Apakah perasaan anda apabila tengok perkataan pakatan rakyat
menang PTPTN hapus. Sudah tentu ada yang rasa lega tetapi tak kurang juga yang
tak boleh percaya.
Ibu Bapa yang anak anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan
IPTS meminjam PTPTN pasti lega, kerana dapat ringankan satu bebanan yang
terpaksa ditanggung.
Cuba bayangkan mereka yang selama ini terbeban dengan
pinjaman yang kena tanggung akan dihapuskan bayaranya. Lebih lebih lagi bagi
mereka yang belum dapat kerja, tetap dan kena bayar pinjaman PTPTN sekarang
ini.
Jika tak bayar balik pinjaman,mereka telah diberi surat akan
kenakan tindakan undang undang ke mahkamah dan didakwa.
Sekarang ini seramai 80 ribu lepas IPTA menanggung
beban kerana terpaksa bayar balik pinjaman miskipun belum dapat kerja.
Jadi, apabila ada tawaran pakatan rakyat menang PTPTN di hapus dan
pendidikan di Negara ini adalah pendidikan percuma sepertimana janji manifesto Jingga.
Profesor Di Raja Engku Aziz pernah berkata, Cuma RM 8 bilion
setahun untuk membiayai pendidikan percuma satu satu tahun.
Jika RM 8 bilion satu tahun, bermakna 4 tahun baru RM 32
bilion berbanding Najib habiskan duit rakyat dikatakan sejumlah RM 58 bilion
untuk pertahankan umno/BN PRU 13.
Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos beli undi yang
dilakukan Datuk Najib Razak sejumlah RM 58 bilion sepanjang dia jadi perdana
menteri.
Jika beli undi boleh dilakukan dengan seweng wenangnya, masakan
jadi beban RM 8 bilion untuk melabur
dalam bidang eset Negara.(modal insan)
Kalau untuk menang piliharaya umum ke 13 kerajaan sanggup
menghabiskan wang sejumlah RM 58 bilion masakan untuk pendidikan Negara tak
boleh.
Mana lebih utama membeli undi atau menghabiskan wang untuk
para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
4 comments:
Bukan PTPTN saja termasuk minyak dan tol. Bagi kami yg tak terlibat dalam pinjaman serta minyak, nak minta pertimbangan pengangkutan awam percuma, apalah sangat kan encik minyak.turun seringgit sepuluh sen dan tol pun dah tak ada, jadi apalah sangat permohonan ini. Hidup PR.
Tak payahlah tapis2, kebebasan bersuara, tak gitu encik.
Tong kosong kalau diketuk mmg sedap bunyinya tp kalau yg padat tu kurang, kenapa ya encik?
Terbeban? Salah siapa? Bagi saya itu semua soal pengurusan kewangan. Kalau kawan saya kerja makan gaji kerajaan, boleh bayar balik, xkan yg lain tak boleh bayar. Dia siap boleh bayar sewa rumah, loan kete habis bayar xsampai 4 tahun pun, dapat bayar hantaran kahwin lagi, dapat hulur duit kt adik2 dan mak kt kg lagi. Nk kt dia ada wat part time xde pun. Semua serba cukup. Kalau kita niat ikhlas nk bayar hutang, Insya-Allah Allah akan permudahkan jalan. Kalau niat mmg xnak bayar, mungkin itulah pasal pintu rezeki sempit. Kalo PR nk hapuskan PTPTN, xde masalah. Tp kalau PR xmenang, kita still kena bayarkn? Saya pelik bila orang pakai kopiah teriak takbir, marah-marah kerajaan katanya zalim sebab taknak hapuskan hutang, sedangkan dalam Islam, hukum membayar hutang adalah wajib. Sampai mati pun hutang mesti dilunaskan oleh waris. Maksud zalim dari segi syarak adalah meletakkan sesuatu diluar batasan haknya. Hak pemiutang adalah dibayar hutangnya. Adalah berdosa dan zalim bagi orang yang tidak membayar hutangnya. Wallahua'lam
Post a Comment