Tuesday, February 27, 2018

Mat Sabu, Husam Musa.Apa macam



Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan dikatakan akan tumbang dengan teruk dan buruk. Hari ini Kelantan dikatakan Kekal di tangan Pas.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,timbalan perdana menteri ketika melawat negeri itu, minta, sudah 28 tahun dah dengan Pas,marilah pulak dengan BN.

Kelantan,  kata penganalisis politik  Prof Mohd Fuad Mat Jali.Kekal di tangan Pas. Apa macam Mat Sabu apa macam Husam Musa yang pernah berkata Pas akan hilang Kelantan pada PRU 14  nanti.

Sebelum ini penulis ada dengar. Telinga yang mendengar bahawa Pas hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 nanti

Semua kerusi DUN yang dimenangi akan kalah. Cuma kerusi DUN Pasir Pekan yang dimiliki Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakub dan kerusi yang dimiliki timbalan menteri besar Datuk Nik Amar Nik Abdullah kekal.

Dua kerusi itu sahaja yang boleh di menangi oleh Pas. Manakala lain lain kerusi akan hilang dan akan dirampas oleh calon calon dari parti Amanah.Dirampas parti amanah ke atau dirampas umno/BN?

Apa macam Cikgu Wan Abdul Rahim wan Abdullah orang kuat yang kelihatan tak berapa kuat dah sekarang ini.

Husam musa kelihatan masih kuat semangatnya. Tapi kuatnya itu hanya kuat lajak daripada laju, macam motosikal tua tiada power.

Bercakap pasal kelantan kekal di tangan Pas, teringat penulis penganalisis politik yang jarang bercakap.Tapi cakapnya kebanyakannya jadi realistik.

Hari ini beliau,  Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin,parti yang akan menang dalam PRU parti yang akar umbinya kuat gerak kerjanya.
Miskipun rebutan undi Melayu pada PRU14 adalah sengit.

Apa tidaknya. Dahulu perebutan undi Melayu hanya terbahagi kepada tiga sahaja.iaitu umno, Pas dan PKR. Hari ini sudah jadi lima iaitu parti Amanah, juga bersatu yang  mengharapkan undi orang melayu.

Di Negeri Kelantan undi melayu yang dahulunya terbahagi kepada dua. undi untuk umno dan undi untuk pas dan kali ini undi untuk Amanah dan undi untuk bersatu pulak pada PRU 14 nanti.

Kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi.

Parti yang gerkkerja terkuat di akar umbi tidak lain dan tidak bukan ialah parti umno dan parti Pas.Maka jangan diharap amanah  menang  dan memerintah Kelantan selepas  PRU 14 nanti.

Amanah yang dikatakan akan menang dan memerintah hanya dapatannya dapat  goyang punggung dan goyang jari jemari sahaja. Tidak lebih daripada itu. Percayalah.

Apa tidaknya. Sekarang ini parti amanah tidak ada jentera pilihanraya . Demikian juga parti Bersatu yang mendakwa dia kuat dan berpengaruh.

Gerak kerja akar umbi parti ada dalam cawangan cawangan parti. Sekarang ini berapa banyak kah cawangan yang dapat dtubuhkan oleh amanah dan bersatu di seluruh negara. Hatta dikelantan sekali pun mana ada cawangan amanah dan bersatu yang ditubuhkan.

Apa macam Datuk Kamaruddin Mat Nor dengan ramalan  penganalisis politik Prof Mohd Fuaz Mat Jali yang mengatakan pas kekal sebagai kerajaan selepas PRU 14 nanti.

 kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sehebat mana pun seseorang pemimpin itu tetapi tanpa akar umbi yang boleh bergerak, sukar untuk mereka mendapatkan sokongan.

Oleh itu, harapan pakatan harapan untuk menumbangkan kerajaan Pas di kelantan akan jadi mimpi siang hari. Apatah lagi untuk memerintah Malaysia selepas PRU 14 yang bakal diadakan pada Mei ini.



Wednesday, February 21, 2018

Lim Guan Eng kafir zimmi?



Datuk Dr Danial Zainal Abidin yang berkata dan isytihar bahawa Lim Guan Eng kafir zimmi  menyanggah fatwa Mufti Pahang bahawa  DAP kafir harbi dalam satu kenyataan media tidak lama dahulu.

Datuk Dr Danial Zainal Abidin kecewa dengan fatwa Mufti Pahang dan berkata Lim Guan Eng rakyat Negara ini ada Kad pengenalan.

Dan lantas  berkata, setiap warga Negara Malaysia, termasuk Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang, setiausaha agung DAP, dia kafir zimmi.

Inilah fatwa yang dibuat oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam suatu syarahan dakwah menyanggah fatwa mufti Pahang yang mengatakan DAP kafir harbi.

Bercakap pasal kafir zimmi teringat penulis, bahawa untuk menentukan seeorang itu sama ada mereka kafir harbi dan kafir zimmi, ia mesti menerusi suatu akad iaitu akad zimmah dan hukum hukumnya.

Akad zimmah adalah jaminan bagi orang orang kafir yang memenuhi seruan kaum muslimin untuk menyerah upeti dan membuat perjanjian pula dengan kaum muslimin untuk mengikuti hukum syariat Islamiah, dalam bidang had, seperti pembunuhan pencurian dan yang berkaitan dengan martabat.

Orang  yang mengurus dan layak mengadakan akad zimmah adalah imam atau wakilnya dari pimpinan angkatan tentera bersenjata sahaja. Selain keduanya tidak mempunyai hak untuk mengurus hal itu.

Berbeza dengan memberikan perlindungan atau yang setiap muslim lelaki atau perempuan dapat melakukannya sepertimana maksud hadis Ummu Hani binti Abu Talib telah memberi perlindungan kepada seorang lelaki musyrik pada waktu kejatuhan kota Mekah, lalu ia datang dan menceritakanya kepada Rasulullah. Beliau bersabda kita melindungi dan memberi tanggungan kepada orang yang  kamu telah lindungi dan beri jaminan, wahai Ummu Hani ( Bukhari)

Ahli zimmah harus beerbeza dengan kaum muslimin, baik dalam hal berpakaian atau pun yang lainnya, agar mereka mudah dikenali. Mereka jangan dikuburkan di perkuburan kaum muslimin dan jangan mengucap salam lebih dahulu kepada mereka, dan jangan menletakkan mereka ditempat terkemuka didalam suatu masjlis.

Ahli zimmah dilarang melakukan beberapa hal, antara lain dilarang membangun gereja, menjualnya, atau memperbaharui yang telah hancur sepertimna sabda Rasulullah yang maksudnya: “Jangan membangun gereja ditempat umat Islam dan jangan memperbaharui bangunan gereja yang sudah roboh”

Jangan meninggikan bangunannya melebihi ketinggian bangunan rumah kaum muslimin sepertimana sabda Rasulullah yang maksudnya:  Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya (Baihaqi, hadis hasan).

Dilarang terang terangan  meminum minuman arak , makan daging babi dihadepan kaum muslimin dan dilarang makan dan minum pada siang hari di bulan Ramadhan.
Sebaliknya wajib bagi mereka menyembunyikan segala yang haram bagi kaum muslim kerana takut akan menjadi fitnah bagi kaum muslimin.

Akad zimmah batal kerana beberapa hal, antara lain tidak mahu menyerahkan upeti. Tidak mahu berpegang kepada hukum hukum syariat sebagaimana di persyaratkan didalam akad.

Bertindak melampaui batas terhadap kaum muslimin seperti membunuh, merompak dijalanan, memberi tempat kepada pihak musuh Islam.termasuk tidak bersetuju kerajaan hendak memperkasakan undang undang Islam dan menganjurkan pesta arak.

Menyebut nama Allah, Rasulnya dan kitabnya dengan sebutan yang buruk , termasuk mengatakan Al Quran kitab yang ditiru daripada kitab terdahulu.

Kewajipan kaum muslimin sekaligus merupakan hak bagi Ahli zimmah, adalah menjaga nyawa, harta, kerhormatan mereka.

Dilarang menyakiti mereka selama mereka memenuhi janjinya serta tidak melanggarnya sepertimana sabd Rasulullah yang mekasudnya;

 “Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmah, maka aku akan menjadi musuh orang itu pada hari kiamat nanti.”

Jika mereka melanggar janjinya dan membatalkannya dengan mengerjakan sesuatu yang membatalkan perjanjian, maka halallah darahnya dan hartanya (maka harbilah mereka) akan tetapi tidak halal darah wanita dan anak anaknya kerana seseorang tidak boleh diseksa atas perbuatan orang lain.



Sunday, February 18, 2018

Hebat Mohamad Sabu



Memang Mohammad Sabu seorang tokoh politik yang hebat. Hebat sungguh. Sungguh hebat.

Mengapa tidak? Bayangkan ketiga tiga tokoh daripada parti Islam Semlaysia (PAS) yang selama ini sangat dikagumi dan disanjungi itu dipertikaikan.

Dengan kata lain Mohammad Sabu ketika berceramah di Kelantan baru baru ini mempertikaikan ketokohan bekas presiden Pas ustaz Fadzil Mohd Nor.

Bukan setakat itu sahaja beliau mempertikaikan ketokohan bekas mursyidul Am PasTok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini beliau cuba memburuk buruk nama baik Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di khlayak ramai menerusi siri ceramahnya.

Hari ini beliau berkata "Sekarang saya menjadi Presiden Parti AMANAH. Saya tidaklah sehebat Ustaz Fadzil Mohd Noor, tidak langsung sehebat Tok Guru Nik Abdul Aziz, juga tidak sehebat Tok Guru Haji Hadi. Saya hanyalah pemimpin kecil, memimpin sebuah parti.

Kata beliau lagi,Sebarang keputusan kami ambil secara perundingan, secara perbincangan. Kerana dalam AMANAH tak ada pemimpin yang boleh dictate, yang boleh mengatakan "ini", "buat ini", "jangan buat itu". Kerana kita cuba selesaikan dalam bentuk musyawarah dan keputusan terbaik kita ambil. Sebab itulah saya tidaklah menjadi ketua setahap pemimpin-pemimpin yang saya sebut tadi."

Bermakna belaiu buat keputusan secara rundingan dan ketiga tiga tokoh dua orang bekas pemimpin pas buat keputusan secara peribadi yang dinyatakan buat ini dan jangan buat itu.

Sesungguhnya dari segi agama Islam keputusan yang yang terbaik dibuat secara rundingan (syura) dan amat buruk jika setiap keputusan dibuat mengikut hawa nafsu (peribadi).

Yang pelik lagi aneh Tun Dr Mahathir Mohammad yang di tuduh diktatur dan maha firaun serta zalim dikagum dan sanjungi semula.

Pada hal Tun Dr Mahathir yang dikatakan sudah berubah oleh Anwar Ibrahim masih itu tak nampak tanda tanda yang dia sudah berubah.

Ini menunjukkan dia (Tun DR Mahathir) dikatakan oleh Dr Badrul Amin sudah bertaubat, akan tetapi kelihatan masih belum bertaubat lagi.

Kalau Tun Dr Mahathir sudah bertaubat mana mungkin masih mempersenda sendakan Islam dengan isu jika babi disembelih sebut nama Allah.

Kesimpulannya, bahawa Tun Dr Mahathir yang bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang jelas dan nyatakan menentang syariat Allah itu lebih baik berbanding Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.