Saturday, November 14, 2009

Kerajaan Terengganu beli tanah di Kalimantan?

Membaca berita beli 100,000 hektar tanah di Kalimantan, Indonesia, Terengganu cadang jadikan ladang kelapa sawit ganti hasil minyak, teringat penulis, bekas menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad beli tanah di negeri Sembilan berharga RM29.7 juta.

Pembelian tanah sejumlah 100,000 hektar ini dibuat melalui TDM Berhad untuk didirikan ladang kepala sawit sebagai pelabauran jangka panjang ganti minyak yang bakal habis.

Penulis masih belum lupa dengan pembelian tanah getah tua yang ada kubur china di negeri Sembilan oleh kerajaan Terengganu seluas 495 ekar dengan harga RM60,000 setiap satu ekar.

Barangkali bertujuan menambah pelaburan ekonomi negeri sepertimana yang dirancang dan hendak dilakukan oleh Datuk Ahmad Said itu.

Rakyat tahu tujuan sebenar Ahmad Said berbuat demikian, kerana sudah ada yang bising bising dan berkata buat apa buka ladang di Kalimantan, sedangkan tanah kerajaan di negeri Terengganu ini masih banyak yang terbiar.

Betul juga kata sesetengah itu. Mengapa mesti membeli tanah di Kalimantan yang jelas mahal berbanding harga tanah di negeri Terenggganu sekarang ini. Harga tanah hutan di negeri Terenggganu masih murah. Oleh itu kerajaan dapat jimatkan wang rakyat.

Penulis masih belum lupa dengan kronologi Pembelian tanah seluas 495 berharga RM 29.7 juta oleh kerajaan Terengganu sewaktu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi menteri besar dahulu.

Rakyat sebenarnya tidak tahu akan perihal itu, maka tidak dipertikaikan langsung miskipun harganya mahal berbanding dengan tanah lain.Bayangkan tanah hutan yang harganya RM 60,000 setaip satu ekar.

Pembelian tanah itu dibuat melalui Yayasan Terengganu semasa Alahyarham Datuk Mohamad Endut menjadi pengarah dikatakan hanya melihat atas udara, iaitu menyewa sebuah helikopter yang belanjanya entah berapa.

penulis dimaklumkan bahawa harga sebenar tanah tersebut hanya RM 30,000 setiap satu ekar yang patut dibayar hanya RM 14 juta lebih sahaja. Akan tetapi dibeli dengan harga RM 60,000 satu ekar.

Mungkin urusan membeli tanah itu menggunakan orang tengah yang pernah dilakukan oleh kerajaan ketika berususan jualbeli sepertimana kerajaan persekutuan membeli kapal selam yang membabit komisen sebanyak RM 500 juta kepada orang tengah.

Oleh itu tidak hairanlah apabila kerajaan Terengganu semasa diterajui oleh Tan Wan Mokhtar menghabiskan wang rakyat sebanyak RM29.7 juta yang barangkali membabitkan komisen pada orang tengah sebanyak RM 14 juta .

Sehubungan dengan perkara itu Datuk Ruslam Awang Chik pengerusi TDM berkata dalam pembelian tanah ini kami tidak berhubung dengan orang tengah untuk mengelakkan pemberian komisen sekaligus dapat menjimatkan kos dan menghidari berlakunya penyeleweangan.

kenyataan yang dibuat oleh Senator Ruslan Awang Chik ini barang masih boleh dipertikaikan lagi, kerana setiap pembelian pasti digunakan orang tengah yang mana wang komisennya akan cair dan mengalir dalam saku satu sama lain.

Cuba kita bayangkan harganya. wajarkah harganya mencecah RM 580,000 satu hektar? Setengah juta lebih satu hektar.Pada tanah yang hendak dibeli itu tanah hutan yang barangkali harganya lebih murah berbanding di negara ini.

Di Malaysia, khususnya di negeri Terengganu tanah hutan harganya hanya RM40,000 satu ekar yang nisbahnya 2 ekar setengah dan harganya cuma RM 100,000 sahaja.itupun dikira mahal. Bagaimana pula harga tanah di kalimantan boleh jadi RM580, 000 satu hektar.

Ini pasti ada yang tidak kena yang barangkali membabit kan orang tengah sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Wan Mohkar ketika membeli tanah di Sempadan Selangor dengan negeri sembilan dahulu.

Demikian perancangan ekonomi kerajaan Terengganu waktu itu dan Datuk Ahamd Said salah seorang EXCO yasng pasti tahu sedikit sebanyak pasal pembelian tanah yang terpaksa ditanggung kerugiannya.

Barangkali perancangan itu ada persamaan dengan hasrat Ahmad Said hendak membeli tanah sebanyak 100,000 hektar di Kalimantan Indonesia.

Hasrat kerajaan Terengganu dibawah terajui Ahmad Said ialah cadangan jadikan ladang sawit ganti minyak yang dijangka akan habis tidak lama lagi disafatkan sebagai baik.Tetapi tidak kena pada masanya.

Untuk makluman wang sejumlah RM 29.7 juta memang kecil, tetapi wang itu dipinjam dan terpaksa bayar faedah yang dikenakan. Bermakna Yayasan Terengganu kena bayar faedah tanpa ada sebarang hasil yang dikatakan sedang berusaha sedaya upa untuk menjualnya.

Atas sebab itulah semasa Terengganu di perintah PAS tanah yang dibeli itu hendak dijual supaya beban dapat dibereskan. Malangnya tanah itu ditawarkan dengan harga RM 30,000 satu ekar sedangkan harga asal sejumlah RM 60,000 yang pasti mengalami rugi besar iaitu rugi sebanyak RM14 juta.

Kini Ahmad Said pula akan membeli 100,000 hektar tanah di Kalimantan untuk ladang sawit yang berharga RM 580,000 satu hektar.

Cuba bayangkan berapakah jumlahnya jika 100,000? Sudah tentu jumlahnya RM 580 juta yang terpaksa dihabiskan. RM 580 juta memang kecil dalam membuat pelaburan berbanding dengan pelaburan yang pernah dibuat oleh Terengganu pada Gunawan Steel dan perwaja dahulu.

Persoalan yang timbul, mengapa harga tanah hutan di Kalimantan lebih mahal berbanding dengan tanah hutan di negara kita? Tanah sawah pada berhampiran bandaraya Kuala Terengganu harganya hanya RM 360, sahaja. Tapi tanah di kalimantan sudah menjangkau RM 580,000.

Harga tanah bukan isu, tetapi wang rakyat yang hendak dibelanjakan itu menjadi persoalan yang mungkin ada persamaan dengan pembelian tanah di negeri sembilan yang membabitkan wang rakyat.

Yakni RM 14 juta dimasukan dalam saku orang berkenaan. Apa pun wang rakyat RM 580 juta akan dibelanjakan untuk membeli tanah dikalim,antan Indonesia nanti juga sangat diragutkan. lebih lebih lagi salah gunakuasa dan penyelewengan telah berlaku dengan sewenang wenangnya setelah diberi amanah memerintah.

Namun begitu tidak mustahil separuh wang rakyat yang akan dibelanjakan itu nanti masuk kedalam saku pihak tertentu, miskipun pernah disebut bahawa pembelian tanah di kalimantan ini tidak menggunakan khidmat orang tengah.

sekian....................

2 comments:

Nameless said...

Ni mcm sepupu sepapat pada pemilik rumah bukit tak selesai di S.A tu dan ada pula bau-bau bacang ngan pembiak JE yg comel tu..ha ha

redza said...

No comment