Hujjah perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah
ketidakpuasan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah
selama lima tahun itu.
Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim orang yang dikatakan tidak
layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini yakin menang dan dapat
lawan Putrajaya.
Hujjah Penasihat pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan
ialah kerana sudah muak dengan kerajaan BN yang banyak melakukan penyeleweangan
dan salahgunakuasa, termasuk rakus dengan rasuah selama lima puluh tahun lebih itu.
Namun begitu, penulis
fokuskan tulisan ini sepertimana judul diatas iaitu cuba buat analisis pasal
kerusi milik BN di Selangor yang kemungkinan besar tidak selamat pada PRU 13
ini.
Sekarang ini 9 kerusi DUN yang dimiliki BN tidak selamat
kerana majoritinya dibawah angka satu ribu, manakala parti keadilan rakyat
hanya satu kerusi sahaja, itu N 10, DUN Bukit Melawati milik Muthiah Maria
Pillay yang majoritinya 608 undi.
Satu kerusi milik DAP turut tidak selamat iaitu N 4 Dun
Sekincahan miliki Ng Suee Lim yang majoritinya hanya 190 undi sahaja.
Lapan Kerusi dun yang dimiliki PAS boleh dikatakan hampir
semuanya selamat, Cuma kerusi DUN N. 45
Selat Klang miliki Dr Halimah Ali kerana majoritinya 1,459 undi berbanding
dengan lain lain majoriti lebih dua ribu keatas.
Mari sama sama kita lihat 9 kerusi milik BN dari 20 kerusi
yang dikatakan sangat tidak selamat bagi membalas hujah Najib yang yakin
Selangor dapat dirampas dan diperintah semula BN pada PRU 13 5 Mei ini.
Lihat N 1, Sungai Air Tawar, kerusi miliki Raja Ideris@ Raja
Idris Raja Ahmad yang majoritinya 123 undi sahaja. N2, Sabak,kerusi milik Dr Warno Dogol yang majoritinya 117
undi. N6 Kuala Kubu Bahru kerusi milik Koon Mun yang majoritinya 448 undi.
N9, Permatang, kerusi milik
Sulaiman Abdul Razak yang marojitinya 608. N13 Kuang kerusi milik Abdul
Shukur Idrus yang majoritinya 517 undi.
N15, Taman Templer kerusi milik Datuk Sei Subahan Kamal yang
majoritinya 613 undi. N38 Paya Jaras kerusi milik Datuk Muhamad Bushro Mat
Johor yang majoritinya 642 undi. N29 Seri Serdang kerusi milik Datuk Dr.
Mohamad Satim Diman yang majoritinya 45 undi sahaja. N53 Morib kerusi milik
Hasiman Sidom yang majoritinya 286 undi.
Bagaimana pun tumbangkan kerajaan BN Selangor pada PRU 12
dahulu atas sebab ketidakpuasan rakyat Selangor atas sebab kerakusan seorang
menteri besar.
Atas sebab itu, Najib telah mencanangkan bahawa menteri
Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang penipu. Oleh itu, orang Selangor
hari ini, cukuplah sekali di tipu, agar jangan sampai kena tipu lagi pada PRU 13
ini.
Siapakah yang menipu dan siapakah pula yang kena tipu. Pada
penulis rakyat jelata Malaysia ini sudah 50 lebih kena tipu BN. Oleh itu,
jangan sekali kali ditipu dan tertipu lagi pada PRU 13 5 mei ini.
Tukar kerajaan,
rakyat tak rugi
Jangan takutlah, kerana kerajaan bertukar rakyat tidak rugi
apa apa pun. Yang rugi, ialah para menteri dan para timbalan menteri.
Yang paling rugi dan merugikan ialah perdana menteri dan
timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka takut yang amat sangat apabila
rakyat nak tukar kerajaan sekarang dengan kerajaan baru.
Bukan setkat itu shaja malahan mereka sangat takut dan
menjadi trauma apabila dengar kata kata ubah sekali.
Rakyat tidak perlu takut, kerana kerajaan baru, walaupun
perdana menteri dan timbalan perdana menteri orang tidak ada pengalaman kononya
boleh memerintah sama macam mereka juga.
Yang melaksanakan tugas pentadbiran kerajaan baru bukan
perdana menteri, dan bukan timbalan perdna menteri atau bukan menteri menteri
yang baru dilantik.
