Friday, October 2, 2009

Mengapa JPJ ditugaskan agih kurma

Ramai yang berkata, memang tersangat tidak munasabah Jabatan Pengangkatan Jalan (JPJ) mengambil tugas dan diberi tanggungjawap melaksanakan kerja agihan bungkusan kurma milik kerajaan negeri Terengganu pada pemandu kenderaan.

Seperkara lagi Kurma itu adalah dikhas untuk rakyat Terengganu sahaja sepertimana kata Menteri Besar bahawa kurma hanya untuk rakyat negeri ini sahaja.

Namun demikian di kedai kedai kopi orang bercerita pasal agihan kurma kepada seramai 300 ribu rakyat Terengganu pada bulan Ramadhan lepas diselewengkan.

Ada yang mengatakan saya dapat dan saya tak dapat sebungkus kurma yang berharga RM 26.00 sebanyak 300 ribu kotak dengan kos sebanyak RM 7.8 juta itu.

Kurma yang berharga RM 7.8 juta ini untuk dibahagi bahagi kepada rakyat Terengganu tidak kira fahaman parti seseorang.

Demikianlah kata Datuk Ahmad Said Menteri Besar yang Nampak begitu mengharapkan agihan kurma itu sampai kepada seramai 300 ribu rakyat.

Tugas dan tanggungjawabnya di letak pada JKKK untuk diagihkan di 32 DUN seluruh negeri Terengganu.

Yang peliknya di kedai kedai kopi juga orang bercerita pasa JPJ ditugaskan agih kurma kepada kenderaan yang menggunakan jambatan Sultan Mahamod Duyong Kuala Terengganu dua hari sebelum hari raya aidil Fitri.

Hari Jumaat dua hari sebelum umat Islam menyambut hariraya Aidil Fitri JPJ telah membahagi bahagikan sebungkus kurma milik kerajaan Terengganu kepada pemandu kenderaan yang menggunakan jamabatan Sultan Mahamud.

Disini difahamkan bahawa sejumlah 300 ribu kotak kurma terpanpang gambar menteri besar Terengganu tidak habis diagihkan, Jadi mahu tidak mahu JPJ diberi tugas untuk diagih agihkan pada pemandu kenderaan yang menggunakan jambatan sultan Mahmud.

Sesiapa sahaja yang menggunakan jambatan itu akan diberi sekotak kurma tidak kira ia tinggal di Kelantan atai dimana mana sahaja. Pada hal kurma itu sebenarnya khusus untuk rakyat Terengganu sahaja.

Ramai yang bising kerana ramai yang tidak dapat kurma tersebut. mengapa boleh jadi begitu. Ini pasti ada yang tidak kena dengan tugas JKKK yang di pertangungjawabkan.

Tahun 2008 sebanyak 200 ribu kotak tapi tahun 2009 ditambah sebanyak 300 ribu kotak dengan tujuan tiada lagi rungutan tidak cukup.

Tahun ini nampaknya tak habis diagihkan jadi mahu tidak mahu JPJ yang galah tugas JKKK untuk membahagi bahagikan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan jambatan sultan Mahmud.

Persoalan yang timbul mengapa JPJ yang mengambil tugas itu, sedangkan tugas sebenar ialah JKKK. Ini pasti berlaku ketidak amanahan dan kerajaan perlu tegas sama ada memanggil dan megambil tindakan JKKK yang terbabit.

Nampaknya gayanya ada yang tidak kena dengan JKKK yang baru dilantik oleh kerajaan setelah dilakukan pemutihan juga masih buat sabotaj pada kerajaan yang diterajaui oleh Ahmad Said.

Penulis difahamkan memang berlaku sabotaj yang dilakukan oleh JKKK yang berpihak kepada kumpulan anti menteri besar.Kalau peringkat pimpinan UMNO sanggup sabotaj semasa pilihanraya umnum dan kecil mustahil JKKK tidak.

Adalah mustahil kurma sebanyak 300 ribu kotak tidak dapat dihabiskan, sedangkan masih ramai lagi rakyat Terengganu yang tidak dapat menikmati sekotak kurma bersama air zam zam yang masih menjadi kontraversi hingga kini.

Ahmad Said tidak harus pandang ringan dengan sabotaj yang dilakukan oleh JKKK. lebih lebih lagi nama baik seorang menteri besar tercalar lagi.

Untuk menbersihkan nama baik Ahmad Said harus memngambil tindakan yang sewajarnya pada JKKK yang cuba sabotaj agihan kurma miskipun arahan dibuat agar kurma itu sampai ke tangan sesiapa sahaja tanpa kira latarbelakang parti masing masing.

Jika tidak diambil tindakan yang sewajarnya Ahmad Said akan di nilai oleh rakyat sebagai cakap tak serupa bikin dan serupa juga dengan menteri besar sebelum ini yang bertindak zalim terhadap rakyat yang menyokong pembangkang.

Rakyat yang menyokong pembangkang telah dinafikan haknya. Usah untuk mendapat wang zakat dari MAIDAN dan bantuan pejabat kebajikan masyarakat serta atap berwarana biru, sedangkan bantuan baju sekolah anak mereka pun tidak dapat.

Bantuan baju sekolah yang diperuntukan pelajar anak penyokong PAS kadang kadang diperlakukan sedemikian rupa. Ada yang dapat tetapi terpilih pilih, malah saiz baju dan kasut tidak menepati saiz sebenar.

Agihan sekotak kurma milik kerajaan Terengganu yang diagihkan oleh JPJ itu membuat ramai yang bising kerana ramai rakyat tidak dapat dan mengapa diberi kepada orang lain pula.

Betul yang buat bsising itu terdiri daripada mereka yang tidak memperolehi kurma yang dikhususkan pada rakyat Terengganu tetapi dibahagi bahagikan kepada orang lain sedangkan peruntukan itu diambil dari kerajaan negeri sebanyak RM 7.8 juta.

Sepakara lagi yang dipertikaikan ialah mengenai bidang tugas JKKK. Ada yang mengatakan kalau tidak sanggup menjalankan tugas dengan adil letaklah jawatan dan beri kepada orang.

Jika dinilai dengan apa yang berlaku sudah pasti berlaku tidak puashati terhadap Ahmad Said dari kalangan ahli umno sendiri kerana ada pro dan kontra yang mungkin membuat gelora politik menjadi lebih besar, miskipun dikatakan sudah selesai.

PAS negeri Terengganu suatu masa dahulu pernah mengesa kerajaan bertindak tegas, termasuk memecat JKKK yang gagal menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

1 comment:

fidel castro said...

khurma oh khurma..
mungkin nasibnya sama dengan nasib Giant di kerteh hingga hari ini tak beroperasi, amacam mat said?