Tuesday, March 31, 2009

Mengapa mesti hairan dengan tindakan Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad dikatakan sepatutnya menghadiri majlis cukur rambut cucunya di Sri Hartamas, Damansara pada tengah hari 28 Mac 2008, apabila keluar dari rumahnya di Cyberjaya.

Bagaimanapun, apabila masuk ke dalam kereta kira-kira jam 11.40 pagi hari tersebut, Dr Mahathir tanpa perancangan atau memberitahu pembantunya, meminta pemandunya untuk terus ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Ke-59, kerana majlis cukur rambut cucunya dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang.

Kehadirannya di dalam Dewan Merdeka PWTC kira-kira 45 minit kemudian, dikatakan bukan saja mengejutkan perwakilan, pemerhati dan ribuan hadirin yang membanjiri sekitar ruang bangunan itu, malah jutaan rakyat yang mengikuti perhimpunan berkenaan secara langsung menerusi televisyen turut teruja.

Semua mata terpaku ke arah bekas Perdana Menteri itu yang berkemeja berwarna ungu berjalur serta seluar hitam, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datin Seri Rosmah Mansur dan bersama tetamu kenamaan lain di aras lima Dewan Merdeka.

Ketika itu, Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang menggulung perbahasan, menghentikan seketika ucapannya dan mengumumkan ketibaan Tun Dr Mahathir, disambut tepukan bergemuruh perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Episod itu tidak berhenti di situ dan sebaik berakhirnya perhimpunan lebih sejam kemudian, Dr Mahathir diiringi ke atas pentas sambil dewan sekali lagi gemuruh dengan tepuk, terutama ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakap Dr Mahathir, diikuti Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain yang turut mencium tangan bekas presiden Umno selama 22 tahun itu.

Kejutan itu dikatakan telah memberi suntikan semangat kepada ahli Umno, ditambah pula oleh ajakan Muhyiddin supaya Dr Mahathir masuk semula secara rasmi ke dalam Umno, diikuti ucapan penggulungan Najib kemudian yang mengajak Abdullah dan Dr Mahathir bersama-sama membincang masalah dan masa depan parti.

Semua itu dikatakan membuktikan keazaman untuk melihat Umno kembali kukuh dan mengetepikan sebarang sengketa sesama sendiri, apatah lagi membabitkan pemimpin.

Demikianlah peristiwa yang berlaku secara tiba tiba yang dianggap jarang jarang berlaku. Tetapi kita harus ingat tidak ada perkara mustahil dalam politik tanah air. Musuh boleh jadi kawan yang akrab- kawan yang akrab boleh jadi musuh ketat.

Persoalan yang timbul kini, mengapa Tun Mahathir boleh buat begitu, sedangkan ia sendiri berikrar tidak akan hadir ke perhimpunan Agung Umno kali ke 59. Tiba tiba hari akhir dia muncul dan mengejutkan semua pihak. itulah yang dinamakan manusia. Apa yang hendak dihairankan, kerana manusia boleh kata baik pada yang buruk dan buruk pada yang baik berdasar hawa nafsu masing masing.

Jika kita faham dengan firman Allah yang bermaksud: ” perempuan yang berzina dengan lelaki b yang benzina” sudah barang tentu tiada apa yang luar biasa dengan apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tempuh hari.

Apa tidaknya? Tun Mahahtir sendiri pernah menyatakan yang dia setuju dengan perwakilan yang memilih Tan Sri Mahyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno yang baru dan sangat kecewa dengan kemenangan Khairy Jamaluddin yang jelas dan nyata terbabit dengan politik wang.

Kalau Allah kata perempuan yang berzina dengan lelaki yang berzina, bermakna Tun Mahahtir juga apa kurangnya. Dia Memang sekufu dengan Muhyiddin. Semasa menjadi perdana menteri dia banyak melakukan kemungkaran terhadap orang Melayu, termasuk melakukan mungkar terhadap raja raja Melayu dan raja raja Melayu dilondehkan sehingga tinggal seluar dalam sahaja.

Sebelum bersara Tun Dr Mahathir melakukan pengkhianatan terhadap bahasa Melayu yang menjadi kemarahan yang amat sangat pakar bahasa yang memerah otak mencipta peristilahan sains dan matematik dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Namun demikian tidak hairanlah jika Tun Mahahtir Muhammad masuk semula Umno setelah keluar kerana benci yang amat sangat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak ikut nasihatnya atau dengan kata lain Abdullah ketika baru sahaja dilantik sebagai perdana menteri telah meg nyah kan segala projek dan perancangan yang dibuat oleh Tun Mahathir, termasuk membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura.

Ini tidak ada kena mengenai dengan Saf baru kepemimpinan seperti disarankan Najib yang dikatakan telah diterjemahkan perwakilan apabila memilih barisan penjawat tertinggi dalam parti yang dilihat berupaya membantu Presiden baru dalam usahanya bukan saja memperkuatkan Umno, malah mengikis tanggapan buruk masyarakat terhadap parti berusia 63 tahun itu.

Rakyat tetap beranggapan Umno masih buruk, kerana yang yang jelas dan nyata terbabit dengan politik wang di pilih menjadi ketua pemuda, pendokong fahaman Islam lebralisme di pilih sebagai ketua wanita dan tokoh yang pernah melakukan kemungkaran semasa menjadi menteri besar Johor di pilih sebagai timbalan presiden. Itulah realitinya tidak dapat dinafikan lagi. hendak pilih Tan Sri Mohammad Mohd Taib pun serupa walaupun tidak sama.

Pendek kata setakat hari ini tiada pemimpin Umno yang tidak melakukan kemungkaran, termasuk terbabit dengan politik wang sama ada jumlahnya sahaja yang berbeza yang meyebabkan lembaga disiplin Umno menjatuhkan hukuman yang juga berbeza.

Khairy didapati bersalah dan diberi amaran tetapi masih boleh bertanding. Manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga didapati bersalah dan tidak boleh bertanding tetapi masih kekal sebagai ketua menteri Melaka.

Sebaik sahaja perhimpunan agung itu selesai, Dr Mahathir dikerumuni orang Umno hingga laluannya keluar tersekat-sekat apabila ramai ingin bersalam, menyebabkan masa diambilnya 30 minit itu menjanjikan suatu perubahan atau umno rebah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti setelah Mahyiddin Yasin, ketua pemuda, ketua wanita ketua puteri dan naib naib presiden berikrar taatsetia kepada ketua.

Apakah betul dengan kata kata Tan Sri Mahyidin Yassin yang dia akan jadikan dirinya sebagai orang nombor dua dan tidak sekali kali akan jadikan dirinya orang nombor satu yang barang menimbul pelbagai persepsi dan reaksi sedikit hari nanti.

Percayalah bahawa TUN Mahathir tidak akan berdiam diri jika Tindakan Najib sama dengan tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri nanti.

Sunday, March 29, 2009

Presiden baru umno cakap tak serupa bikin?

Ketua pergerakan pemuda Umno yang baru Khairy Jamaludin adalah pengamal politik wang. Ketua Puteri, ketua wanita, 3 naib presiden, timbalan presiden, MT Tertinggi dan presiden Datuk Seri Najib Razak sekarang boleh dikatakan tidak mustahil terbabit dengan politik wang.

Yang salah juga tidak mustahil juga terbabit dengan politik wang. Apa lagi presiden yang menang tidak bertanding. Beliau tidak mustahil tidak terbabit dengan politik wang.Malah beliau telah menyalahgunakuasa.

Mahyiddin Yasin dianggap sebagai wira negara oleh tali barut mereka tanpa menyedari kemungkaran yang dilakukannya semasa menjadi Menteri Besar Johor dahulu.

Sejarah telah membuktikan yang beliau banyak melakukan kemungkaran yang menyebabkan hampoir seperuh negeri Johor di miliki oleh orang asing, termasuk kroni kroninya, adik beradik dan anak beranak jadi kayaraya.

Yang hairan masih juga dianggap sebagai wira, pada hal beliau adalah wira mengadai negeri dan negera apabila menjadi rakankongsi antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri selepas ini.

Apabila ketua pergerakan pemuda pula merupakan orang yang jelas nyata terbabit secara langsung dengan politik wang yang barangkali diharus dan dihalalkan oleh Najib Razak presiden Umno yang baru.

Dalam ucapan pengulungan beliau bercakap umno bersih.Disebutnya sekali lagi permilihan kali ini adalah pemilihan yang bersih.Kalau bersih macam mana orang yang terbabit dengan politik wang menang?

