Sesetengah orang Kelantan berpendapat Kerajaan PAS Kelantan
ada kemungkinan jadi macam PRU 11 (2004)
Sesetengah berpendapat kerajaan PAS Kelantan kemungkinan
besar akan tumbang pada PRU 13 yang dikatakan diadakan awal Mei ini.
Jika benar Kelantan PRU 13 ini jadi macam PRU 11 (2004)
bermakna PAS masih boleh memerintah walaupun pun menang tipis.
Apabila sebut sahaja kemungkinan kerajaan PAS Kelantan
tumbang pada PRU 13 ini teringat penulis dengan kata kata Dr Farid Shahran yang
bercakap mengenai pandangan umum dalam slot cinta ilmu TV Hijrah.
Kata kara itu berbunyi: RM 500.00 besar bagi orang miskin
dan sangat kecil bagi orang yang kaya. Oleh itu wang RM 500.00 boleh
menpengaruhi minda orang miskin.
Mungkin inilah sesetengah orang Kelantan berpendapat
kerajaan PAS Kelantan akan jadi macam PRU 13 iaitu menang tipis.
Atas sebab itu juga sesetengah orang Kelantan berpendapat
kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU 13 nanti.
Faktor penentu kalah menang umno/BN dan Pakatan rakyat dalam
PRU 13 ini berkaitrapat dengan pengundi atas pagar sebanyak 60 peratus itu.
Pengundi rasional pasti tidak akan goyah miskipun dibeli.
Apatah lagi BRIM 500.00 pada isi keluarga, RM 100.00 pada setiap pelajar,BRIM
RM 250.00 pada remaja dan RM 1,000.00 pada anak kakitangan TNB dan TM.
Yang mengundi PAS tetap mengundi PAS dan yang mengundi
umno/BN tetap mengundi umno/BN. Cuma pengundi China MCA dan GERAKAN tidak solid
undi DAP, kerana orang China punya matlamat dalam berpolitik.
Berbeza dengan orang Melayu. Orang melayu jadikan politik
sebagai “alat” untuk kepentingan diri sendiri. Sebab itu baru satu penggal jadi
wakil sudah boleh bina rumah yang berharga jutaan ringgit.
Apatah lagi perdana menteri timbalannya, menteri besar,
ketua menteri, menteri menteri dan timbalan menteri yang yang asyik kumpul
harta dan begitu kayaraya.Ada dintara mereka dikatakan ada harta ratusan juta.
Bekas perdana Tun Mahathir dikatakan ada harta sebanyak RM
146 bilion. Macam tak munasabah.Datuk Seri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin
Yasin entah berapa billion pula, kita tak tahu. Tetapi anak
beranaknya
kebanyakan jadi kayaraya.
Mereka tidak pernah fikir pasal apa akan terjadi pada agama
islam, bangsa Melayu dan Negara asalkan cinta cintanya tercapai.
Bukti terbaru semacam munasabah dengan pendapat sesetengah
orang Kelantan bahawa kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu
akan tumbang dek adanya orang PAS yang bertanding sebagai calon bebas PRU 13
ini.
Hal ini telah disebut sendiri Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
kepada media massa. Oleh itu, tak mustahil Kelantan tumbang manakala Perak dan
negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan rakyat atas sebab kebanyakan
penganalisis politik tanah air meramalkan umno/BN menang tipis PRU 13 nanti.
Walaupun Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
yakin Umno/BN menang besar Pru 13 ini, tetapi Datuk Seri Mohd Najib Razak, melambat lambat pembubaran parlimen, kerana
mahu menang lebih besar berbanding PRU 12 dulu.
Kebanyakan penganalisis politik tanahair berkata umno/BN
masih ada peluang dan ruang untuk menang lebih besar. Lebih lebih lagi
kemungkinan DAP di haramkan, manakala PKR berhadepan dengan krisis baru
disamping ada orang Pas Kelantan akan bertanding sebagai calon bebas, termasuk
ada orang orang pas yang berebut calon dan
krisis PAS Kedah yang jelas dan nyata belum reda.
1 comment:
Seperti biasa PAS akan mendapat kemenangan yang lebih besar dan Ameno akan mengalami kekalahan yang lebih teruk dalam PRU13 di Kelantan. Orang-orang Kelantan memang bijak berpolitik dan 90% daripada mereka menyokong PAS dan menolak Ameno dan Be End kerana mereka memang membenci Ameno dan Be End yang sentiasa menindas Kelantan dan menafikan hak-hak orang-orang Kelantan!
Post a Comment