Sebut sahaja perkataan gelombang biru teringat penulis
dengan kejayaan umno/BN menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada pilihanraya
umum ke 11 (2004).
Kerajaan PAS (1999) tumbang begitu teruk sekali dek gelombang
biru yang melanda seluruh pelosok negeri Terengganu.
Kemarian gelombang biru melanda parlimen Marang dengan
harapan PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa itu dapat dirampas umno/BN
parlimen di menangi presiden PAS.
Gelombang biru umno/BN kali ini yang melanda parlimen Marang
lebih besar berbanding ia melanda seluruh negeri Terengganu dulu.
Bayangkan dulu hanya wang ihsan RM 300.00 sahaja yang diberi
kepada rakyat Terengganu, tetapi hari ini bantuan isi rumah (BRIM) sejumlah RM
500.00 satu kepala.
Bukan setakat itu sahaja, malahan BRIM remaja RM250.00, BRIM
RM 100.00 kepada pelajar dan RM1,000 kepada anak pekerja TNB dan TM yang
berusia 23 tahun.
Tawaran dan janji akan dibina sebuah kolej metrikulasi dan
sebuah sekolah IMTIAZ di parlimen Marang diwar warkan menteri besar.
Tan Sri Muhyiddin yasin ketika berucap mengatakan Datuk Seri
Haji Abdul Hadi tak buat apa apa pun kemajuan parlimen Marang sejak menang
suatu yang sangat tidak munasabah.
Perkataan tersebut jelas suatu tuduhan yang tidak berasas,
kerana pengundi tahu bahawa ahli parlimen pembangkang di negari ini tidak
pernah diberi peruntukan untuk membangun dan memajukan parlimen yang
diwakilinya.
Jadi mana mungkin Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang boleh apa
apa bentuk pembangunan di parlimen Marang, sedangkan dia bukan ahli parlimen
kerajaan.
Yang hairanya, mengapa parlimen milik umno/BN seperti
Kemaman, Dungun dan Besut tidak dimajukan, terutama sekali hospitalnya adalah
bangunan hospital lama zaman penjajah sehingga hari ini.
Ini menunjukkan apa yang dicakapkan itu hanya suatu helah
dan tipu muslihat kerajaan yang memerintah Negara kepada rakyat di parlimen
Marang yang dimenangi PAS.
2 comments:
tak kan umpan macam tu nak ditelan juga
BUAT LA GELOMBANG APA PUN. RAKYAT DAH TAK MAHU UMNO YG KUAT RASUAH.
Post a Comment