Rakyat sewajarnya terus memberi
kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) jika mahu melihat Malaysia menjadi negara maju 20202.
Demikian kata Tun Dr Mahathir
Mohamad bekas perdana menteri yang dikatakan sedang mengidap takut bayang
bayang sendiri dalam satu ceramah kempen mengekalkan Malaysia ditangan umno/BN.
Pada penulis, jika Malaysia kekal
ditangan umno/BN PRU 13 akan jadi sebauh Negara muflis, Kerana Negara satu
Malaysia dikatakan ada hutang sebanyak RM 547 bilion, sedangkan rezab Negara
Cuma ada sebanyak RM 437 bilion sahaja.
Oleh itu peluang untuk menjayakan
wawasan 2020 sangat tipis kerana kerajaan selama lama telah mengamalkan rasuah
bak irama dan lagu.
Yang menjadi peghalangnya bukan sahaja
berlaku pembaziran wang rakyat secara membabi buta setelah diberi amanah
sepanjang memerintah Negara. Akan tetapi ia berpunca daripada salahgunakuasa
dan penyeleweangan serta rasuah yang berlaku secara bermaharajalela.
Buktinya belanjawan Negara (bajet)
setiap tahun telah disalahgunakan melalui suatu kaedah penyeleweangan yang
telah dikesan secara terperinci oleh Audit Negara.
Oleh itu, peluang untuk menjayakan
Wawasan 2020 adalah lebih buruk sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari
ini dikekalkan.
Pada hemat penulis, adalah sangat
selamat jika parti umno/BN diberi mandat pada PRU 13 meneruskan usaha
menjayakan Wawasan 2020 suatu yang tak masuk akal.
Lihat sahaja pembangunan Iskandar di
Johor Bahru. Siapakah pemegang saham terbesar. Sudah tentu Singapura, Hongkong
dan Korea.
Negeri Johor dikatakan sudah separuh
hartatanah jatuh kepada tangan orang asing melalui dasar bebas pelaburan yang
digubal kerajaan umno/BN.
Oleh itu yang dikatakan kemajuan
pesat dikecapi kini tidak boleh jadi bukti Malaysia berada di landasan yang betul
dalam usaha mencapai Wawasan 2020.Sebaliknya, jika umno diberi mandat lagi
memerintah kemungkinan besar Malaysia jadi Negara muflis.
Lebih lebih lagi keluaran dalam negara
kasar (KDNK) Malaysia yang diwar warkan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan
sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu itu hanya diatas kertas sahaja.
Tidak lebih daripada itu.
No comments:
Post a Comment