Friday, March 1, 2013

Mufti Perak tidak bercakap benar?




Kasar dan berat bunyi judul rencana ini. Malah melampau berkata mufti Perak tidak bercakap benar pendusta. Pasti ada yang mengatakan itu adalah fitnah.

Sudah tentu kebanyakan mengatakan penulis melakukan fitnah terhadap mufti Perak yang arif dengan ilmu ilmu Islam.

Hendak tahu ia fitnah atau sebaliknya, mari kita lihat Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataaan yang tepat dan benar dalam segala perkara” (surah Al Ahzab ayat 70).

Penulis boleh setuju Tan Sri Harussani Zakaria mufti  yang bertakwa kepada Allah. Mana mungkin seorang mufti tak bertakwa kepada Allah.Jauh sekali jadi seorang pendusta.

Akan tetapi penulis tetap mengatakan Mufti Perak tidak tepat dalam berkata bahawa orang PAS lebih buruk berbanding dengan orang kafir.

Ia bukan sahaja tak tepat, malahan amat tidak benar ketika berkata PAS lebih b uruk daripada kafir. Kata kata itu jelas tidak berasas dan salah fakta.

Mengapa tidak? Seburuk buruk orang Islam buruk lagi orang kafir. Sejahat jahat orang islam jahat lagi orang kafir. Sekejam kejam orang islam kejam lagi orang kafir.

Jadi, macam mana boleh kata orang PAS lebih buruk dari orang kafir. Ini bukan tidak tepat dan tidak benar, malahan suatu pendustaan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Lihat Firman Allah yang bermaksud: “ sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah dan mereka itu ialah orang orang yang berdusta” ( surah Al Nahl ayat 105).

Mustahil seorang mufti seorang yang tidak beriman. Macam mana beliau boleh bertindak sedemikian rupa macam orang orang yang tidak beriman.

Lihat sabda Rasulullah SAW yang bermakksud: “ Hendak kamu bercakap benar, kerana ia membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kesyurga selagi seseorang itu bercakap benar dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai orang yang bercakap benar. Jauhilah kamu dari berdusta kerana ia membawa kepada keburukan dan keburukan membawa  ke neraka selagi seseorang itu berdusta dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai seorang pendusta”. (Fath Al Bari).
Persoalan yang timbul apakah benar orang orang PAS lebih buruk berbanding orang orang kafir, sedangkan seburuk buruk orang Islam buruk lagi orang kafir.

Sama sama kita fikir apakah ia benar begitu.


2 comments:

otaklunyai said...

sejak bila pulak dia nih cakap betul... tipu memang amalan zikir dia hari2... target dapat tun bila mampos...

rantai said...

mungkin dia bercakap benar tetapi pemberita media umno sengaja putarbelitkan untuk kepentingan umno ...sebab apa sahaja yang betul dalam agama semua salah kepada umno ... apa sahaja yang salah pada agama semua betul pada umno.....!!!!!!!!