Tuesday, April 30, 2013

Pakatan menang PTPTN hapus



Apakah perasaan anda apabila tengok perkataan pakatan rakyat menang PTPTN hapus. Sudah tentu ada yang rasa lega tetapi tak kurang juga yang tak boleh percaya.

Ibu Bapa yang anak anak mereka  melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan IPTS meminjam PTPTN pasti lega, kerana dapat ringankan satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

Cuba bayangkan mereka yang selama ini terbeban dengan pinjaman yang kena tanggung akan dihapuskan bayaranya. Lebih lebih lagi bagi mereka yang belum dapat kerja, tetap dan kena bayar pinjaman PTPTN sekarang ini.

Jika tak bayar balik pinjaman,mereka telah diberi surat akan kenakan tindakan undang undang ke mahkamah dan didakwa.

 Sekarang  ini seramai 80 ribu lepas IPTA menanggung beban kerana terpaksa bayar balik pinjaman miskipun belum dapat kerja.

Jadi, apabila ada tawaran  pakatan rakyat menang PTPTN di hapus dan pendidikan di Negara ini adalah pendidikan percuma sepertimana janji manifesto Jingga.

Profesor Di Raja Engku Aziz pernah berkata, Cuma RM 8 bilion setahun untuk membiayai pendidikan percuma satu satu tahun.

Jika RM 8 bilion satu tahun, bermakna 4 tahun baru RM 32 bilion berbanding Najib habiskan duit rakyat dikatakan sejumlah RM 58 bilion untuk pertahankan umno/BN PRU 13.

Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos beli undi yang dilakukan Datuk Najib Razak sejumlah RM 58 bilion sepanjang dia jadi perdana menteri.

Jika beli undi boleh dilakukan dengan seweng wenangnya, masakan  jadi beban RM 8 bilion untuk melabur dalam bidang eset Negara.(modal insan)

Kalau untuk menang piliharaya umum ke 13 kerajaan sanggup menghabiskan wang sejumlah RM 58 bilion masakan untuk pendidikan Negara tak boleh.

Mana lebih utama membeli undi atau menghabiskan wang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.



4 comments:

Anonymous said...

Bukan PTPTN saja termasuk minyak dan tol. Bagi kami yg tak terlibat dalam pinjaman serta minyak, nak minta pertimbangan pengangkutan awam percuma, apalah sangat kan encik minyak.turun seringgit sepuluh sen dan tol pun dah tak ada, jadi apalah sangat permohonan ini. Hidup PR.

Anonymous said...

Tak payahlah tapis2, kebebasan bersuara, tak gitu encik.

Anonymous said...

Tong kosong kalau diketuk mmg sedap bunyinya tp kalau yg padat tu kurang, kenapa ya encik?

Anonymous said...

Terbeban? Salah siapa? Bagi saya itu semua soal pengurusan kewangan. Kalau kawan saya kerja makan gaji kerajaan, boleh bayar balik, xkan yg lain tak boleh bayar. Dia siap boleh bayar sewa rumah, loan kete habis bayar xsampai 4 tahun pun, dapat bayar hantaran kahwin lagi, dapat hulur duit kt adik2 dan mak kt kg lagi. Nk kt dia ada wat part time xde pun. Semua serba cukup. Kalau kita niat ikhlas nk bayar hutang, Insya-Allah Allah akan permudahkan jalan. Kalau niat mmg xnak bayar, mungkin itulah pasal pintu rezeki sempit. Kalo PR nk hapuskan PTPTN, xde masalah. Tp kalau PR xmenang, kita still kena bayarkn? Saya pelik bila orang pakai kopiah teriak takbir, marah-marah kerajaan katanya zalim sebab taknak hapuskan hutang, sedangkan dalam Islam, hukum membayar hutang adalah wajib. Sampai mati pun hutang mesti dilunaskan oleh waris. Maksud zalim dari segi syarak adalah meletakkan sesuatu diluar batasan haknya. Hak pemiutang adalah dibayar hutangnya. Adalah berdosa dan zalim bagi orang yang tidak membayar hutangnya. Wallahua'lam