Friday, February 8, 2013

Saya yakin PR menang - Strategis tentera


Penulis boleh setuju dengan kata kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid bahawa  "Saya yakin kali ini (PRU 13) Pakatan Rakyat akan menang,"

 
Sebab selama ini pun pihak kerajaan gunapakai dan yakin dan percaya dengan risikan yang dibuat oleh pihak tentera Malaysia.

Jika risikan pihak tentera kata BN boleh menang dalam satu satu Pilihanraya umum, seolah olah itulah lampu hijau untuk pihak kerajaan UMNO/BN membubarkan parlimen.

Akan tetapi Pakatan Rakyat tidak boleh duduk sedap dengan kenyataan Penegasan bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid tersebut.

Mengapa? Kerana beliau bukan lagi seeorang yang terbabit secara langsung dengan pusat risikan tentera. Atau dengan kata lain beliau bukan  pengawai strategis angkatan Tentera lagi.

Oleh itu, kajian kajian yang dibuat oleh pihak tentera tiada dalam tangannya tidak sepertimana semasa memegang jawatan timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Bermakna kata kata yang dicakapkan itu hanya berbentuk ramalan berdasar pilihanraya umum 12 dahulu yang ada persamaan dengan penganalisis politik tanahair yang kadang kadang boleh dipercayai. Kadang kadang tidak.

Bukan mudah untuk menumbangkan umno/BN. Lebih lebih lagi banyak insentif dan inisiatif dilakukan ikat hati rakyat yang dikatakan pengundi akar umbi yang dapat menentukan kalah/menang sesebuah parti yang bertanding.

Sehubungan dengan itu, penulis beberapa kali ke Kelantan untuk melihat iklim politik secara khusus dan Malaysia secara am.

Iklim politik tanahair dan Kelantan ada persamaan dengan iklim politik pilihanraya umum ke 11 (2004) yang membuat kerajaan PAS Kelantan hampir hampir tumbangdan kerajaan Terengganu kalah teruk.

Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia buat andaian berdasarkan  semasa pilihan raya 2008,  tidak yakin Pakatan boleh menang tetapi dapat menafikan 2/3 parlimen dan BN kalah empat negeri.

Hari ini Selangor yang diperintah keadilan rakyat tak sedap duduk, kerana dikatakan 500 ribu pengundi hantu dimasukan.Hal pernah dilakukan umno/BN terhadap Terengganu pada (2004) iaitu  memasukkan pengundi luar sebanyak 30  peratus.

Kelantan kita belum ada isu tersebut, tetapi wang ihsan, BRIM wang RM 100  kepada pelajar dan bantuan kewangan dari pihak Kemas, TEKUN dan Amanah Akhtiar pinjaman kilat untuk ikat hati rakyat mengundi BN PRU 13 nanti.

Sekarang ini sudah 4 juta rakyat jelata dibeli undinya. Bukan mudah untuk menang, kerana 4 juta rakyat dibeli undinya.

Jika diteliti secara terperinci PRU 13 akan sama dengan PRU 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang.

Oleh itu, Jangan buat sedap duduk dan tak dengan iklim politik tanahair kini.

Sejarah telah membuktikan kemenangan Umno/BN sepanjang 50 tahun lebih dek "wang" membeli undi.
Tidak dinafikan rakyat juga tertambat hati dengan janji manifesto pendidikan percuma di negara ini sepertimana janji Dr Mahathir ketika mula mula jadi perdana menteri dulu.

Akan tetapi beli undi lebih kuat tambatannya berbanding janji pendidikan percuma, kerana mereka dapat wang secepat kilat.

Maka perkataan yakin PR menang harus difikir masak masak, kerana bukan mudah untuk tumbangkan umno/BN yang wang sebagai senjatanya lebih berkesan.

Tambahan pula kemasukan pengundi luar (hantu) begitu besar jumlahnya, terutama sekali pada negeri selangor yang tidak pernah berhenti dengan kerja sabotaj.


2 comments:

Anonymous said...

jllk;k

Anonymous said...

piraaaaah pak jeneral pencen dah nak jadi pak nujum pulak...hahahahahaha