Penulis
setakat hari ini tak nampak pas akan bekerjasama dengan umno untuk membentuk
kerajaaan Selangor sepertimana yang didedahkan Husam Musa.
Akan tetapi PAS
akar umbi kelihatan risau dan bimbang dengan isu yang di mainkan oleh media
massa dan laman sosial.
Mereka
bimbang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pas telah bekerjasama dengan
DAP parti yang terang terangan menentang pelaksanaan undang undang Islam di
Malaysia ini.
DAP bukan
sahaja anti Islam malah turut anti
Melayu yang tidak dapat dinafikan, Macam mana
pas boleh bergabung dalam pakatan rakyat. Mungkin atas nama untuk menumbangkan kerajaan BN.
Jika DAP
yang diterajui oleh kafir harbi pas boleh mengadakan kerjasama, maka tidak mustahil boleh bekerjasama dengan umno
parti Melayu dan diterajui orang Islam.
Inilah yang
membuat akar umbi parti begitu risau dan bimbang dan ramai pula yang percaya
bahawa kerjasama dengan umno lambat laung akan menjadi kenyataan juga nanti.
Husam Musa
dan gengnya kelihatan telah, sedang dan akan membuat road shaw disamping parti
Amanah yang saban hari mengadakan pelancaran partinya memainkan isu tersebut.
Pada hemat
penulis, akar umbi yang bimbang dan risau tidak lama hayatnya, kerana mereka
mudah mengalah dan akur apabila pemimpin membuat keputusan. Mereka boleh terima
keputusan pucuk kepimpinan parti tanpa protes sepertimana sebelum ini.
Bayangkan
ketika bekerjasama dengan DAP yang pada mulanya memang ramai yang protes tak
puashati dengan keputusan pucuk kepimpinan.
Lama
kelamaan mereka boleh terima dengan berlapang dada miskipun keputusan yang
dibuat oleh pucuk kepimpinan parti merugikan Pas.
Bayangkan
sebelum ini pucuk kepimpinan, terutama sekali musyidul Am dan presiden telah
buat fatwa haram bergabung dengan parti kafir dan haram undi calon kafir.
Setelah
bergabung yang haram difatwakan dihalal
dan boleh undi calon kafir, malah boleh lantik orang kafir jadi pemimpin orang
Islam (buat pemimpin) iaitu letak calon kafir atas nama parti Islam semalaysia.
Sampai hari
ini fatwa letak calon kafir bertanding masih belum ditarik balik. Inilah yang
membuat akar umbi pas bimbang.
Bayangkan
dulu haram dan kini halal. Oleh itu tidak musthail suatu masa nanti pas boleh
bekerjasama dengan umno parti yang diterajui orang Melayu.