Monday, November 17, 2008

Kalau Umno hancur PAS pun turut hancur

Dr Mahathir Mohammad pernah berkata, Umno akan hancur jika politik wang dijadikan budaya.

Bukan Dr Mahathir Mohammad seorang sahaja yang berkata demikian, malah ramai para pemimpin Umno sejak dahulu hingga kini berpendapat demikian.

Orang PAS juga turut tumpang sekaki dan berkata. Umno akan hancur, Malah ada ramai yang mendoakan agar pemimpinnya berpecah belah antara satu sama lain.

Kalau pemimpin berterlagah sudah tentu jadi berpecahbelah dan pasti lama kelamaan akan hancur juga akhirnya. Benarkah begitu.

Ada orang kata itulah janji Allah kepada umat manusia. Bukan setakat pecahbelah dan hancur lebur, malah ada bumi yang diterbalikkan.

Tidak lama dahulu Acheh yang pernah digelar serambi Mekah ditimpa Tsunami membunuh angka ratusan ribu manusia.

Manusia mati dan bumi Acheh hancur jadi padang jarak padang terkukur. Demikian juga gempar bumi yang berlaku di Indonsia dan Pakistan, ratusan ribu manusia mati.

Kalau bumi boleh hancur sudah tentu Umno sebuah parti buatan orang Melayu juga turut ditimpa musibahnya. Lebih-lebih lagi para pemimpinnya buat tidak betul dengan Allah subha nahu wataala.

Bercakap pasal Umno akan hancur muncul pula pendapat yang mengatakan usah Umno akan hancur PAS pun tenguk pada gayanya juga akan hancur.

Ada yang berkata mengapa tidak? Allah subha nahu wataala tidak pernah mungkir janji dan berkuasa segala yang ada dibumi dan dilangit

Sesiapa sahaja yang buat zalim sudah tentu akan menerima musibahnya. Tunggu sampailah masa dan ketikanya.

Mustahil PAS berlaku zalim. Kalau Umno sudah pasti sejak dahulu hingga kini pernah bertindak zalim sesama Melayu. Misalnya, seorang guru kalau tidak sokong Umno (kerajaan) mereka akan ditukar jauh jauh, termasuk Sabah dan Sarawak.

Demikian juga pegawai kerajaan yang tidak sokong Umno, mereka bukan sahaja ditukarkan kesana kemari jauh kedalam hutan (pendalaman) malah ada yang dipecat dan diminta bersara awal

Usah pegawai kerajaan, ketua hakim Negara ( Tun Salleh Abas) dan hakim hakim yang tidak memihak kepada Umno pun turut dipecat.

Itulah bentuk kezaliman yang pernah di praktikam oleh kerajaan yang bertulangbelakangkan Umno.

Mengapa PAS pula dikatakan akan hancur juga suatu masa nanti. Hisbul Muslimin pernah mati atas nama pengharaman, tetapi PAS dikatakan akan hancur kerana mengambil orang bukan Islam menjadi keahliannya.

Cuba anda bayangkan orang bukan Islam. Orang bukan Islam itu adalah orang kafir. Orang kafir terang terang musuh Allah subha nahu wataala. Apa yang terjadi jika musuh Allah dijadikan Ahlinya. Usah musuh Allah Subha nahu wataala , musuh kita sendiri Rasulullah saw larang kita jadikan “kawan”.

Bagaimana akan terjadi jika musuh Allah subha nahu wataala kita ambil dan jadikan kawan kita. Sudah tentu dia akan khianat. Anda mungkin belum lupa dengan pengkhianatan yang di dilakukan oleh Yahudi terhadap Nabi Muhammad saw di Madinah dahulu.

Atas sebab itulah Rasulullah SAW memerintah Saidana Omar menghalau Yahudi dari Madinah dan Mekah sehingga sekarang ini dua tanah haram Mekah dan Madinah tidak membenarkan kafir memasukinya.

Ada orang kata orang bukan Islam tidak sama dengan Yahudi. Betul tidak sama, tetapi serupa. Mereka yang bukan Islam itu tetap kafir, kecuali kafir “zimmi” yang pernah disebut oleh Rasulullah saw “sesiapa memusuhinya maka ia memusuhku”.

Apakah orang bukan Islam yang akan diterima oleh PAS menjadi ahlinya itu terdiri daripada kafir zimmi? Kalau ia kafir zimmi Alahamdulillah. Tapi bagaimana kalau ia bukan zimmi?

