaan bahawa kadar jenayah di Negara ini turun mendadak.

Antara kita berkata semacam tak munasabah kadar jenayah Negara Malaysia ini turun mendadak.Atau dengan kata ia turun secara drastic.

Kita boleh rasa perkara ini semacam mustahil, kerana kes jenayah seperti bunuh, rompak, samun , ragut,mencuri,rogol dan pecah rumah berlaku secara berleluasa.

Boleh dikatakan kes jenayah di Negara kita semakin hari semakin bertambah. Bukan berkurangan. Jadi macam mana kadar jenayah turun mendadak.

Ana pada mulanya berpendapat begitu juga. Tetapi statistic yang dikerluarkan oleh pihak berkuasa berdasarkan kes yang didakwa bukan berdasar tangkapan dibuat.Ada tangkapan tidak didakwa dengan kata lain dibebaskan.

Sebab itu kadar jenayah tahun ini turun mendadak.miskipun kes jenayah semakin hari semakin bertambah berbanding tahun sebelum ini.

Jenayah berlaku dan tangkapan telah di buat, tetapi jumlah dakwaannya berkurangan berbanding sebelum ini.

Kita tidak tahu mengapa jumlah dakwaan kurang berbanding sebelum ini. Mungkin tak cukup bukti mahu tidak mahu kes kes yang berlaku tidak didakwa.

Sehubungan dengan itu, ana ingat tahun 2003 kadar jenayah di Besut rendah berbanding dengan daerah daeral lain di Terengganu, sedangkan kes jenayah daerah tersebut terlalu banyak berbanding dengan lain lain daerah.

Yang peliknya kadar jenayah daerah tersebut rendah serupa sepertimana laporan pihak berwajib bahawa kadar jenayah di Malaysia setakat tiga bulan ini rendah, malah turun secara drastik.Tapi jenayah social naik sebanyak 36 peratus.

No comments: