Penulis dimaklumkan ada
lagi permasalahan yang masih belum selesai dalam pakatan rakyat, sedangkan
pilihanraya umum ke 13 akan pada 5 Mei 2013.
Jika benar ada beberapa
permasalahan yang belum selesai beterusan juga dalam menghadapi PRU 13 sudah
tentu untuk menang menjejak kaki putrjaya gagal
Permasalahan yang
dimaklumkan itu tidak lain tidak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Tan
Sri Khalid Ibrahimnya. Azmin Ali dengan Azmin Alinya. Kahalid Samad dengan
kalah khlida Samadnya.
Masing masing ada
perancangan tersendiri. Maklum sahaja di Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang
punya kuasa untuk menentukan calon, manakala Azmin Ali pula nak tunjuk kuasanya
kerana beliau adalah Tilmbalan presiden Parti Keadilan rakyat.
Yang penulis hairan apa
pula dengan Khalid Samad membuat Dr Mohd Rani pesuruhjaya Pas Selangor pening
kepala dan risau dibuatnya.
Mustahil tak setuju dengan
PAS Pusat melantik Dr Mohd Rani sebagai
pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang di pecat itu.
Atau ada yang tak kena
dilakukan oleh Dr Mohd Rani sepanjang menjadi pesuruhjaya Pas Selangor
saehingga membuat Khalid Samad bertindak menzahirkan sikap “kekitaan” yang
disebut Khalid samad dengan khalid Samadnya.
Bermakna aku lebih baik
atau aku lebih lama dalam PAS berbanding dengan Dr Mohd Rani merupakan orang
baru dalam PAS sudah diberi kepercayaan untuk megepalai Pas Selangor.
Setahu penulis PAS tidak
pernah mengambil kira sama mada kamu lama dalam pas atau baru. Demikian juga
soal calon, miskipun dalam perlembagaan dinyatakan seseorang calon sekurang
kurang istiqamah dengan parti selama
lima tahun.
Akan tetapi harini, macam
Fauzi Shaari yang baru sahaja menyertai PAS sudah diberi bertanding sebagai
calon parlimen P 056 Larut Perak.
Sepatutnya PAS kena awasi
dan berhati hati. Jangan ikut macam parti Keadilan rakyat yang meletakan KPT
(B)Osman Jailu yang lompat parti punca kerajaan Perak dirampas semula BN pada
PRU 12 lalu.
Kini nampaknya parti
keadilan rakyat telah mengulangi kes sama iaitu meletakkan Laksamana pertama
(B) Imran Abdul Hamid bertanding di parlimen Larut, Perak (P074) dan Brig Jen
(B) Abdul Hadi Abdul Khattab bertanding di parlimen Tanjong Malim yang
dikatakan belum diumumkan lagi.
Penulis barani mengatakan
bahawa parti Keadilan rakyat tidak mengambil pengajaran dengan apa yang telah
berlaku sebelum ini. Sepatutnya awasilah dan jadikanlah pengajaran dengan apa
apa yang telah berlaku.
PAS juga harus mengawasi.
Jangan pakai serah bulat bulat pada takdir, sedangkan sudah banyak kali telah
dipatuk ular dalam satu lubang.
Jangan sekali kali ukur
dahulu tak betul sekarang ini Nampak sudah betul semula sepertimana suatu masa
dahulu pernah tertipu dengan spesies Tun Mahathir yang serang Tun Abdullah dan
berkata, Alhamdulillah Tun Mahatir sudah sedar dan insaf
Terbaru Subky Latif telah
menilai Zaid Ibrahim yang dahulu tak betul tetapi sekarang sudah betul semula
tanpa buat kajian terlebih dahulu sepertimana yang diperintah oleh Allah jika
kamu menerima berita dari orang munafik selidik dahulu.
No comments:
Post a Comment