Tahun lepas beberapa kali saya ke Kuantan, Pahang. Pelbagai cerita pasal Perdana menteri 1 malaysia. Itu dan ini. Pendek kata macam macam cerita. Ada yang bagus ada yang tak bagus. Cerita buruk pun ada.
Baru baru ini saya pergi lagi ke Kuantan Pahang atas urusan keluarga. Bermalam dua malam di Tanjung Lumpur. Sepanjang bermalam dua malam itu teringat saya dengan pelbagai cerita tahun lepas.
Macam macam cerita mengenai Perdana menteri 1 malaysia yang memperkenalkan konsep kesederhanaan dalam pentadbirannya.
Kalau dulu Tun Mahathir yang menperkenalkan pentadbiran penerapan nilai nilai Islam.Selepas itu Tun Abdullah Ahmad Badawi pula yang memperkanalkan Islam hadhari.Najib dengan wasatiyahnya.
Pendek kata semua cerita yang dicakap oleh penduduk Kuantan tidak satu pun yang tak menanrik. Semuanya menarik belaka. cerita pasal kroni perdana menteri Malaysiajadi jutawan belaka menarik juga tapi tidak mmbuat saya terkejut.
Pasal apa? Memang itu adalah perkara biasa yang dijadikan amalan sesiapa yang jadi perdana menteri.Zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri ada anak anak jadi jutawan. Demikian juga ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri.
Apa tah lagi baru setahun jagung Datuk Seri Mohd Najib jadi perdana menteri adik jadi antara orang terkaya di Malaysia.
Usah adiknya jadi antara orang terkaya di Malaysia, malahan rakan rakannya di Kuantan ramai yang jadi jutawan segera. Demikian cerita yang saya dengar sepanjang dua malam di Kuantan itu.
Cerita ini tidak membuat rakyat terkejut, kerana biasalah apabila naik jadi perdana menteri jawatan tempat lubok buat duit.Kan lazim begitu.
Bayangkan kos pertunangan anaknya tidak lama dulu dikatalam sebanyak RM 409, untuk 900 orang.Najib sendiri mengaku.
Bermakna 454.44.44 peruntukan kos satu kepala.sederhanakah amalan ini? Pasti amalan ini bukan amalan yang sederhana yang telah dicanangkan, tetapi ia boros dan melampau.
Bukan itu yang menarik pada saya.Tetapi kos pembinaan jalanraya yang sangat menarik dan menjadi rungutan penduduk Pekan Pahang.
Saya cuba sebut sebatang jalanraya di Kuala Nerus sepanjang 5.6 kilometer harganya RM250 juta. Dan sebuah jambatan sekangkang gajah harganya RM210 juta.Pada saya jalan itu sudah cukup mahal dan membazirkan duit rakyat.
Tetapi Cerita orang Pekan pada saya di Pekan jalan yang dibina lebih mahal dari pada itu. Itu jalan. Tapi turap tar satu kilometer RM9 juta. Kalau begitu mana dia konsep sederhana yang ditonjolkan oleh Najib.Adilkah itu.
Di Terengganu setahu penulis turap jalan tar harhanya RM 9 juta sepanjang dua kilometer iaitu dari lampu isyarat PSM Gong Badak ke lampu isyarat Kem Tentera Sebarang Takir.
Rupa rupanya jalan jalan yang dibina oleh kerajaan di Parlimen Pekan Pahang lebih mahal berbanding di Parlimen Kuala Nerus Terengganu.
Oleh itu, mana dia konsep sederhana yang diawar warkan bahawa kerajaan 1 malaysia berlaku adil kepada rakyat. Adilkah itu.
Pada saya semua itu bukan adil malah melampau, kerana terlalu boros dan membazirkan duit Negara.
No comments:
Post a Comment