Penulis boleh setuju dengan kata kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid bahawa "Saya yakin kali ini (PRU 13) Pakatan Rakyat akan menang,"
Sebab selama ini pun pihak kerajaan gunapakai dan yakin dan percaya dengan
risikan yang dibuat oleh pihak tentera Malaysia.
Jika
risikan pihak tentera kata BN boleh menang dalam satu satu Pilihanraya umum,
seolah olah itulah lampu hijau untuk pihak kerajaan UMNO/BN membubarkan
parlimen.
Akan
tetapi Pakatan Rakyat tidak boleh duduk sedap dengan kenyataan Penegasan bekas
strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz
Abdul Hamid tersebut.
Mengapa?
Kerana beliau bukan lagi seeorang yang terbabit secara langsung dengan pusat
risikan tentera. Atau dengan kata lain beliau bukan pengawai strategis angkatan Tentera lagi.
Oleh itu,
kajian kajian yang dibuat oleh pihak tentera tiada dalam tangannya tidak
sepertimana semasa memegang jawatan timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera
Malaysia.
Bermakna
kata kata yang dicakapkan itu hanya berbentuk ramalan berdasar pilihanraya umum
12 dahulu yang ada persamaan dengan penganalisis politik tanahair yang kadang
kadang boleh dipercayai. Kadang kadang tidak.
Bukan
mudah untuk menumbangkan umno/BN. Lebih lebih lagi banyak insentif dan
inisiatif dilakukan ikat hati rakyat yang dikatakan pengundi akar umbi yang
dapat menentukan kalah/menang sesebuah parti yang bertanding.
Sehubungan
dengan itu, penulis beberapa kali ke Kelantan untuk melihat iklim politik
secara khusus dan Malaysia secara am.
Iklim
politik tanahair dan Kelantan ada persamaan dengan iklim politik pilihanraya
umum ke 11 (2004) yang membuat kerajaan PAS Kelantan hampir hampir tumbangdan
kerajaan Terengganu kalah teruk.
Datuk
Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia buat andaian
berdasarkan semasa pilihan raya
2008, tidak yakin Pakatan boleh menang
tetapi dapat menafikan 2/3 parlimen dan BN kalah empat negeri.
Hari ini
Selangor yang diperintah keadilan rakyat tak sedap duduk, kerana dikatakan 500
ribu pengundi hantu dimasukan.Hal pernah dilakukan umno/BN terhadap Terengganu
pada (2004) iaitu memasukkan pengundi
luar sebanyak 30 peratus.
Kelantan
kita belum ada isu tersebut, tetapi wang ihsan, BRIM wang RM 100 kepada pelajar dan bantuan kewangan dari
pihak Kemas, TEKUN dan Amanah Akhtiar pinjaman kilat untuk ikat hati rakyat
mengundi BN PRU 13 nanti.
Sekarang ini sudah 4 juta rakyat jelata dibeli undinya. Bukan mudah untuk menang, kerana 4 juta rakyat dibeli undinya.
Jika diteliti secara terperinci PRU 13 akan sama dengan PRU 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang.
Oleh itu, Jangan buat sedap duduk dan tak dengan iklim politik tanahair kini.
Sejarah telah membuktikan kemenangan Umno/BN sepanjang 50 tahun lebih dek "wang" membeli undi.
Tidak dinafikan rakyat juga tertambat hati dengan janji manifesto pendidikan percuma di negara ini sepertimana janji Dr Mahathir ketika mula mula jadi perdana menteri dulu.
Akan tetapi beli undi lebih kuat tambatannya berbanding janji pendidikan percuma, kerana mereka dapat wang secepat kilat.
Maka perkataan yakin PR menang harus difikir masak masak, kerana bukan mudah untuk tumbangkan umno/BN yang wang sebagai senjatanya lebih berkesan.
Tambahan pula kemasukan pengundi luar (hantu) begitu besar jumlahnya, terutama sekali pada negeri selangor yang tidak pernah berhenti dengan kerja sabotaj.
2 comments:
jllk;k
piraaaaah pak jeneral pencen dah nak jadi pak nujum pulak...hahahahahaha
Post a Comment