Apa yang difahamkan sebagaimana maksud hadis: sesiapa memusuhi zimmi maka ia memusuhi aku. Maka jelas zimmi bukan musuh Allah subha nahu wataala. Adakah zimmi yang dimaksudkan sebagai orang bukan Islam boleh jadi ahli PAS itu?.

Sekarang ini rata rata orang PAS sedang bercakap dimana sahaja mereka berada, jika pas terima orang bukan Islam jadi ahlinya tunggulah masa dan ketikanya lambat laung ianya akan hancur.

Umno disebut oleh kebanyakan orang Umno ianya akan hancur kerana mengamalkan politik wang. Tetapi PAS akan hancur jika orang bukan Islam diterima sebagai ahlinya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata “air masin tidak boleh masuk dalam perahu ketika dilaut, Kalau air masin masuk kedalam perahu sudah tentu perahu itu akan tengelam.

Kalau air masih tidak boleh masuk dalam perahu, bagaimana pula dengan orang bukan Islam yang akan diterima menjadi ahli PAS. Kalau begitu, demikian jugalah dengan PAS. Memang orang bukan Islam adalah kafir yang disebut oleh Allah subha nahu wataala bahawa “dia adalah musuhku”. “Surah Baqarah”

Bagaimana musuh Allah boleh Pas jadikan ahlinya? Kalau benar begitu sudah tentu PAS juga ibarat “telor diujung tanduk”. Tunggu masa dan ketikanya sahaja ianya akan jatuh tergolek. Umno hancur PAS pun hancur.

Umno akan hancur kerana beramal dengan politik wang, maka PAS juga turut hancur kerana mengambil orang bukan Islam menjadi ahlinya?

3 comments:

Anonymous said...

ALAMAK TUAN SAYA TABIK PASAL TUAN DAPAT BAYANGKAN KEMUSNAHAN PARTI PAS MAHU PUN UMNO .NAMUN SAYA TIDAK PERCAYA LANGSUNG IANYA BOLEH BERLAKU.KALAU PUN PAS DAN UMNO HANCUR TAKKAN ORANG MELAYU BODOH SANGAT MACAM TAK TERDAYA MELAWAN KEPALSUAN KEZALIMAN KEDURJANAAN KEPURAAN ATAU PUN KESESATAN AGAMA.PARTI PARTI INI ADALAH SEBAGAI SANDARAN KUASA ORANG ORANG MELAYU SAHAJA.AHLI POLITIK BERTUKAR GANTI.MEREKA INI TERDIRI DARI ORANG DIAMANAHKAN SEMENTARA SAHAJA. JIKA YANG ZALIM PASTI AKAN DISANGGAH OLEH RAKYAT.TAK TAHU PULA KALAU ORANG MELAYU DENGAN RELA MELANTIK PM TIMBALAN PM 1 TIMBALAN PM2 TIMBALAN PM3 DARI KAUM LAIN.JAWATAN PM DAN TIMBALAN PM 1 WATAKNYA YANG BODOH, LEMAH,SAYANG JAWATAN,SAYANG HARTA DAN KEMEGAHAN.KEMUDIAN TU KAWASAN KAWASAN PARLIMEN MELAYU DILEMAHKAN.KAWASAN MEREKA DITAMBAH KERUSI.SIAPA TAHU.JADI MELAYU KE PAS KE UMNO KE HANCUR ADA CARA .CUMA BELUM DIBERI PELUANG AJA.ORANG MELAYU SUKA NAK MENCUBA.CUBA PAS PERINTAH PUN DAH RASA.CUBA DAP PERINTAH PUN DAH RASA. CUBA PKR PERINTAH ALA BN PUN DAH RASA.SEKARANG APA DAH JADI.TIGA TIGA NEGERI INI ADALAH GAMBARAN POSISI KAUM DI NEGARA INI.SEKARANG APA DAH JADI.BARU ORANG MELAYU NAMPAK KESANNYA APABILA MEREKA BERPECAH.YANG MENGATAKAN UMNO ZALIM BILA DIPINDAHKAN KEPENDALAMAN TU CERITA BASI.MEMANG PATUT KENA PINDAH.KALAU CUAI TUGAS.POLITIK SAMPAI LARUT MALAM MACAM MANA NAK MENGAJAR ANAK MURID.TAKKAN SAMPAI BEGITU TAKRIF KERAJAAN ZALIM.KALAU MACAM TU NAK ADIL WAH KERAJAAN KENA SEDIAKAN TEMPAT KERJA DEPAN RUMAH AJA SIAP DENGAN TEMPAT KENCING BERAK DAN DEWAN DAKYAH PARTI LA YA.KALAU TAK SUKA KERAJAAN JANGAN BEKERJA DENGAN KERAJAAN.KALAU KERJA SENDIRI ATAU BERNIAGA JANGAN ADA KENA MENGENA SUBSIDI KE CUKAI KE DENGAN KERAJAAN.PARTI PAS PULA TAKKAN HANCUR DEK AMBIK CINA INDIA JADI AHLI.WALAU MEREKA BELUM ISLAM KURANG KURANGNYA MEREKA MEMAHAMI ISLAM DAN ISLAM AKAN LEBIH MELINDUNGI MEREKA.YANG BAHAYA SEKARANG BUKAN PARTI PAS HANCUR.YANG KITA TAKUT AKIDAH UMAT ISLAM HANCUR .MENYAMAKAN TUHAN TAKBUR DAN MENCARUT.DOAKAN UMAT ISLAM LAIN MUSNAH.MENYIAPKAN SYURGA ,MENGKAFIR ,MENJAHANAMKAN.MENGGUNA AYAT ALQRAAN ATAU HADIS UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARI TERBONGKAR KEJAHATAN.CONTOH TUDUH MEDIA BUAT FITNAH DAN KESAN AKIBAT PILIH PEMIMPIN.MAKA KELUARKAN HADIS MENCERITAKAN UMAT AKHIR ZAMAN DAN HAL PEMIMPIN.TAPI HADIS TU BETUL.TAK DA SIAPA BERANI SANGGAH.MASALAHNYA KENAPA SUKAR SANGAT ORANG ORANG PAS INI MAHU PERBETULAKAN MORAL SENDIRI.KENAPA KERAP SANGAT TUDUH ORANG LAIN SAJA YANG MEMBAWA KETEMPANGAN ATAU KEAIBAN PERTI MAHUPUN PEMIMPIN KAMU.JADI KESIMPULANNYA MANA MANA ORANG ISLAM MULAI SEKARANG TANAMKAN AKIDAH YANG MANTAP TERHADAP ANAK KITA PASAL BIAR PARTI HANCUR JANGAN AKIDAH HANCUR

Anonymous said...

TIDAK MUNGKIN ORANG BUKAN ISLAM JADI AHLI PAS MAKA PAS AKAN HANCUR.KALAU PUN BOLEH HANCUR PAS DAH PATUT SEDAR KERANA BERGABUNG DENGAN PARTI YANG TERANG TERANG TIDAK MAHU ISLAM DITEGAKKAN.DAN SATU LAGI TIDAK KESAH APA JADI PADA MELAYU KE ISLAM KE RAJA DIHINA KE.DI SELANGOR MACAM MANA.NAK DAULAT KAN ISLAM PUN KENA LANGKAH MACAM MACAM SILAP HARI BULAN BOLEH GILA DAN HILANG PERTIMBANGAN ,PERINBANGAN,APA TAH LAGI TIADA PERANCANGAN NAK MENANGKAN ISLAM.DALAM CERAMAH NAMPAK GAGAH BILA BERDEPAN DENGAN AIR SEBALDI MAKA API BOLEH PADAM.SEBABNYA PUNTUNG PUNTUNG API MELAYU TADI TELAH DICABUT DAN DITUKAR DENGAN KAYU KAYU BASAH.PAS TAK AKAN HANCUR PASAL SAYA LIHAT PEMIKIRAN PENYOKONG PAS NI LAIN PASAL MUNGKIN DIASUH SEBEGITU.CONTOH KALAU MENGETAHUI ADAPEMIMPIN MEREKA JAHAT DURJANA RASUAH KRONI MAKA ADA PULA PEMIMPIN LAIN MELUNAKKAN KESALAHAN ITU SUPAYA TIDAK NAMPAK SANGAT JAHAT MAKA DIKELUARKAN AYAT QURAAN ATAU HADIS MENUDUH PEMBONGKAR KEJAHATAN ITU SEBAGAI PEMBAWA FITNAH DAN BUKANNYA HENDAK MENGAKU KESILAPAN SENDIRI.

Anonymous said...

PAS TAK AKAN HANCUR DEK MASUKKAN BUKAN ISLAM MENJADI AHLI PAS.YANG DITAKUTI PAS MENGHANCURKAN AKIDAH ORANG ORANG ISLAM.KALAU ORANG ORANG MELAYU BODOH ISLAM MAKA AKIDAH PAS INI BAHAYA,SEPERTI DOA BALA BADA PM.MENGKAFIR ,BAKAR MASJID TUHAN MENCARUT ,BOLEH TAJA HAJI.DAN MACAM MACAM LAGI IDEA KARUT.