Biar pun Profesor Negara, Profesor ulung Datuk Dr. Shamsul
Amri Baharuddin berkata Anwar boleh menang ke dua dua kerusi DUN dan parlimen jika
bertanding di Selangor pada PRU 13 ini.
Akan tetapi Jika
benar begitu pada penulis Anwar akan kecundang pada PRU 13 nanti kerana
Selangor merupakan negeri yang paling besar kosnya untuk umno/BN merampas
semula dengan pelbagai janji yang dibuat oleh Perdana menteri.
Pertama, faktor kemasukan pengundi baru ke Selangor yang
dikatakan angkanya ratusan ribu orang sepertimana pernah dinyatakan oleh parti
Keadilan rakyat tidak lama dulu itu sudah tentu Anwar tidak selamat bertanding
di negeri yang di perintah Pakatan rakyat.
Silap hari bulan Selangor juga akan jatuh ke tangan umno/BN
semula PRU 13 ini atas faktor kedua, iaitu umno/BN membelanjakan wang sejumlah
RM 4 bilion disamping berjaya membeli undi atas nama bantuan rakyat satu
Malaysia (BRIM).
Mengapa penulis berkata demikian? Pengundi baru yang dibawa masuk
ke negeri Selangor solid undi umno/BN. Manakala 50 peratus daripada 60 peratus
pengundi akar umbi penentu kalah menang parti parti yang bertanding pada PRU 13
nanti akan menolak PR.
Berita terbaharu presiden Parti Keadilan rakyat dikatakan
akan bertanding di DUN Selangor.Jika benar Dr Wan Azizah Wan Ismail akan
diletakkan bertanding di Dun Selangor Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
bertanding Di Perak jika tak bertanding di Permatang Pauh parlimen asalnya.
Anwar boleh selamat jika bertanding di Perak. Lebih lebih
lagi parlimen Ipoh Timor yang akan ditinggalkan oleh Lim Kit Siang akan
bertanding Di parlimen Galang Patah Johor merupakan parlimen selamat.
Tidak mustahil Perak akan dirampas semula oleh Pakatan
Rakyat pada PRU 13 nanti disamping Negeri Sembilan yang ditadbir oleh kerajaan
semantara dan dikatakan turut jatuh, kerana DAP sudah menang 10 kerusi, parti
keadilan rakyat 3 kerusi dan PAS 2 kerusi DUN pada PRU 12 lepas.
Anwar sah bertanding di Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment