Kes politik wang yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam dihukum oleh Lembaga disiplin Umno macam hukum hudud mengenai hukuman mencuri sebab itu Khairy Jamaluddin yang mengamalkan politik didapati bersalah, tetapi diberi amaran dan masih boleh bertanding jawatan ketua pemuda.
Manakala Mohd Ali Rustam ketua menteri Melaka, naib presiden Umno tidak boleh bertanding, akan tetapi jawatan ketua menteri tidak dilucutkan.
Begitulah hakikatnya. seorang pencuri kerana lapar dan jumlah yang dicuri kecil, tidak dipotong tangannya. Manakala yang mencuri kerana kerja dia mencuri dan jelas kejahatanya maka dia dikena hukum potong tangan.
Demikianlah kes amalan politik wang yang dilakukan oleh Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin.
Jumlah wang yang digunakan oleh Mohd Ali Rustam pasti banyak dan dia seorang naib presiden dan seorang ketua menteri manakala jumlah wang yang diguna oleh Khairy Jamaluddin sedikit berbanding dengan Mohd Ali Rustam, maka hukumannya pasti yang sedikit salah dan diberi amaran dan boleh bertanding.
Isa samad yang didapat bersalah dengan politik wang ketika menang Naib presiden Umno dahulu di gantung tiga tahun dan jawatan Menteri Wulayah persekutuan di lucutkan. Demikian juga apa yang berlaku keatas Datuk Seri Rahim Tamby Chik. Beliau dituduh salahlaku moral telah dilucutkan jawatan sebagai ketua Menteri Melaka.
Inilah penanda aras yang digunakan oleh Lembaga disiplin Umno. Kalau itulah penanda aras sebuah parti yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, bererti tunggu masa dan ketika ia akan hancur, kerana para pemimpin yang akan naik nanti mereka terdiri daripada orang yang beramal dengan politik wang yang sudah menjadi barah dan akan pecah.
Oleh itu tidak salahlah ada yang beranggapan itulah punca BN kalah teruk dalam musim pilihanraya umum ke 12 8 mac 2008. Tanggapan umno akan berubah jika Mohd Najib Razak mengambil alih kepimpinan Umno selepas ini juga meleset.
Kita tidak nafi ia boleh berubah, tetapi berubah daripada jahat kepada lebih jahat, bukan berubah dari jahat kepada lebih baik. Mustahil orang yang beramal dengan politik wang punya niat atau cinta untuk mengubah umno menjadi lebih baik. Lebih jahat barang itulah niat mereka. Mungkin baik untuk diri sendiri dan buruk untuk rakyat dan ahli akar umbi.
Rasuah politik memang baik untuk diri sendiri kerana boleh menang dalam pertandingan, tetapi buruk bagi bagi etika Umno apatah lagi disisi agama islam yang terang terangan salah dan akan duihumban kedalam neraka.
Oleh itu usah rasa hairanlah dengan apa yang berlaku dalam Umno, kerana Umno tidak pernah ambil kira halal/haram didalam perjuangan nasib bangsa Melayu. Umno zaman Tunku membina masjid dengan wang judi. Kalau itulah garis panduan, maka politk wang yang dijadikan amalan hanya perkara kecil sahaja dan tidak mungkin dapat membenterasnya.
No comments:
Post a Comment