Penulis tidak tahu mengapa pakatan rakyat telah
membariskan calon macam Osman Jailu punca Perak telah menang dan memerintah
jatuh semula apabila tiga ADUNnya lompat dan lati.
Pada PRU 13 ini PAS telah memilih Dato’ Fauzi Shaari
bertanding Parlimen Lurut, manakala Parti Keadilan rakyat memilih Mej (B) Ir
Haji Ahmad Mazlan bin Othman bertanding DUN Lintang,Mej (B) Abdullah Hassan DUN
pengkalan Hulu, laksmana (B) Imran Abdul Hadi DUN Lumut dan Brigader Jenaral
(B) Hadi Abdul Khattab DUN Behrang.
Tajuk tulisan penulis diatas maknanya Pakatan rakyat
boleh menang mudah dan memerintah semula pada PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei
2013 iaitu pada hari Ahad.
Kedua, tidak mustahil akan ada ADUN yang lompat
parti sepertimana yang pernah dilakukan oleh Kapt (B) Osman Jailu punca
Kerajaan Perak yang di perintah Pakatan rakyat tumbang.
PRU 13 PAS meletakan Dato’ Fauzi parleman Larut yang
dikatakan seorang pegawai kanan Polis yang kuat agama, malahan beliau pernah
jadi Imam solat jumaat.
Parti Keadilan rakyat meletakan dan memberi
kepercayaan dua Meja (B) seorang laksmana dan seorang Brigader Jenaral (B).
Sebelum ini penulis pernah mempertikaikan kemasukan
mereka ini dalam PAS dan Parti Keadilan rakyat, tetapi ditentang hebat dan ada
yang mengatakan, jangan “buruk sangka” kerana Islam melarang sangkaan.
Sesetengah ada yang memesan agar bersangka baik
kepada mereka. Pada penulis baik sangka pada manusia juga dilarang, kerana
islam larang dengan sangkaan, kecuali kepada Islam, Allah dan Rasulullah SAW.
Penulis tidak buruk sangka pada mereka ini, tetapi
mengingatkan puncuk kepimpinan PAS dan PKR kerana sejarah telah membuktikan dan
tidak dapat dinafikan.
Pada hemat penulis ingat mengingat satu sama lain
wajar. Lebih lebih lagi zaman jahiliah moden ini terlalu ramai dajal, malahan
“hakjuj makjuj” memainkan peranan untuk merosakan penghuni bumi Allah ini jelas
terbukti.
5 comments:
Ko tukar hadi presiden pas dulu penghalang kemajuan paktan rakyat
Tawakkal n kita berdoa kpd Illahi semoga perkara ini di jauhi.. Betul kita hendaklah berbaik sangka..Insyallah
aku memang setuju pandangan ko yg puak2 baru masuk pr ni xpatut jadi calun.tapi kalau nak pastikan mereka melompat atau tidak memang susah sebab xde satu indikator yg boleh dijadikan ukuran.tapi kalau kita tengok semangat perjuangan bekas ahli parlimen padang serai n.gobalakrishnan siapa percaya dia boleh beralih arah.semuanya fulussss beb.
Tak Faham adat berjemaah....kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis sebelum membuat posting.....tidakkah kamu tahu yg mereka ini sudah menjadi calon dan adakah kamu boleh undurkan masa?
mmg nak kena bekas2 yb ni..meh kita krojekan mereka ni, saja bg org susah. Kita tak main lah tuduh-tuduh org ni tanpa bukti, kan sdr kan. Hidup PR.
Post a Comment