Oleh itu, jangan sekali kali takut dengan dakyah yang
mengatakan Negara akan hancur jika Malaysia berperdanakan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Atau Malaysia berperdana menterikan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, kerana yang akan menjalankan tugas adalah penjawat awam yang ada
pengalaman puluhan tahun sebagai pentadbir.
Jadi janganlah takut untuk ubah kerajaan yang ada, kerana
kerajaan yang ada telah diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan banyak
melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa.
Disebalik salahgunakuasa mereka jelas dan nyata sah sudah
menjadi pengkhianat bangsa melayu, agama Islam dan Negara.
Maka ada lebih baik kita tukar dan ubah sekali agar parti
pakatan rakyat pula mengambil alih kerajaan setelah 50 tahun lebih parti
umno/BN memerintah.
Kita rasa dahulu. Jika kerajaan baru tidak boleh cipta rekod
yang baik boleh buat keputusan tukar dan ubah lagi. Atau dengan kata lain
dapatlah kita buat perbandingan mana lebih baik antara kerajaan baru dengan
kerajaan lama.
Kalau kerajaan lama lebih baik berbanding dengan kerajaan
baru, ubah dan tukar lagi. Rakyat sebagai pengundi tidak rugi apa apa.Yang
rugi, perdana menteri dan timbalan perdana, kerana tak dapat kumpul harta.
Oleh itu, jangan takut dan ragu ragu nak tukar kerajaan.
Undilah parti baru pada Ahad 5 Mei 2013 ini.Tengok lima tahun Malaysia kerajaan
baru dibawah parti baru.
Najib pening kepala dan panas punggong
Penulis tidak tahu kenapa
Datuk Seri Mohd Najib Razak sehari dua ini kelihatan resah gelisah yang amat
sangat.
Pasti ada perkara yang
buruk akan berlaku selepas PRU 13 5 Mei ini. Atas sebab itulah dia kelihatan
buat itu dan buat ini serba serbi tidak kena. Buat apa pun tidak kena.Seolah
olah segala palnnya tak menjadi.
Kemungkinan besar ada
kaitan dengan kajian pilihanraya yang dibuat oleh Universiti Malaysia oleh Pusat
Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang mengatakan
Anwar Ibrahim lebih popular berbanding Najib Razak iaitu lebih 7 peratus.
Pusat kajian tersebut
mengumunkan kajian mereka bahawa 43 peratus pengundi di negara ini memilih Anwar
Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk
Najib Razak yang banyak melakukan tranformasi.
Penulis tidak tahu apakah
kajian yang dibuat oleh pusat kajian university Malaya suatu kajian yang
saintifik dan sebaliknya.
Jika kajian tersebut
kajian saintifik maka sah pakatan rakyat boleh menang pada PRU 13 5 Mei 2013
ini dan inilah yang membuat Najib resah gelisah. Bukan itu sahaja malahan
sering pening kepala dan panas punggong.
Bayangkan, dikatakan RM 58
bilion wang rakyat dihabiskan untuk tujuan menang PRU 13 disamping RM 5.6 bilion
untuk beli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM).
Yang menghairankan semacam
mustahil rakyat jelata tidak memberi sokongan padu pada kerajaan yang diterajui
Najib, sedangkan janji itu dan janji ini sudah ditepati berbanding pakatan
rakyat yang hanya buat janji kosong konon. Tidak lebih daripada itu.
Bagaimana mungkin boleh
terjadi demikian, sedangkan 4.3 juta rakyat diberi wang sebanyak RM 500 satu
kepala kepada isi rumah.Mustahil tidak memberi iampak untuk meraih sokongan
rakyat.
Pelik juga mengapa rakyat
boleh percaya dengan janji kosong pakatan rakyat seperti pendidikan percuma
harga kereta murah, minyak petro turun berbanding janji yang telah ditepati
oleh kerajaan yang aman dan makmur itu.
Kaji selidik Pusat Demokrasi
dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim
calon popular untuk menjadi perdana menteri, tidak menggambarkan aspirasi
keseluruhan rakyat dan pengundi.
.
1 comment:
Dun kota damansara dh terleps.... disbbkan pemimpin pr kawasan/bawahan....
Post a Comment