Walaupun ada orang kata Melayu muda lupa, tetapi penulis tak
pernah lupa dengan kata kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama dahulu
bersabit dengan jawatan yang di sandang hingga sekarang ini.
Mungkin ada sesetengah sudah lupa, tetapi penulis tetap tak
lupa dengan kata presiden PAS yang mengambarkan betapa tawaduknya beliau
apabila ada pihak yang suba buruk dan hendak menjatuhkannya sebagai presiden
parti.
Memang jawatan presiden parti PAS tidak pernah dicabar
setakat hari ini. Perlembagaan parti Islam semalaysia ini tidak pernah menghalang mana individu untuk
turut mencabar jawatan tersebut menerusi usul kawasan kawasan di seluruh negara.
Lainlah Jawatan timbalan presiden yang telah dicabar setiap
kali muktamar di adakan dua tahun sekali sebagai tahunan pilihan jawatankuasa
parti sepertimana yang telah dibenarkan perlembagaan.
Penulis tak ada niat untuk pergi jauh apabila bercakap pasal
ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS
pada muktamar yang akan diadakan pada Novembr 2013 ini.
Penulis masih belum lupa kata kata yang keluar dari mulut
presiden sendiri yang berbunyi: “sesiapa sahaja boleh ambil alih jawatan presiden
parti ”.Bermakna beliau tidak kisah dengan jawatan yang di sandangnya.
Ini menunjukkan “lampu hijau” sudah lama nyala dan tidak akan
mati mati asalkan ada orang yang lebih layak untuk menjadi presiden parti. Tidak
timbul jawatan itu hak milik Haji Abdul Hadi Awang.
Atau dengan kata lain bukan atas kehendak beliau jawatan itu
disandang sehingga hari ini.Dia adalah hak para perwakilan.
Oleh itu sangat tidak patut mengatakan PAS hak mertua dan
menantu yang telah dilabelkan oleh pihak tertentu dua tiga hari ini.
Dengan itu, maka tiada sebarang halangan untuk ahli PAS tukar
presiden jika ada orang lain yang lebih layak berbanding presiden sekarang.
Sangat tidak wajar ada pihak berusaha hendak menjatuhkannya melalui isu yang
dimainkan.
Bukan setakat cuba untuk menjatuhkannya, malahan semacam ada
pihak yang cuba memburuk buruk nama baik Haji Hadi Awang yang amat tidak patut
boleh berlaku dalam parti yang memperjuangkan Islam.
Pada penulis, alasan parti pas hak milik mertua dan menantu
yang jelas boleh mengambarkan haji Hadi seorang yang pelahat dengan jawatan
yang disandang dan buruk perangainya sepanjang menyandang jawatan tersebut,
sedangkan tuan punya badan sudah nyatakan sesiapa saja boleh ambil alih jawatan
itu.
Maka sangat molek kawasan kawasan yang bermesyuarat
mencalonkan seseorang yang difikirkan layak mengganti jawatan presiden pada
muktamar yang akan berlangsung pada November ini.
Seingat penulis Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ini pernah
menolak pelantikan menteri besar Terengganu sebaik PAS menang besar dalam PRU
10 (1999-2004).
Beliau tak mahu dilantik sebagai menteri besar Terengganu,
tetapi PAS pusat yang mahu beliau sandang jawatan tersebut.
Demikian juga dengan jawatan presiden PAS yang boleh ditukar
selama dua tahun sekali. Tiada halangan untuk sessiapa mencabar jawatan itu.
Bukan setakat itu sahaja, malah beliau pernah berkata dan bersedia
berundur jika ada orang lebih layak untuk melayari kapal PAS yang sedang
belayar dilautan yang penuh dengan gelora itu.
1 comment:
Untuk menghindari fitnah. Apa kata Presiden umum tidak akan pertahankan jawatan jika ada pemimpin lain dicalonkan sebagai Presiden?
Saja nak acah sikit.
Post a Comment