Saturday, April 13, 2013

Takut yang amat sangat



Penulis berani mengatakan Tun Mahathir amat takut apabila Pakatan rakyat menang PRU 13 ini.Hatta Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga.Pendek kata semua penyokong rasional umno takut BN  kalah.

Sememang orang orang umno seartus peratus takut dan bimbang dengan peralihan kuasa.Hilang kuasa bermakna hilang segala galanya, termasuk tak dapat kumpul harta yang jadi matlamat politik mereka.

Cuba anda bayangkan jika  selama ini mereka hidup senanglenang dapat kumpul harta tiba tiba kerajaan bertukar tangan dan kuasa duduk pada orang lain pasti habislah peluang untuk mengumpul harta. Siapa tak takut.

Ini pada orang Melayu, lain pula pada orang China. BN memang orang china dapat untung, kerana kerajaan selama lamanya telah utamakan China berbanding Melayu yang semakin hari semakin papa kedana.

Pakatan Rakyat menang orang China berbahagia, kerana dari segi demokrasi siapa yang dapat kerusi lebih banyak dialah yang jadi ketua sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, Parti Keadilan dan PAS jadi alat dan mangsa.

Usah Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor turut jadi mangsa, termasuk tidak boleh melaksanakan peraturan Islam yang telah digubal. Contohnya peraturan genda perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki yang berjalan hampir 20 tahun itu telah ditarik balik.

Demikian juga mengenai penjualan arak di kawasan penduduk Melayu juga mendapat tentangan hebat dengan alasan peraturan itu seolah olah telah menutup reseki orang China, pada penulis Bn menang china untung dan pakaran menang china bahagia.

Oleh itu, apabila kerajaan bertukar tangan habislah peluang dan rung para pemimpin umno, terutama peluang untuk mengumpul  harta yang sekian lama dijadikan matlamatnya. Mengapa?  kerana orang lain pulak yang dapat peluang dan ruang itu.

Inilah amalam yang dilakukan oleh umno/BN sepanjang menjadi kerajaan. Orang lain tidak ada harapan untuk hidup senang lenang dan kayaraya.

Orang kalau jadi kakitangan kerajaan pun mustahil dapat naik pangkat dengan mudah jika tidak sokong umno, lainlah jika orang china.Orang China tak kira kamu parti apa akan diberi layanan yang cukup istimewa.

 Demikian juga yang duduk di  universiti. jangan diharap untuk jadi naik cesonler kalau tak sokong umno.Untuk dapat Profesor pun jauh sekali. Mereka akan kekal dengan gelarang Profesor madya sampai pencen.

Di sekolah pun begitu. Jangan diharap akan dilantik sebagai  pengetua jika tak sokong umno. Inilah yang menakutkan orang yang sokong umno.

Anwar ketika jadi menteri pendidikan dulu pun begitu. Pedek kata habis orang orangnya naik pangkat dalam kementerian tersebut.

Inilah yang membuat orang orang rasional umno turut takut. Usah orang macam Datuk kadir jasin, malah Tun Mahathir pun turut merasai ketakutan itu jika pakatan rakyat jadi kerajaan, sebab itu Najib melakukan tranformasi ekonomi konon, BRIM yang jelas dan nyata membeli undi agar BN menang lagi PRU 13 ini.



No comments: