Sunday, November 1, 2009

Kerajaan kelantan kearah kerajaan perpaduan?

TOK Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan marah pada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, presiden dan beberapa kerap lagi atas sebab kerajaan perpaduan.

Bagaimana pula dengan cadangan Datuk Husam Musa supaya ADUN UMNO di negeri kelantan dilantik sebagai timbalan EXCO?

Ini menunjukkan gambar yang sangat jelas da nyata kerajaan Kelantan kearah pembentukan kerajaan perpaduan.Jika Nik Aziz setuju dengan cadangan itu.

Suatu masa dahulu Husam sangat marah ada pihak yang mahu berbaik baik dengan UMNO. tetapi sekarang ini beliau sendiri nampaknya bersungguh sungguh untuk membentuk kerjasama dengan UMNO.

Sama ada beliau sengaja usik kesabaran Menteri Besar, kita tidak tahu. Tapi nampak jelas yang beliau bermain supaya TOK guru memarak lagi kemarahan pada beberapa kerap yang disebut sebut.

Saya percaya Husam masih sayang pada UMNO berbanding PAS. Maklum sahaja beliau dibesarkan atas nama UMNO. Sebab itu beliau cuba berlakon dengan watak watak baik yang boleh membuat MB kelantan percaya dan yakin.

4 comments:

Anonymous said...

komen berstatus HAPRAK....

abdullahngah said...

siasah terbaru menyiarkan cadangan Datuk Husam Musa supaya AGUN UMNO Di Kelantan dilantik sebagai timbalan EXCO.

bagi saya cadangan ini bukan satu cadangan yang bukan sebarang isu dengan apa yang dinyatakan oleh Tok Guru mengenai beberapa kerap pemimpin yang buat hal.

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah baca hadis yang bermaksud: suatu masa nanti oerkara kecil diperbesar besarkan dan perkara besar diperkecil kecilkan dan yang salah dikata benar dan yang benar dikata salah.

fikir dan fahamilah sebelumberkata sesuatu.

Anonymous said...

Aduzz..tergelak beta. Tapi penulis memang berani. Hentam pun tak apalah. Janji sedap baca. Terisi pagi aku yang membosankan.

ana said...

memang perangai Husam begitu.

Jika ada orang ulasan pasal cadangan itu macam berbau dengan kerajaan perpaduan mulalah buat dalih dengan alasan maksudnya tidak begitu.

Boleh kata belaka. Tapi seorang pemimpin tidak harus bergurau dalam perkara yang serius. Cakap biar betul betul suatu fakta.

Jangan main main nanti orang akan lihat cakap lain buat lain.

Tok guru dah kena siapa sebenarnya Husam Musa.

Cakap dalam dewan mesti serius bukan macam atas pentas ceramah boleh bergurau yang tidak direka reka kalau reka kata Nabi SAW masuk neraka.