Saturday, November 28, 2009

Ahmad Said tunai haji siapa pula yang taja?

Belum habis orang bercakap pasal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja sebanayak RM 65,000 untuk tunai haji tahun ini, penulis diberitahu oleh seorang Sub kontraktor negeri Terengganu, berkata, Ahmad sudah pergi dah.

Tanya penulis: pergi mana? Jawap subkontrktor itu: pergi mana lagi, Mekkahlah.

Begitulah ceritanya. Memang siapa yang sahaja yang sandang jawatan Menteri Besar tiap musim haji mereka akan tunai haji selain buat umrah.

Penulis tidak mahu berkata bahawa pemergian Ahmad Said menunai haji tahun ini ditaja, tetapi orang yang beri tahu penulis adalah seorang sub kontraktor yang barang kali tahu akan perihal itu.

Kalau Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan yang dikatakan mengarah pegawai kerajaan dan wakil rakyat menerima hadiah, ditaja sebanyak RM 65, 000.untuk tunai haji tahun ini.

Semacam mustahil Nik Aziz mudah memerima tajaan untuk tunai haji. lebih lebih lagi dia sendiri larang pegawai dan wakil rakyatnya menerima sebarang hadiah.

Cerita pasal Ahmad Said tunai haji pada tahun ini barangkali ada lojiknya ditaja oleh seseorang, kerana cerita itu diberitahu oleh seorang subkontraktor dan yang ikut serta dalam rombongan itu seorang JKKK yang pernah dipanggil kerana menyeleweng.

Penyelewengan yang dilakukan ialah dikatakan memberi bantuan wang raya kepada seorang penyokong PAS di Kampungnya tidak lama dahulu.

JKKK yang iku serta dalam rombongan VIP tunai haji itu dipertikaikan jawatanya, tetapi masih kekal sebagai JKKK yang dilantik semula.

Barangkali kerana hubungan baik dengan menteri besar beliau masih kekal sebagai JKKK kerana sangat berjasa.

Kalau tidak mana mungkin dapat tunai haji pakej VVIP yang jarang berpelunag seistimewa itu, kecuali tokoh UMNO yang bergelar Datuk sahaja dapat menyerati rombongan itu.

Media Massa tidak bising jika Ahmad Said ditaja sekali pun, kerana itulah amalan orang UMNO. Tetapi tidak macam Nik Aziz , bising seluruh dunia pasal ada orang menajanya.

Orang UMNO memang tidak salah, kerana UMNO bukan Parti islam yang difahamkan bahawa semua perkara yang diamalkan selama ini tidak salah, malah imejnya tidak tercalar. Manakala orang PAS pasti nampak buruk kerana dasar partinya adalah dasar Al Quran dan hadis.Bukan setakat buruk malah imejnya terjejas.

Seorang pegawai kanan kerajaan Terengganu pernah kata pada penulis: Orang pas tidak boleh buat salah nanti buruk imejnya dan mendapat padah akhirnya.

Penulis tanya: orang UMNO tak salahkah. Jawapanya: Amalan itu adalah lazim bagi mereka. Salah tu salah tapi rakyat sudah lali dan tahu itu memang amalan orang UMNO.Tak apa.

Cerita ini bukan cerita rekaan penulis: tetapi ia suatu realiti yang tidak dapat dinafikan. Mungkin mereka tidak akan diambil tindakan, hatta ditaja oleh pihak pihak tertentu.

Bukan setakat itu sahaja, malah tender projek juga dijual dan amalan ini tidak diambil sebarang tindakan oleh SPRM miskpun SPRM sudah diangkat tarafnya ketaraf ”Suruhajaya”.

Kegiatan beli tender di Terengganu bukan lagi diluar pengetahuan SPRM, malah SPRM telah menganjur satu seminar khusus untuk dihadiri hampir semua kontraktor di seluruh negeri Terengganu.

Sepanjang seminar itu berlangsung diadakan majlis Dialog dan penalnya ialah pengarah SPRM negeri.

Dalam dialog itu muncul perkataan apakah saudara saudara tidak mati. Penulis difahamkan sesiapa yang makan rasuah yang memberi dan menerima kedua duanya didalam neraka. Atas sebab itulah SPRM berkata demikian.

Kata salah seorang kontraktor: kalau tidak, saya tidak dapat projek. Jadi, apa yang hendak kami makan. Ini seolah olah mereka tidak boleh hidup jika tidak beli tender.

Orang PAS macam Menteri Besar Kelantan yang ditaja tunai haji tahun ini bising seluruh dunia dan ada yang buat cadangan supaya SPRM menyiasat isu itu walaupun belum tahu kepala dan ekornya.

Bukan setakat cadangan supaya SPRM menyiasat dan mendakwa Nik Aziz, malah ada yang mengeluarkan kata kata yang bukan bukan terhadap menteri besar yang bertaraf ulamak itu.

Ada yang berkata ”kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih” didalam blog yang penulis layari tanpa menyedari belum apa apa sudah buat keputusan yang Nik Aziz seorang yang warak tetapi tidak boleh dipercayai.

Bagaimana dengan Ahmad Said? mereka membisu seribu bahasa. Malah ada sesetengah itu mengatakan Ahmad said banyak duit tak kan dia hendak terima tajaan.


Memang Ahmad Said banyak duit, kalau tidak tak kan boleh buat istana yang menelan belanja RM 4 juta.

Tidak dinafikan orang UMNO memang banyak duit, macam Datuk Din Adam yang bina rumah yang menelan belanja jutaan ringgit yang hanya berjawatan EXCO satu penggal sahaja.

Macam juga Ustaz Ramli Nuh yang dikatakan sedang menyiap rumah yang menelan belanja sebanyak RM 1 juta, pada hal dia sudah pun memiliki rumah sendiri sebelum menjadi wakil rakyat.

Salah seorang bekas ahli Parlimen dikatakan memilik 15 buah kenderaan pensendirian dan bekas EXCO satu penggal yang dikatakan memilik harta ratusan juta ringgit dan membeli banglo lelong orang kaya yang muflis.

Kebanyakan orang UMNO bising apabila giliran Nik Aziz ditaja untuk menunaikan haji tetapi bagaimana pula jika Ahmad Said juga ditaja oleh pihak pihak tertentu?

Penulis yakin SPRM tidak akan berbuat apa, kerana tidak menerima sebarang laporan dari rakyat. Lain halnya jika cerita itu terkena pada orang PAS. SPRM akan terjun tidak bertangga untuk menyiasat.

Penulis masih belum lupa dengan cerita seumpama ini. Beberapa orang pegawai dari Bukit Aman turun sergah pegawai zakat Terengganu pasal dua orang anak EXCO kerajaan PAS menerima wang zakat.

Pegawai PRM (SPRM) turun menyiasat kesamua EXCO kerajaan PAS Terengganu miskipun tiada laporan di buat. Malah dibuat atas laporan media massa yang cuba menolong UMNO menjatuhkan kerajaan Terengganu sepertimana yang dilakukan kepada beberapa orang wakil rakyat pakatan rakyat di Perak dan di Selangor.

sekian........................

1 comment:

Unknown said...

Semoga tak dak rampasan kuasa lah pulaknya nanti..
p/s=tersenyum mat deris..