Terima kasih dan tahniah kepada kerajaan Terengganu yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.
Kenapa mesti ucapkan terima kasih dan tahniah. Tidak lain dan tidak bukan, kerana kerajaan yang di perintah Menteri Besar yang suka maki memaki ini mahu jadikan masjid sebagai pusat memupuk ukhwah.
Begitulah kehendak Islam, tetapi malangnya tidak demikian,
Bagaimana pun hala cara Ahmad Said memang baik dan dituntut oleh Islam dan inilah yang wajar di laksanakan agar mesjid kita menjadi makmur.
Apa pun kalau mahu kepada manis pasti gulalah yang dipilih. Kalau mahu masin, pasti garamlah yang di pilih.
Memang betul kalau mahu manis gulalah yang mesti dipilih. Demikian juga kalau mahu masin, garamlah yang dipilih. Akan tetapi kita kena ingat gula merbahaya pada orang yang mengidap kencing manis. Kita juga kena ingat, garam juga membahayakan pada orang yang mengidap darah tinggi.
Pendek kata pendekatan yang harus diambil mesti hati hati dan cakap juga jangan sebarangan, kerana terlanjak perahu boleh ditarik balik, tetapi terlanjak cakap sukar untuk ditarik balik.
Saya percaya hala cara ukhwah kerajaan pimpinan Ahmad Said cukup baik dan tepat pada masanya, malah semua rakyat Terengganu mengalu alukan usaha yang diwar warkan itu.
Kita sedia maklum bahawa hampir seluruh masjid yang besar saiz dan cantik cantik belaka di seluruh negeri boleh dikatakan tiada jemaah yang mendirikan solat lima waktu kecuali solat jumaat sahaja.
Inilah yang membuat Datuk Rahin Said pengerusi jawatankuasa belia dan sukan menyuarakan pendapat supaya mesjid menjadi wadah ukhuwah Islamiah. Ini juga membimbangkan pihak kerajaan terhadap belia yang semakin hari semakin jauh dengan mesjid.
Sesungguhnya itulah yang membimbangkan dan menjadi harapan semua rakyat, agar masjid yang dibina mempunyai tujuan dan matlamat untuk memupuk ukhwah Islamiah bukan untuk tujuan lain.malah ianya berfungsi membentuk sahsiah generasi masa depan negeri.
Tidak dinafikan pembinaan masjid ”kristal” yang dibina di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man bertujuan untuk menarik pelancong. Atau dengan kata lain tujuan pelancongan yang barang kali telah di pertikaikan oleh hampir semau rakyat Terengganu sehingga hari ini.
Sehubungan dengan itu, ada juga masjid yang dibina oleh pembangkang dirobohkan oleh Ahmad Said sendiri atas alasan didirikan atas tanah milik kerajaaan yang disifatkan sebagai haram.
Persoalan yang timbul betul ke kerajaan Terengganu bermatlamat untuk memakmurkan masjid dan dijadikan tempat ukhwah Islamiah.
Kalau benar benar bertujuan demikian, mana mungkin iman dan bilah yang dilantik oleh kerajaan PAS dahulu habis dipecat. Apakah orang yang menyokong pas tidak memenuhi syarat untuk jadi iman dan bilal.
Tindakan memecat iman iman dan bilal bilal yang dilakukan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, membuat semua masjid di seluruh negeri menjadi haru biru.Bukan setakat itu sahaja malah ahli jawatan kuasa masjid turut menjadi mangsa politik sempit Umno
Kerajaan Terengganu yang diterauji oleh Ahmad Said wajar melakukan sesuatu terhadap apa yang dilakukan oleh matan menteri Besar yang berjiwa besar mengubah minda rakyat serta memahat sejarah agar impian tidak pernah menjadi realiti.
Jangan hanya sekadar cakap mahu memakmurkan mesjid, sedangkan apa yang dilakukan bukan kearah itu.
Sewajarnya ”kotalah apa yang di kata” baru rakyat memberi sokongan penuh dan menghindarkan prejudis.
Paling menyedihkan kita imam dan bilal yang di kekal hanya mereka yang terdiri daripada kalangan daripada penyokong penyokong umno sahaja, sedangkan Qariah masjid terdiri daripada orang berlatar belakang pelbagai parti.
Yang paling pelik lagi ada iman iaman dilantik dan jelas tidak betul membaca ayat ayat Allah,tetapi masih dikekalkan juga, kerana mereka orang Umno konon.
Kalau pihak kerajaan mahu supaya masjid dimakmurkan buat sesuatu yang boleh membetulkan kesilapan lalu, termasuk membuat pemutihan terhadap iman yang bermasalah yang sering menjadi sungutan Qariah sesebuah masjid sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan PAS ketika memerintah dahulu.
Ketika membuat pemutihan imam imam yang tidak betul membaca ayat ayat Allah diberhentikan, termasuk imam imam yang lanjut usia juga turut terbabit tanpa mengira latar belakang parti yang mereka anggotai.
Imam imam waktu Pas mengambil alih kerajaan Terengganu tahun 1999 boleh dikatakan tidak ada seorang pun dari penyokong Pas .Pendek kata semua imam dan bilal bilah adalah orang Umno.Mereka kekal jika berkelayakan.
Tetapi malangnya imam imam dan bilal melalui pemutihan dan yang baru dilantik apabila kerajaan PAS tumbang, habis dipecat atas alasan mereka orang pembangkang dan tidak layak menjadi imam dan bilal.
Atas sebab itulah hampir seluruh masjid semakin jauh dari dapat dimakmurkan, malah ukhwah dikalangan ahli Qariah sesebuah mesjid jadi haru biru.Kedudukan Qariah satu satu masjid menjadi kicar kacir. Lebih lebih lagi hal seumpama ini diambil alih oleh JKKK yang dikatakan bermasalah.
Amat malang sekali masjid yang kebanyakan bersaiz besar dan cantik cantik belaka itu tiada jemaah solat lima waktu, kecuali masjid negeri daerah daerah sahaja, seperti masjid Ladang Kuala Terengganu, masjid Putih Kuala Terenggganu masjid Cukai Kemaman, masjid Dungun.
Penulis pernah singgah solat maghrib di masjid kubah biru Paka. Bayangkan sebuah masjid yang besar tetapi hanya satu syaf sahaja jemaahnya. Ini mengambarkan bertapa jauh orang kita dari rumah Allah.
Saya rasa negeri Terengganu yang diberi jolokan terengganu darul iman harus berbuat seuatu agar masjid yang dibina begitu banyak serta cantik cantik belaka dapat dimakmurkan.
Nyahlah politik kotor yang diamalkan selama ini. Tiada salah melantik imam dan bilal kalangan orang parti pembangkang sedangkan mereka terdiri daripada orang yang benar layak mengikut kaedah Islam.
Adalah menjadi suatu kesalahan besar jika melantik orang yang tidak layak, kerana melatakan suatu benda tidak kena pada tempatnya. Malah itulah yang disebut sebagai tidak adil dan zalim.
Kalau mahu masjid dimakmurkan laksanakan apa yang diajar oleh Islam dan tinggal politik sempit yang dijadikan amalan selama ini. Mudah mudahan apa yang diharap harapkan oleh Ahmad Said, beroleh kejayaan, Amin.
sekian..................
No comments:
Post a Comment