Sunday, March 24, 2013

Gelombang biru landa Marang



Sebut sahaja perkataan gelombang biru teringat penulis dengan kejayaan umno/BN menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 (2004).

Kerajaan PAS (1999) tumbang begitu teruk sekali dek gelombang biru yang melanda seluruh pelosok negeri Terengganu.

Kemarian gelombang biru melanda parlimen Marang dengan harapan PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa itu dapat dirampas umno/BN parlimen di menangi presiden PAS.

Gelombang biru umno/BN kali ini yang melanda parlimen Marang lebih besar berbanding ia melanda seluruh negeri Terengganu dulu.

Bayangkan dulu hanya wang ihsan RM 300.00 sahaja yang diberi kepada rakyat Terengganu, tetapi hari ini bantuan isi rumah (BRIM) sejumlah RM 500.00 satu kepala.

Bukan setakat itu sahaja, malahan BRIM remaja RM250.00, BRIM RM 100.00 kepada pelajar dan RM1,000 kepada anak pekerja TNB dan TM yang berusia 23 tahun.

Tawaran dan janji akan dibina sebuah kolej metrikulasi dan sebuah sekolah IMTIAZ di parlimen Marang diwar warkan menteri besar.

Tan Sri Muhyiddin yasin ketika berucap mengatakan Datuk Seri Haji Abdul Hadi tak buat apa apa pun kemajuan parlimen Marang sejak menang suatu yang sangat tidak munasabah.

Perkataan tersebut jelas suatu tuduhan yang tidak berasas, kerana pengundi tahu bahawa ahli parlimen pembangkang di negari ini tidak pernah diberi peruntukan untuk membangun dan memajukan parlimen yang diwakilinya.

Jadi mana mungkin Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang boleh apa apa bentuk pembangunan di parlimen Marang, sedangkan dia bukan ahli parlimen kerajaan.

Yang hairanya, mengapa parlimen milik umno/BN seperti Kemaman, Dungun dan Besut tidak dimajukan, terutama sekali hospitalnya adalah bangunan hospital lama zaman penjajah sehingga hari ini.

Ini menunjukkan apa yang dicakapkan itu hanya suatu helah dan tipu muslihat kerajaan yang memerintah Negara kepada rakyat di parlimen Marang yang dimenangi PAS.





2 comments:

Anonymous said...

tak kan umpan macam tu nak ditelan juga

Anonymous said...

BUAT LA GELOMBANG APA PUN. RAKYAT DAH TAK MAHU UMNO YG KUAT RASUAH.