Monday, June 27, 2016

Miliki Ijazah PHD bukan tiket



Kawan FB penulis dua tiga hari lepas berkata, ahli jawatankuasa (EXCO) pemuda Pas Malaysia kebanyakannya ada ijazah Dr (PHD).

Tiba tiba teringat penulis nama Dr Mujahid Yusof yang kalah ahli jawatankuasa pada muktamar agung tahunan tahun lepas (2015) lari tinggalkan wadah perjuangan.

Beliau dikatakan sangat komented dan istiqamah dengan parti Pas, akan tetapi setelah kalah teruk dalam muktamar tahunan tempoh hari jadi tidak keruan sebelum tinggalkan parti Pas.

Jadi, kita tidak boleh andaikan bahawa yang ada ijazah PHD merupakan ajk atau pemimpin yang boleh bertahan sabar apabila diuji dengan satu ujian yang kecil berbanding dengan ujian Allah terhadap para pemimpin Ikhwanul muslimin.

Penulis berani mengatakan PHD bukan tiket untuk mereka terus menersu boleh bersyukur. Apatah lagi untuk menahan sabar. Kalau ia tiket mengapa Dr Mujahid Yusof pergi tinggalkan parti pas satu satu parti Islam di Malaysia.

Apa pun iman dan takwalah sebagai tiket untuk manusia dapat benar benar bersyukur dan menahan sabar.Ijazah PHD (DR) bukan tiket untuk manusia boleh kekal istiqamat dengan perjuangan, hatta dalam wadah perjuangan Islam sekalipun.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

 “ Dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) Sesungguhnya Allah berserta orang orang yang sabar” (surah al-Anfal ayat 46)

Allah subhanahu wataala sudah nyatakan apabila Dia berserta dengan orang orang yang sabar, maka mereka akan beroleh kebaikan dan kemenangan, serta kenikmatan zahir dan batin didunia dan diakhirat.

Kepimpinan dalam parti politik bergantung kepada kesabaran dan keyakinan sepertimana firman Allah yang bermaksud:

 “ dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbang kaum masing masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalakan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat ayat keterangan kami” (surah as-Sajadah ayat 24)

Dengan adanya jiwa sabar dan bertakwa kepada Allah subhanahu wataala maka segala apa yang berlaku pada dirinya termasuk tipu daya musuh, miskipun dia berkuasa, tidak akan mampu mendatangkan sebarang kemurdaratan.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesunggunya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang orang yang berbuat kebaikan” (surah Yusof ayat 90)

Allah suhbanahu wataala nyatakan lagi dengan firmannya yang bermaksud:
 “ Wahai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripoada kesabaran musuh, dimedan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan)” (surah Al-Imran ayat 200)


Wednesday, June 15, 2016

Betul kah Pas yang kata umno Kafir



Sebelum penulis pergi lebih jauh, kawan penulis yang juga seorang penulis prolific berkata macam mana pas boleh kata umno kafir, sedangkan pas adalah sebuah pertubuhan (bukan manusia)

Betul jugak. Macam mana pas boleh berkata demikian. Lainlah jika pas itu manusia, maka, ada lojiknya dia berkata umno itu kafir.

Soalnya, Bekas Ketua hakinm Negara, Tun Abdul Hamid Muhammad, berkata  pas sekarang ini tidak lagi mengkafirkan umno.

Tun  Abdul Hamid Muhammad berkata demikian dalam rencana pendeknya bertajuk: Segerakan usaha penyatuan Melayu (BH 12 Jun 2016)

Lihat pada bahasanya, bahawa Tun Abdul Hamid Muhammad percaya dan yakin bahawa sebelum ini PASlah yang mengkafirkan umno.

Betulkah pas sebelum ini mengkafirkan umno?

Rata rata bersetuju paslah yang mengkafirkan umno punca orang Melayu berpecah.Bukan setakat itu sahaja. malah, kata Tun Abdul Hamid Muhammad, pecah akidah.

Bermakna, orang orang Melayu pas mempunyai akidah yang berlainan berbanding dengan akidah orang orang Melayu umno.

Pada hemat penulis, Pas tidak pernah kata umno kafir. Boleh rujuk kata kata Haji Hadi Awang Ketika berceramah pada 7 April 1981 di Banggol Peradung Manir Kuala Terengganu yang dijenamakan sebagai Amanat Haji Hadi Awang.

Ia merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.

Atas amanat itulah, orang umno berkata pas kata umno kafir.Tidak timbul pas kata umno kafir. Kerana orang umnolah yang kata pas, kata umno kafir.

Perincian dan penelitian pada rujukan asal jelas pas tidak mengkafirkan umno.Atas sebab itulah Datuk Seri Haji Abdul Awang presiden pas sampai sekarang ini tidak tarik balik kata kata yang diungkapkan dalam cermahnya itu.

Sama sama kita lihat ungkapan tersebut.

Saudara- saudara sekalian percayalah

Kita menentang umno, bukan kerana nama dia umno. Kita menantng Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekaklkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang undang kafir, dan mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang , berkata, Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku.Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Perkataan Kita adalah ganti nama semua orang Islam, termasuk dirinya sendiri jika mengamalkan politik suku agama suka, jadi kafir.

Orang pas pun tidak terkecuali.Jika orang pas amalkan politik suku agama suku,juga jadi kafir.Bukan dikhususkan kepada orang orang umno sahaja.

Oleh itu, mengatakan pas mengkafirkan umno tidak masuk akal langsung. Lebih lebih lagi apa yang dinyatakan Haji Hadi Awang dalam cermahnya itu merupakan displin ilmu yang berkaitan dengan akidah orang orang Islam.



Friday, June 10, 2016

Mengapa hairan



Kebanyakan kita naik hairan apabila Datuk Mustafa Ali  ketua pengarah pilihanraya Pas dan Datuk Seri Dr zahid Hamidi, timbalan perdana menteri makan bersama sebaik sahaja selesai penamaan calon parlimen Kuala Kangsar, Perak baru baru ini.

Apa hendak di hairankan. Mereka boleh makan bersama. Bukan setakat itu sahaja, malah  antara mereka ada yang berbesan satu sama lain .

Menantu pemimpin pas anak orang kuat umno. menantu pemimpin umno anak orang kuat pas.Bermakna mereka tidak bermusuh sebenarnya.

Itulah hakikatnya, antara pemimpin pas dan pemimpin umno selama ini. Cuma mereka tidak boleh duduk semeja untuk bekerjasasama . Mereka amat elijik untuk berbicara mengenai politik pas dan umno.

Mengapa tidak. Kerana Parti Pas hala tujunya tidak sama dengan hala tuju perti umno. Inilah yang membuat antara mereka jadi elijik.Mereka tidaik boleh semeja membicarakan isu isu politik masing masing.

Pasal makan para pemimpin pas boleh sahaja asalkan makanan yang dihidangkan itu halal.

Sebab itu, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah makan bersama dengan Tan Sri Wan  Mukhtar Ahmad dan telah dijadikan isu dan disiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia suatu ketika dahulu.

Baru baru ini Datuk Mustafa Ali dan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pula telah dijadikan isu untuk sahkan UG PAS dengan Umno akan belaku bila bila masa sahaja dari sekarang.
Kita sama sama tunggu dan lihat apakah ia akan menjadi reality?

Teka teki ini begitu lama, akan tetapi belum terjawap kerana pas masih dengan pendiriannya sebagai parti pembangkang yang berbeza sebelum ini.

Bayangkan nahkoda bahtera pas dahulu tidak sama dengan nahkoda sekarang. Mereka pasti berbeza satu sama lain.

Dahulu, pas merupakan parti  serangan demi serangan, tetapi sekarang ini pas walaupun sebuah parti pembangkang tetapi telah cuba bertindak sebagai parti nasihat sepertimana yang dikehendak  oleh islam agar umno berada diatas landasan yang betul.






Saturday, June 4, 2016

Puasa tahun ini bermula selasa


Salah satu rukun Islam ialah puasa bulan Ramadan.Kewajipan berpuasa bulan Ramadan adalah mutlak berdasarkan Al Quran sepertimana Firmannya yang bermaksud: “ Hai orang orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari hari yang lain. Wajib bagi orang orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidiyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang didalamnya  diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan poembeza (diantara yang hak dan yang batil). Oleh kerana itu, barangsiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka) Maka (wajiblah bagi berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. Allah s,w.t menghendaki kemudahan bagi kamu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah S.W.T diatas petunjuknya yang diberikan kepada kamu. Supaya kamu bersyukur” (surah Al Baqarah ayat 183-186)

Rata rata mengatakan mula berpuasa pada tahun ini ialah jatuh pada hari Isnin dan ada yang tidak setuju mula berpuasa pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Memang mengikut kelandar  1 Ramadan 1437 bersamaan 6 Jun 2016 jatuh pada hari Isnin dan melihat anak bulan yang ditentukan oleh pihak kerajaan diadakan pada petang hari Ahad, iaitu 29 Syaaban 1437 bersamaan  5 Jun 2016. Maka ratab rata mengatakan puasa jatuh pada 6 Jun 2016.

Faktanya, Jika anak bulan tidak kelihatan pada petang Ahad 5 Jun 2016 puasa tidak jatuh pada hari Isnin dan ia akan disytihar mohar raja bahawa puasa jatuh pada hari Selasa, iaitu pada 2 Ramadan 1437.

Penentukan puasa tetap diadakan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan dan juga jangan kamu berbuka puasa (mengakhiri bulan puasa) sehingga kamu melihat anak bulan. Apabila kamu terhalang (untuk melihat bulan) maka genapkanlah hitunganya” ( Ibn Taimiyah Majmu fatawa. Jilid v Hlm 133-134)

Maksud sabda nabi, genapkanlah hitungannya, iaitu sempurnakan hitungan atau jemlah bulan Syaaban menjadi 30 hari sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam riwayat Abu Hurairah yang dicantumkan oleh Bukhary dalam kitabnya Sahih Al Bukhary yang bermaksud “ Puasalah kamu sekalian sekiranya sudah melihat anak bulan dan berbuka puasalah kamu jikalau kamu sudah melihat bulan. Apabila bulan tersebut tertutp atau tidak dilihat oleh kamu, maka genapknlah hitungan bulan Sya’aban 30 hari.

Oleh itu, puasa di Negara satu Malaysia pada tahun ini jatuh pada hari selesa iaitu 2 Ramadan 1437 bukan pada hari Isnin, I Ramadan 1437. Sepertimana yang dinyatakan kebanyakan umat Islam dua tiga hari ini.