Kita telah diwar warkan Malaysia aman tidak macam banyak
Negara yang sentiasa bergelora. Rupa rupa apa yang diwar warkan jadi reality Malaysia sudah tidak aman lagi
dan dicerobohi.
Aman hanya pada kata kata yang keluar dari mulut para
menteri, terutama sekali yang keluar dari mulut perdana menteri dan
timbalannya.mereka mencanang canangkan Malaysia aman.
Mereka bertindak demikian tidak lain dan tidak bukan hanya
untuk meraih undi rakyat agar umno kekal berkuasa selepas PRU 13 nanti.
Kalau kita sebut ia retorik ramai yang marah, kerana membuat
penilaian yang salah dan berniat jahat dengan kerajaan yang memerintah.
Lebih lebih lagi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak
sedang buat road show dengan slogan janji ditepati.
Memang betul janji sudah ditepati ,tetapi kena ingat juga
apakah janji yang ditepati itu dilakukan atas nama kebertanggungjawaban kerajaan
terhadap rakyat dan mustahil akan melencung.
Kata kata manis dibibr yang keluar dari mulut para pemimpin parti
politik pembangkang kena ambil kira, kerana para pemimpin kerajaan setakat ini
masih belum ubah citarasa masing masing.
Citarasa yang begitu terserlah sangat masih dijadikan amalan
meskipun salah di sisi undang undang Negara.
Kebanyakan pemimpin
umno yang begitu asyik untuk mengumpul sebarapa banyak harta setelah menang
pada PRU 12 lalu.
Seakan mustahil mereka ini boleh berhenti dengan citarasa
tersebut, sebaliknya kelihatan mereka amat rakus melakukan penyleweangan dan
salahgunakuasa.termasuk terbabit dengan rasuah yang diandaikan ia sebagai
penjenayah.
Hal ini telah terbukti menerusi laporan ketua audit Negara dengan
pelbagai penyelewengan dan salahgunakuasa yang memang tidak boleh dinafikan
lagi.
Apakah tindakan dilakukan oleh pihak kerajaan yang
memerintah untuk megatasi pemasalahan yang muncul lepas satu. Satu. Satu lagi.
Kini berlaku kes pencorohan yang mungkin boleh memberi
kesedaran kepada pihak yang memerintah Negara akan kelemahan yang ada pada
kerajaan yang mendakwa Malaysia aman tidak macam mana mana Negara lain di dunia
ini.
No comments:
Post a Comment