Wednesday, April 24, 2013

Tumbangkah BN pada PRU 13 ini


Pakatan begitu yakin boleh dan memerintah Malaysia pada PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 (Ahad) depan

Barisan nasional tetap yakin dapat mempertahankan kerajaan yang diperintah lebih 50 tahun ini dengan majoriti lebih 2/3.

PRU 12 (2008) Barisan nasional walaupun menang tetapi  dinafikan 2/3 parlimen iaitu kurang 8 kerusi dari 140 yang diraih.

Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yakin rakyat akan beri undi kepada BN lebih besar berbanding PRU 12.

Alasannya, BRIM RM 500 yang diberi kepada isi rumah seramai 4.2 juta kepala serta janji BRIM yang akan dinaikan pada angka RM 1,200 bermula tahun 2014.

 Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat memberi undi pakatan rakyat, atas alasan janji pendidikan percuma, turun harga minyak petrol dan hapus TOL.

Janji BN janji yang sebahagiannya sudah jadi realitinya, manakala janji pakatan belum dapat dirasai oleh rakyat dan diserang bertubi kali.

Janji Bn dan janji pakatan rakyat telah dijual kepada rakyat jelata menerusi manifesto masing masing agar dbeli tanpa sebarang keraguan.

Persoalan yang timbul sekarang 63.06 peratus rakyat Negara ini masih yakin dengan BN dan membeli produk yang dijualnya pada PRU 12.

Bermakna 36.93 peratus rakyat jelata percaya dengan pakatan rakyat dan membeli produk yang dijualnya punca lima negeri jatuh pada PRU 12 lepas.

Kini pakatan rakyat menyatakan 45 peratus sokongan rakyat jelata pada pakatan rakyat. Bermakna naik 8 peratus berbanding PRU 12.

Jika betul apa yang dinyatakan itu, bermakna sokongan terhadap BN turun dan tinggal 55 peratus yang masih boleh menang tetapi tipis.

Justeru iyu, harapan Pakatan rakyat untuk tawan Putrajaya masih samar samar. Kecuali sokongan rakyat dapat di naikkan 5 peratus lagi jadi 50 peratus sepanjang kempen 21 April hingga 4 Mei Jam 12 Malam.

Nisbah 50-50 baru boleh memberi jaminan kepada pakatan rakyat untuk menduduki putrajaya dan sah BN dapat ditumbangkan.



No comments: