Monday, April 30, 2012

Tidak boleh buruk sangka, jangan ambil mudah



Kita sering dengar kata kata tidak boleh buruk sangka pada seseorang atau dengan kata lian jangan buruk sangka pada orang lain

Namun kita pun ambil mudah “tak apalah” miskipun tertipu dan kena tipu yang kadang kadang boleh membawa risiko yang begitu besar.

 Bagaimana pula dengan orang yang sudah kita kenalpasti kejahatannya? Masih bolehkah kita berbaik sangka atau jangan sangka buruk biar pun jandi mangsanya berkali kali?

Kita tidak tahu siapa yang ajar kita tak boleh buruk sangka kepada seseorang. Bagaimana pula jika dia musuh kita.Malahan ulamak sekalipun boleh kita buruk sangka. Jika ulamak itu ulamak jahat, hatta dia itu kawan akrab kita sekalipun.

Dalam politik kawan akrab juga dikatakan kadang kadang jadi musuh. Ada juga yang kata musuh boleh jadi kawan akrab.

Tidak dinafikan memang pernah berlaku. Bukan itu saja malah anak jadi musuh ibubapa dan ibu bapa jadi musuh pada anak anak. Yang menyedihkan ada anak anak bunuh ibubapa mereka.

Tetapi apakah dia itu sebenar benar musuh kita. Atau kita yang menghukumnya musuh sedangkan dia adalah kawan akrab yang berperanan menyelamatkan kita, kerana sering mengkritik apa apa keburukan yang kita lakukan.

Perkara ini laziml berlaku sepertimana yang pernah berlaku pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana dikatakan sudah habis kawan akrabnya jadi musuhnya.

Kita kena ingat dalam tubuh kita ada kolesterol baik dan kolesterol jahat. Yang jahat adalah musuh yang ada dalam tubuh kita dan begitu sukar untuik dinyahkan.

 Demikian juga kawan kawan kita. Ada yang jahat ada yang baik. Apa tah lagi dalam sesebuah parti. Ada ahli yang baik dan ada ahli yang jahat.

Ulamak, juga ada ulamak baik dan ada ulamak jahat. Pada hal dia adalah ulamak. Tapi ada yang jahat dan ada yang baik. Demikian  juga apa yang pernah berlaku pada pucuk kepimpinan PAS yang lepas lepas.

 Ada yang bik ada yang jahat.manusia katakana. Pada hal Allah dah beritahu awal awal lagi menerusi Al Quran dan Hadis Rasulullah perihal tersebut.Mungkin kita tak ingat.

Mungkin pada mulanya Anwar sendiri tak kenal Ezam Mohd Noor, tak kenal siapakah sebenar Nallakarupan. Tak kenal siapakah sebenarnya Ballakrisnam.Tak kenal siapakah sebenarnya Raja Putra Kamarudddin.

Maklum sajalah orang yang cium  tangan kita dan yes man  itu yang dianggap terbaik.Tapi apa sudah jadi sekarang.Mereka ini sudah jadi alat umno dan musuh ketatnya.

Atas sebab itulah kita kena awas atau kena buruk sangka dengan sesiapa saja yang kita belum kenalpasti siapakah sebenarnya mereka itu. Apatah lagi mereka itu  musuh kita. Mustahil kita tak kenal siapa musuh kita dan siapa kawan kita.

Pada saya yang boleh jadi demikian, kerana kita tak kenal musuh kita. Dan kita tidak kenal kawan kita, maka terjadilah musuh jadi kawan akrab dan kawan akrab jadi musuh.Silap kita juga.

Kita sangka dia musuh tetapi dia bukan musuh sebenarnya. Kita sangka dia kawan tetapi dia bukan kawan sebenarnya.

Atas sebab itu Allah melarang manusia yang beriman supaya jangan melakukan sangka sangkaan, kerana ia berbahaya.

Mungkin larangan Allah kepada orang yang beriman inilah yang membuat ada ulamak yang berkata tidak boleh buruk sangka atau jangan sekali kali buruk sangka dan hendaklah kamu baik sangka, kerana baik sangka boleh menjinakkan manusia.

Walaupun ada orang mengatakan kita kena baik sangka, tapi pada ana itu pun tak boleh. Macam mana kita kena baik sangka dengan orang jahat. Apatah lagi musuh kita.

Musuh kita  pasti sentiasa berusaha untuk menghancurkan hidup bahagia kita.Oleh itu, jangan ambil mudah, kerana sikap ambil  mudah itu menikam diri sendiri dan merbahayakan.

Jika kita baik sangka dengan musuh kita alamat kita menempah bahaya yang berisiko tinggi. Lebih lebih lagi dalam politik yang terlalu banyak karenah sejak dulu itu.

Sehubungan dengan itu kita sama sekali  dilarang buruk sangka pada Allah dan Rasulullah serta Al Quran dan sunnahnya, manakala yang lain boleh buruk sangka pada musuh kita dan jangan sekali baik sangka dengan musuh kita.Nahas nanti.

No comments: