Wednesday, October 28, 2009

Nik Aziz dipengaruhi Aziz Bari

Saya ada membaca tulisan terbaru Profesor Dr Aziz Bari dalam SINARAN HARIAN (Selasa, 27 Oktober 2009)

Tulisan terbaru itu berjudul : PAS TIDAK AKAN PECAH meminta supaya Datuk Dr Hassan Ali dilucutkan jawatan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim atas sebab langgar perlembagaan negera dan negeri.

Barangkali inilah punca Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebut nama Dr Hassan Ali sebagai orang yang tidak disenangi dalam PAS.

Nama Datuk Mustafa Ali setiausaha Agung dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden juga disebut sebut pembawa masalah dalam PAS.PAS bukan hak mereka itu sahaja malah hak semua ahli seluruhnya. Mereka boleh pergi dan datang.

Kalau itulah puncanya adalah amat malang bagi PAS, kerana Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukan orang PAS.Kita boleh dengar pandanganya jika baik boleh diambil guna pakai jika nnagetif harus djadikan harus ditolak bulat bulat.

Jangan sekali kali dilanggar perintah Allah dan Rasulullah SAW. Yang hairan Ada yang tidak senang dengan ayat ayat Allah dan sabda Nabi. Apalah sangat dengan pandangan serorang profesor undang undang yang tiada pendirian dalam gerakan Islam.

Beliau juga bukan seorang penganalisis politik bukan baik. Banyak tulisan yang saya baca semacam ”ada udang disebalik batu”.

Saya akui beliau begitu arif dengan undang undang, tetapi tidak arif dengan sosio politik PAS. Adalah tidak patuh Nik Aziz ikut cakapnya, kerana suatu masa nanti PAS akan pecah dan hancur.

Adakah patuh isu yang berlaku sekarang dianggap imej PAS tercalar kerana Dr Hassan Ali langgar pelembagaan negara dan negeri. Lainlah jika tindakan yang dilakukan Hassan Ali itu bercanggah dengan syariat Islam.

Jika Tan Sri Khaid Ibrahim pecat Dr Hassan sebagai EXCO dan di lucutkan jawatan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor Pas tidak akan pecah.

Alasan langgar perlembagaan negara dan negeri tidak wajar dijadikan hujah yang kukuh yang PAS akan pecah. Kecuali langgar syariat Allah boleh kita terima sebagai hujah yang kukuh.

Saidina Umar Al.Kahtab pernah berkata, selagi ada maksiat dalam kumpulan Islam selagi itulah tidak akan mencapai kemenangan.

Saya berani berkata, Profesor Abdul Aziz Bari tidak ikhlas dalam banyak tulisannya terhadap PAS. Oleh itu orang PAS kena ingat dengan gerak laku orang yang ada diluar parti.

Saya boleh terima apabila dia kata, PAS sudah lupa dengan agama dan lebih penting politik dalam satu tulisan lain. Memang benar begitu gambar yang saya lihat ada pada PAS sejak bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Saya harap janganlah bersandar pada hujah seorang yang bergelar Profesor Dr dan gelaran gelaran lain hatta Tok guru dan tuan guru sekalipun, kerana gelaran itu tidak mampu ubah manusia jadi baik, kecuali ”beriman dan bertakwa” sahaja yang dijamin untuk membuat diri seorang itu jadi baik. Malah orang yang ”beriman dan bertakwa” sahaja yang dijamin masuk syurga.

Saturday, October 24, 2009

Apakah benar PAS akan jadi kerajaan yang di tunggu?

Pada 16 Oktober 2009 di Pekan Manir,Ustaz Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu kelihatan begitu semangat dan punya harapan besar dapat menumbang UMNO negeri minyak ini dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Beliau berkata dihadepan ribuan hadirin dipentas ceramah umum sempena Ijtimak PAS perhubungan negeri Terengganu yang diadakan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembek (KL).

KL bukan Kaula Lumpur, tetapi Kubang Lembek yang menjadi pusat tarbiyah Terengganu sejak lama dahulu yang menempat sebuah kolej Universiti KURQI banyak melahirkan pelajar yang sahsiahnya tidak diragukan lagi.

Pada hemat penulis bercakap memang mudah dan sedap didengar, tetapi apakah ia akan menjadi realiti sepertimana pada tahun 1999 UMNO kalah dengan teruk sekali dintangan PAS.

Persoalan yang timbul apakah pada pilihanraya ke 13 nanti PAS dapat mengulangi sejaarah yang dipahat yang menjadi harapan para pemimpin PAS ketika berijtimak baru baru ini.

Bagaimana hendak hendak menumbangkan kerajaan UMNO yang kelihatan masih kukuh meskipun berada dalam kemelut.

Walaupun Datuk Nik Abdul Amar Nik Abdullah, berkata umno sekarang macam orang timun. Yakni ke dua dua tanganya tidak ada dan kedua dua kakinya sudah dipotong kerana kecil manis.

Walaupun sudah mengidah kecing manis Umno masih ada kekuatan dengan program baru iaitu memberi beras dan barang barang keperluan harian termasuk gula percuma kepada rakyat miskin yang menelan belanja RM2 bilion itu.

Sebelum program itu dilaksanakan TV satu 1 Malaysia turun mewancarakan penduduk miskin khususnya di negeri Terengganu dan melaporkan bahawa ia sangat menyenangkan mereka.

Malah pemberian beras percuma dilihat dapat memenuhi cintarasa rakyat yang dibelegung dengan miskin yang memanjang.

Inilah tanda tanda yang UMNO tidak mudah tumbang dan membuat PAS gagal meraih kelebihan undi dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti

Namun, kata kata presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Ijtimak PAS perhubungan pada 17 Oktober 2009, bahawa parti itu mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi 'kerajaan yang ditunggu'. hatus diberi perhatian secara khusus.

Penulis difahamkan bahawa perkataan ”Kerajaan yang ditunggu” ialah kerajaan yang akan merintah negeri Terengganu selepas musim pilihanraya umum ke 13 nanti adalah kerajaan PAS yang dikatakan disegani dan dihormati.

Ustaz Datuk Harun Taib,kelihatan begitu ghairah dan penuh samngat, berkata bahawa kerajaan UMNO sekarang akan ditumbang.

Ini selari dengan kata kata Prseiden,bahawa perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.

Persoalannya apakah benar begitu?

Dalam kata kata aluan manifesto PAS negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 10 (tahun 1999) Presiden sekarang sebagai pesuruhjaya Pas negeri berkata, kita berada dizaman perintahan Islam terungkai sehingga hilangnya negera dan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah.

Katanya lagi umat Islam dipengaruhi ajaran sekularisme yang memisahkan agama daripada urusan pemerintahan.

Maka fahaman kebendaan masih tebal yang membuat rakyat tidak nampak jasa jasa PAS semasa memerintah Terengganu dahulu.Ini membuat PAS bertapa sukar untuk untuk menumbangkan UMNO.

Namun begitu beras percuma kepada rakyat satu satu senjata mujarab yang barangkali begitu sukar untuk rakyat mengundi PAS. Tumbangnya kerajaan PAS pada pilihanraya umum ke 11 berpunca dari pemberian wang ihsan kepada seramai 112, 000.rakyat.

Persoalan penulis apakah benar PAS merupakan gerakan Islam yang disegani dihormati sebagai kerajaan yang ditunggu? Harus difikir ia bukan merupakan jalan mudah untuk menumbangkan kerajaan UMNO, hatta masih berkrisis.

Lebih lebih lagi penulis mendapat makluman bahawa ramai persara kerajaan, termasuk beberapa bekas pensyarah UDM, berkata, banyak benda yang tidak kena pada PAS era ini.

Tidak dinafikan keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan,tetapi sejauhmana kebenarannya?

Memang benar PAS sebagai wadah yang membawa Islam, tetapi apakah ia boleh menambat hati rakyat cenderung kepada PAS yang dianggap masih disegani dan dihormati dan mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.

Bolehkah kita sandarkan kepercayaan kepada orang bukan Islam? lebih lebih lagi realiti yang berlaku di Bagan Pinang pada pilihanraya pada 11 Oktober 2009, orang bukan Islam baik China dan India tidak memihak pada PAS.

Bukti itu sudah cukup baik untuk jadi tanda aras bahawa sokongan orang bukan Islam jelas tidak kosisten. Mereka boleh memberi undi jika mengutungkan dan tidak jika tidak mendatangkan manfaat..

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari itu kelihatan sangat yakin bahawa PAS akan jadi kerajaan sekali lagi di Terengganu selepas kalah teruk pada pilihanraya umum ke 11.

Tidak dinafikan bahawa Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno kini semakin hampir kepada zaman kejatuhan sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya.

Sejarah telah membukti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua telah tumbang dan sebagaimana Umno/BN di Terengganu.

Parti liberal demokratik jepun di ganti dengan parti baru apakah UMNO Terengganu akan diganti dengan PAS yang masih banyak benda yang masih tidak betul sepertimana dinyatakan diatas.

Bagi penulis PAS mempunyai budaya kerja yang cukup baik dan layak menjadi kerajaan yang ditunggu. Lebih lebih lagi semasa memerintah Terengganu selama empat tahun sudah banyak jasa dilabur. Tapi malangnya jasa PAS tidak dikenan oleh rakyat yang pernah dapat apa yang tidak dapat sebelum ini.

Semasa memerintah PAS meluluskan 50 ribu lot tanah untuk rakyat yang tidak bertanah tanah sendiri untuk kemudahan mendirikan rumah kediaman masing masing juga tidak dapat menambat hati rakyat.

Inilah yang harus diambilkira oleh PAS Terengganu agar bercakap tidak jadi ikut sedap mulut. Apabila tiba musim pilihnaraya umum kali ke 13 nanti kalah lagi.

Saya sangat setuju dengan kata Presiden, adalah menjadi perkara wajib menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa.

Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya; pertama, adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi.

Banyak benda yang perlu diperbaiki termasuk adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah dan, ketiga, adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawan.

persoalan-persoalan itu memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk dijawab terlebih dahulu agar apa yang dicakapkan boleh membawa makna yang tidak diragukan lagi.

Adakah kita tidak berasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk menggarap persoalan-persoalan di atas dan mengatasi kekurangannya, seterusnya berhadapan dengan mereka yang menentang dan berniat jahat terhadap kita.

bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan.

Justeru, kita boleh ukur kememangan kita pada tahun 1999 apakah apa yang dilaksanakan itu benar benar boleh manambat hati rakyat yang mempunyai cintarasa kebendaan melebihi kepentingan beragama melalui gerakan Islam yang diberi nama parti PAS itu.

sekian.......................

Monday, October 19, 2009

mengapa kerajaan liat hendak mengharamkan rokok

Kerajaan Malaysia banyak habiskan wang melakukan kempen "tak nak" yakni untuk menghalang rakyat merokok yang nampak macam lepas batu ditangga sahaja, termasuk menaikkan harganya agar perokok tidak boleh membelinya.

Harga yang mahal bukan cara untuk orang memberhentikan orang menghisap rokok.Sebaliknya syarikat rokok negara menjadi lebih kaya kerana kenaikan harga rokok

Rupa rupanya kempen yang banyak habis wang itu tidak memberi sebarang kesan pun pada perokok, kerana mereka sudah ketagih macam orang ketagih dadah juga.

Begitulah jadinya apabila sudah jadi ketgih satu satu benda, termasuk rokok, apa lagi arak dan dadah.Atas sebab itu Jepun mengharamkan rokok atas nama menjaga kesihatan rakyat.

Boleh dikatakan 90 peratus rakyat di negara ini tidak setuju rokok diharamkan walaupun ada ulama mengatakan rokok adalah haram hukumnya.Ada alim ulama yang kata rokok tidak haram. Ia makruf sahaja.

Kerajaan juga nampak dengan jelas tidak akan mengharamkan rokok di negara ini, kerana syarikat rokok banyak menyumbang wang, terutama sekali apabila tiba musim pilihanraya umum dan kecil.

Jika kerajaan yang memerintah negara ini mengharamkan rokok sudah tentu akan memberi kesan buruk pada parti UMNO yang dikatakan mahu berubah itu.

Wang adalah segala galanya apabila tiba musim pilihanraya umum. Wanglah yang boleh membuat parti UMNO boleh tahan lama memerintah ini hingga sekarang.sedangkan sudah banyak parti di negara lain tumbang kerana tua usianya.

UMNO masih dapat memerintah lagi miskipun hilang majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Jika wang sikit sudah tentu rakyat tidak akan undi UMNO/BN lagi dalam musim pilihanraya dan akan kalah.

Atas sebab itu kerajaan sedia ada begitu liat untuk mengharamkan rokok, judi (empat nombor ekor ,toto Big sweet dan arak serta perkara yang boleh penyokong menguatkan parti.

Mengharamkan rokok juga memberi kesan buruk pada kerajaan ia juga punca kemarahan rakyat atau dengan kata lain 90 peratus rakyat akan menghukum kerajaan yang memerintah sekarang.

Inilah fakta kerajan negara ini sangat liat mengharamkan rokok, miskipun rokok sah membahayakan kesihatan rakyat.

Thursday, October 15, 2009

Jahil punca segala galanya

Abu Lahab beriman kepada Allah SWT tetapi menolak kenabian Mohammad bin Abdullah.

Inilah yang dikatakan kejahilan.

Kejahilanlah yang membuat ayah membunuh anak perempuan hidup hidup.

Pendek kata kejahilanlah punca segala masalah.

Bermasalah dengan Allah dan bermasalah dengan manusia.

Apabila bermasalah dengan Allah pasti jadi macam Abu Lahab.

Bermasalah dengan manusia (Mohammad) juga pasti jadi macam Abu Lahab.

Dalam negara kita terlalu ramai orang jadi macam Abu Lahab. Mereka beriman kepada Allah dan beriman kepada Nabi Mohammad.

Tetapi tidak patuh hukum hakam yang ditetapkan.

Hari ini bukan sahaja ada ramai manusia yang tidak patuh, malah ramai pula yang mempersenda sendakan huku hakam Allah.

Bukan orang jahil sahaja yang bertindak demikian. Malah ulama' juga turut tumpang sekaki, dengan menggunakan Islam.

Mereka pakai topeng Islam, sepertimana kata Saidina Umar yang bermaksud: suatu masa nanti ulama' pun guna hawa nafsu.

Kalau ulama' boleh bertindakan gitu apalah sangat dengan orang jahil yang ada ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD yang mendabik dada akulah aku.

Aku aku, mu, mu inilah sikap orang jahil yang tidak tahu yang dia macam Abu Lahab.

Friday, October 9, 2009

Runtuh oh runtuh

Hari saya dapat maklumat bumbung masjid Kampung Linggar, Batu Rakit Setiu pula runtuh. Masjid itu digunakan pada Aidil Fitri baru lalu

Negeri Terengganu telah mendapat beberapa siri runtuhan bumbung yang barangkali memberi peluang pada rakyatnya sendiri membuat penilaian betapa sering ada perkara yang tidak kena berlaku.

Sebelum bumbung Stadium berharga RM270 juta di Komplek Sukan Gong Badak atas nama pembangunan yang tidak pernah dilihat sampai pada bumbung salah sebuah Dewan Sekolah Menengah di Marang kepada bumbung mesjid berharga RM2.1 juta Batu putih Kertih, Kemaman turut runtuh.

Barangkali akan ada lagi bumbung mesjid sejumlah 200 buah yang dibina zaman Datuk Seri Idris Jusoh memahat sejarah menjadi menteri besar dahulu.Termasuk mesjid hadhari berhawa dingin dan berlif Jerteh yang dikatakan sudah ada tiang yang retak.

Ramai yang terkejut apabila dengar cerita pasal bumbung mesjid pula yang runtuh tanpa ada gempa bumi atau ribut taufan yang melanda.Tapi ramai juga yang tidak merasa apa apa, kerana sudah tahu akan perihalnya yang mementingkan diri sendiri dan mengutamakan kroni.

Lainlah ratusan rumah di Marang dan Besut dilanda rebut penyebab atap dan bumbung berterbangan tanpa mengira atap berwarna biru juga turut menjadi mangsa yang tidak disangka sangka terjadi.

Ramai yang menyatakan bahawa apa yang berlaku ini memang tidak disangka sangka berlaku, kerana cuaca panas pada tengah hari dan ribu datang diwaktu petang, faktor banyak bumbung berterbangan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan apa yang berlaku itu adalah perbuatan manusia yang tidak amanah dan sikap mengejar keuntungan semata mata tanpa menghairaukan kesan buruk pada masa akan datang selain menyerahkan seratus peratus kepercayaan orang orang tertentu.

Para pemimpin UMNO barangkali tidak merasa malu dengan kejadian runtuh dan runtuh,kerana sudah ada cam untuk membuat duit dengan projek membaik pulih.

Tetapi para pemimpin Pas merasa malu serta kecewa dengan kejadian yang mengejutkan itu, kerana setiap kali diadakan sidang dewan undangan diberi nasihat agar pembinaan sesebuah bangunan mestilah ikut spekasi, kerana wang yang dibelanjakan itu adalah duit rakyat.

ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Abdul Razak berkata, beberapa siri runtuhan bumbung bangunan di Terengganu kini memberi petunjuk bahawa Allah subha Nahu wataala mendedahkan ada perkara tidak kena dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Tidak dinafikan memang pasti ada perkara yang tidak kena dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.Kalau tidak mana mungkin boleh berlaku tanpa ribu taufan.

Lebih lebih lagi sewaktu Datuk Idris Jusoh menjadi menteri besar, beliau kelihatan riak membina masjid diseluruh negeri itu, termasuk menemplek PAS tidak berbuat apa apa sepanjang memerintah Terengganu..

Apakah yang tidak kena itu? Sebuah masjid yang di bina di Kampung Bujal, Kemaman tidak lama dahulu telah dirobohkan oleh kerajaan atas perancangan licik Ahmad Said ketika menjadi EXCO.

Beberapa buah rumah yang dibina di Lebuk Merbau Sungai Tong kampung Belimbang Setiu diroboh dengan sewenang wenangnya oleh kerajaan yang diterajui Idris Jusoh. Tindakan seumpama ini jelas menzalimi rakyat yang memerlukan tanah dan rumah.

Adalah tersangat wajar apabila para pemimpin PAS berkata bahawa kejadian malang tersebut seolah olah mengambarkan waujudnya rasuah dan penyelewengan sehingga bangunan dibina runtuh walaupun baru sahaja digunakan.

Dan Tahniah SPRM negeri bertindak pantas dan sudah turun melakukan penyiasatan, tetapi harus ingat jangan macam hangat hangat tahi ayam sudahlah.

Mesjid Batu Putih Kertih, Kemaman yang baru sahaja siap itu merupakan sebuah mesjid yang cantik dan menjadi kebanggaan pihak UMNO bahawa itulah jasa UMNO berbanding dengan PAS ketika memerintah Terengganu dahulu dikatakan tiada berbuat apa apa selama empat tahun.

Sekarang ini rakyat sedia maklum bahawa apa yang menjadi kebanggaan pihak UMNO itu sudah berlaku insedin yang mengejutkan membuat rakyat negeri Terengganu berfikir siapa berada dipihak yang benar.

Hal ini telah dinyatakan oleh Dr Alias Razak bahawa insedin yang mengejutkan itu meminta rakyat khususnya di Terengganu ini berfikir mengenai pentadbiran kerajaan dan bangunan yang dibina secara tidak betul.

Penulis mengajak rakyat Terengganu berfikir dan buka hati masing masing agar dapat melihat kebenaran, sebab selepas dua penggal UMNO/BN memerintah negeri banyak perkara yang tidak baik berlaku.

Sehubungan dengan itu, runtuhan Masjid Batu Putih ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat khususnya kepimpinan PAS yang sangat perihatin dengan wang rakyat yang diberi amanah untuk dibelanjakan

Hanafiah Mat pengarah majlis tindakan dewan undangan negeri Cukai mencadangkan sudah tiba masanya Suruhjaya diraja ditubuhkan untuk menyelidik perkara itu keakar umbi.

Beliau sangat kesal dengan insedin bumbung mesjid Batu Putih, kerana ianya baru sahaja siap, tetapi sudah runtuh.

Ini pasti memberi tamparan hebat pada kerajaan Terengganu selepas menerima tamparan hebat runtuhnya bumbung Stadium di Komplek Sukan Gong Badak tidak lama dahulu.

Memang tidak wajar runtuhan bumbung mesjid itu berlaku, kerana ia dibina baru satu tahun yang ketahannya pasti kukuh.

Hendak katakan ia dibina secara tergesa gesa sepertimana pembinaan Stadium adalah mustahil. Ini mesti ada yang tidak kena, termasuk soal sijil layak menduduki (CF) yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kemaman.

Oleh itu pihak berkenaan harus melakukan penyiasatan secara menyeluruh, termasuk semua agansi kerajaan yang terlibat, JKR juga harus bertanggungjawab dan pegawai berkenaan juga tidak harus terlepas dari disiasat.

Ahmad Said pernah sebut JKR juga merupakan punca bumbung Stadium Godang Badak runtuh. Apakah keruntuhan Mesjid Batu Putih itu tiada kaitan langsung dengan JKR sebagi agensi yang bertanggungjawab dengan pembinaan bangunan.

keruntuhan bumbung masjid Batu Putih ini pasti ada kaitan dengan penyeleweangan dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jangan jadi macam hangat hangat tahi ayam sudahlah bila siasat senyap sepi.

Penulis sangat kesal dengan SPRM Terengganu kerana membisu seribu bahasa apabila pihak kerajaan melakukan penyeleweangan dan bertindak terjun tidak bertangga di pihak pembangkang.

SPRM turun menyiasat pembangkan hanya melalui laporan akhbar, tetapi berdiam diri terhadap UMNO miskipun ada ratusan laporan dibuat oleh rakyat mengenai kegiatan rasuah yang dilakukan.

Wan Hasan Ramli ADUN Sura Dungun membuka mulut dan berkata senario yang berlaku hanya merugikan duit rakyat dan sudah pasti keadaan itu menjadi penyebab wujudnya perasaan shak wasangka membabit orang ramai.

Mengapa tidak? rakyat Terenggganu baru sahaja mendengar tragedi runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak Kuala Terengganu dan Dewan sekolah Menengah kebangsaan Wakaf Tapai, Marang.

Kini bumbung rumah Allah pula turut runtuh yang jelas tidak masuk akal jika tidak berlaku penyelewengan. Ini jiga telah memberi imej buruk kepada kerajaan yang pernah mendabik dada bahawa aku sahaja yang boleh dan bijak memerintah.Orang lain tidak pandai.

Sekarang baru mereka tahu langit tinggi atau rendah apabila Allah membayar tunai atas usaha dendam politik terhadap PAS di Terengganu. Ingat jangan tak ingat dengan amaran yang maha berkuasa itu.

sekian..............................

Wednesday, October 7, 2009

Apakah sebat 6 sebatan itu undang undang Islam?

Adalah suatu yang sangat tidak kena apabila ada pihak mengatakan hukuman sebat 6 sebatan pada orang yang minum arak dikhalayk ramai.

Bagaimana boleh ada pihak yang menfakwa sebatn 6 sebatan itu Undang-undang Islam bukan baru diadakan dan ia wujud sejak empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Kita nafi Melaka bukan saja berperanan sebagai pusat penyebaran Islam, malah sistem pentadbirannya juga berteraskan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berpaksikan disebut atas nama Islam.

Bolehkah kita namakan ia itu Islam sedangkan dia bukan Islam,Inilah yang mengelirukan rakyat negara ini termasuk mereka yang mengaku beragama Islam mengenai Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Kita boleh sebut ia Islam tetapi bukan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW atau dengan kata lain Islam lebralisme dan islam sosialisme yang ditolak oleh Allah SWT.

Kalau inilah yang dimaksudkan bahawa hukuman sebat 6 sebatan itu kita boleh menerimanya atau kita boleh sebut undang undang jenayah syariah mahkamah Pahang ke atau lain lain negeri di Malaysia ini.

Jika kita iktiraf hukuman sebat 6 sebatan itu undang undang syariah Islam jelas ia merubah dan meminda undang undang syariah islam yang mana hukuman pada orang minum arak sebat 40 hingga 80 sebatan.

Ini boleh rosak akidah. Bayangkan orang rosak akidah. Rosak akidah jadi kafir.

Friday, October 2, 2009

Mengapa JPJ ditugaskan agih kurma

Ramai yang berkata, memang tersangat tidak munasabah Jabatan Pengangkatan Jalan (JPJ) mengambil tugas dan diberi tanggungjawap melaksanakan kerja agihan bungkusan kurma milik kerajaan negeri Terengganu pada pemandu kenderaan.

Seperkara lagi Kurma itu adalah dikhas untuk rakyat Terengganu sahaja sepertimana kata Menteri Besar bahawa kurma hanya untuk rakyat negeri ini sahaja.

Namun demikian di kedai kedai kopi orang bercerita pasal agihan kurma kepada seramai 300 ribu rakyat Terengganu pada bulan Ramadhan lepas diselewengkan.

Ada yang mengatakan saya dapat dan saya tak dapat sebungkus kurma yang berharga RM 26.00 sebanyak 300 ribu kotak dengan kos sebanyak RM 7.8 juta itu.

Kurma yang berharga RM 7.8 juta ini untuk dibahagi bahagi kepada rakyat Terengganu tidak kira fahaman parti seseorang.

Demikianlah kata Datuk Ahmad Said Menteri Besar yang Nampak begitu mengharapkan agihan kurma itu sampai kepada seramai 300 ribu rakyat.

Tugas dan tanggungjawabnya di letak pada JKKK untuk diagihkan di 32 DUN seluruh negeri Terengganu.

Yang peliknya di kedai kedai kopi juga orang bercerita pasa JPJ ditugaskan agih kurma kepada kenderaan yang menggunakan jambatan Sultan Mahamod Duyong Kuala Terengganu dua hari sebelum hari raya aidil Fitri.

Hari Jumaat dua hari sebelum umat Islam menyambut hariraya Aidil Fitri JPJ telah membahagi bahagikan sebungkus kurma milik kerajaan Terengganu kepada pemandu kenderaan yang menggunakan jamabatan Sultan Mahamud.

Disini difahamkan bahawa sejumlah 300 ribu kotak kurma terpanpang gambar menteri besar Terengganu tidak habis diagihkan, Jadi mahu tidak mahu JPJ diberi tugas untuk diagih agihkan pada pemandu kenderaan yang menggunakan jambatan sultan Mahmud.

Sesiapa sahaja yang menggunakan jambatan itu akan diberi sekotak kurma tidak kira ia tinggal di Kelantan atai dimana mana sahaja. Pada hal kurma itu sebenarnya khusus untuk rakyat Terengganu sahaja.

Ramai yang bising kerana ramai yang tidak dapat kurma tersebut. mengapa boleh jadi begitu. Ini pasti ada yang tidak kena dengan tugas JKKK yang di pertangungjawabkan.

Tahun 2008 sebanyak 200 ribu kotak tapi tahun 2009 ditambah sebanyak 300 ribu kotak dengan tujuan tiada lagi rungutan tidak cukup.

Tahun ini nampaknya tak habis diagihkan jadi mahu tidak mahu JPJ yang galah tugas JKKK untuk membahagi bahagikan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan jambatan sultan Mahmud.

Persoalan yang timbul mengapa JPJ yang mengambil tugas itu, sedangkan tugas sebenar ialah JKKK. Ini pasti berlaku ketidak amanahan dan kerajaan perlu tegas sama ada memanggil dan megambil tindakan JKKK yang terbabit.

Nampaknya gayanya ada yang tidak kena dengan JKKK yang baru dilantik oleh kerajaan setelah dilakukan pemutihan juga masih buat sabotaj pada kerajaan yang diterajaui oleh Ahmad Said.

Penulis difahamkan memang berlaku sabotaj yang dilakukan oleh JKKK yang berpihak kepada kumpulan anti menteri besar.Kalau peringkat pimpinan UMNO sanggup sabotaj semasa pilihanraya umnum dan kecil mustahil JKKK tidak.

Adalah mustahil kurma sebanyak 300 ribu kotak tidak dapat dihabiskan, sedangkan masih ramai lagi rakyat Terengganu yang tidak dapat menikmati sekotak kurma bersama air zam zam yang masih menjadi kontraversi hingga kini.

Ahmad Said tidak harus pandang ringan dengan sabotaj yang dilakukan oleh JKKK. lebih lebih lagi nama baik seorang menteri besar tercalar lagi.

Untuk menbersihkan nama baik Ahmad Said harus memngambil tindakan yang sewajarnya pada JKKK yang cuba sabotaj agihan kurma miskipun arahan dibuat agar kurma itu sampai ke tangan sesiapa sahaja tanpa kira latarbelakang parti masing masing.

Jika tidak diambil tindakan yang sewajarnya Ahmad Said akan di nilai oleh rakyat sebagai cakap tak serupa bikin dan serupa juga dengan menteri besar sebelum ini yang bertindak zalim terhadap rakyat yang menyokong pembangkang.

Rakyat yang menyokong pembangkang telah dinafikan haknya. Usah untuk mendapat wang zakat dari MAIDAN dan bantuan pejabat kebajikan masyarakat serta atap berwarana biru, sedangkan bantuan baju sekolah anak mereka pun tidak dapat.

Bantuan baju sekolah yang diperuntukan pelajar anak penyokong PAS kadang kadang diperlakukan sedemikian rupa. Ada yang dapat tetapi terpilih pilih, malah saiz baju dan kasut tidak menepati saiz sebenar.

Agihan sekotak kurma milik kerajaan Terengganu yang diagihkan oleh JPJ itu membuat ramai yang bising kerana ramai rakyat tidak dapat dan mengapa diberi kepada orang lain pula.

Betul yang buat bsising itu terdiri daripada mereka yang tidak memperolehi kurma yang dikhususkan pada rakyat Terengganu tetapi dibahagi bahagikan kepada orang lain sedangkan peruntukan itu diambil dari kerajaan negeri sebanyak RM 7.8 juta.

Sepakara lagi yang dipertikaikan ialah mengenai bidang tugas JKKK. Ada yang mengatakan kalau tidak sanggup menjalankan tugas dengan adil letaklah jawatan dan beri kepada orang.

Jika dinilai dengan apa yang berlaku sudah pasti berlaku tidak puashati terhadap Ahmad Said dari kalangan ahli umno sendiri kerana ada pro dan kontra yang mungkin membuat gelora politik menjadi lebih besar, miskipun dikatakan sudah selesai.

PAS negeri Terengganu suatu masa dahulu pernah mengesa kerajaan bertindak tegas, termasuk memecat JKKK yang gagal menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.