Friday, April 19, 2013

Umno nafi edar video seks?



Penulis boleh terima alasan bahawa umno tidak terbabit dengan edaran video seks setiausaha gung PAS Mustafa Ali.

Mengapa? Kerana dari segi bahasa umno adalah parti yang jelas tidak boleh buat macam apa yang diperlakukan oleh manusia.

Oleh itu, sangat wajar Umno hari menghantar surat tuntutan kepada Harakahdailymenuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwaHarakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajukMustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

Betul sungguh itu bukan kerja umno, tetapi ia adalah kerja orang umno sepertimana yang diperlakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sahabatnya, termasuk ditahan dibawah Akta ISA.

Kita masih belum lupa video seks mengenai Anwar Ibrahim tidak lama dahulu itu adalah kerja orang umno tetapi bukan kerja umno (parti) yang tidak ada kaki dan tangan tetapi ada kakitangan yang buat kerja jahat untuk menjatuhkan Anwar.

Kali ini kerja jahat itu dilakukan untuk jatuhkan Datuk Mustafa Ali dan parti PAS agar reputasi parti yang memperjaungkan islam tercemar.

Rakyat Malaysia percayai umno tetap terbabit dengan pengedaran video ssks yang kononnya ada kaitan dengan Mustafa Ali, kerana sejarah telah membuktikan apa apa yang diperlakukan keatas Anwar tiada kes yang boleh dibuktikan oleh mahkamah."
 

1 comment:

Anonymous said...

Memang UMNO tak edar... tapi rasanya UMNO yang penerbit video tu.