Ini menunjukkan beliau mengharus dan menghalalkan politik wang walaupun dia berkata kita akan hapuskan kouta yang dibuat dan mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan dan pemerhati.

Tidak lama kemudian boleh berkata pula kouta akan dikaji. macam mana boleh jadi begitu. Dalam beberapa minit sahaja fikiranya berubah. Disini dapat kita buat kesimpulan cakap mahu hapuskan kuota hanya omong kosong sahaja.

Oleh itu adalah mustahil umno yang berketuakan Datuk Seri Najib Razak dan timbalan Tan Sri Mahyidin Yasin, naib naib Presiden Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Husein, Ketua wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri,Datuk Rosnah Rashid dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dapat berubah kepada lebih baik sepertimana yang ada hari ini.

Pertama, politik wang yang berlaku dianggap harus dan halal oleh Presiden parti dengan katanya, Umno bersih dan pemilihan kali ini adalah pemilihan yang bersih. Apakah ia Bersih?

Saturday, March 28, 2009

Khalid Ibrahim ada bukti kukuh, Ahmad Said tiada kes

Cerita yang paling menarik kini ialah cerita pasal rasuah dan politik wang yang berlaku dalam Rumah Umno.

Penulis sedikit kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa tidaknya? beberapa minggu lepas Datuk Ahmad Said Hamdan, Pesuruhjaya suruhanjaya pencegah rasuah Malaysia buat kenyataan bahawa Umno bersih politik wang.
Tidak lama kemudian, Lembaga Disiplin Umno melalui pengerusinya Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan ada 29 kes politik wang dalam umno.

Ada yang digantung tiga tahun, termasuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketua Menteri Melaka yang didapati bersalah dan tidak boleh bertanding, tetapi masih kekal sebagai ketua menteri.

Manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menantu perdana menteri juga didapati bersalah dan diberi amaran, tetapi masih boleh bertanding jawatan Ketua pemuda.
Ramai yang mengatakan ”pelik” tetapi itulah realiti yang berlaku dalam Umno yang mengidap penyakit kronik kini.

Pelik lagi apabila dikaitkan dengan keputusan yang dbuat oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya pencegah rasuah Malaysia, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Apa tidaknya? beliau kata Umno bersih politik wang, sedangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak buat kenyataan politik wang sukar dibenteras. Bermakna politik wang tetap berlaku dalam Umno.

Pada hemat Penulis, kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya pencegah rasuah Malaysia mengenai politik wang dalam Umno, macam kenyataan yang dibuat oleh tali barut mereka yang terbabit dengan politik wang.

Penulis rasa sedikit kesal dengan kenyataan pesuruhjaya yang diberi amanah untuk membenteras politik wang dan rasuah di negara.

Paling penulis kesali ialah mengenai kenyataan yang dibuat terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor mengenai senggaraan kereta peribadi dan 46 ekor lembu korban.

Belum ada apa atau dengan kata lain belum dibuat sebarang penyiasatan lagi Datuk Ahmad Said Hamdan telah menyatakan ianaya ada bukti kukuh ianya suatu salahgunakuasa dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu.

Untuk membuktikan yang dia tidak salahgunakuasa lantas berkata, dia tidak akan menoleh kebelakang, kerana dia lebih baik daripada menteri besar yang lalu (Khir Toyo).

Mentang mentang Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar PKR pembangkang diperlakukan dengan sedemikian rupa tanpa menyedari kenyataan tersebut boleh menjejaskan nama baik kerajaan BN dan Badan bebas yang dipertanggungjawab untuk mencegah rasuah.

Penulis masih belum lupa dengan apa yang berlaku keatas Datuk Ahmad said, Menteri Besar Terengganu tidak lama dahulu.

Datuk Ahmad said dikatakan pernah disiasat melibatkan salahgunakuasa menggunakan wang kerajaan negeri Terengganu sejumlah RM 20 juta, tetapi malangnya dinyatakan tiada kes yang membabit Ahmad Said.

Senggaraan kereta peribadi Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan mendapat kebenaran pegawai kewangan negeri telah dinyatakan sebagai ada bukti kukuh menteri besar selangor telah salahgunakuasa.

Peliknya wang RM 20 juta yang digunakan oleh Ahmad Said menambak tanah kawasan perindustrian di kemaman di katakan tiada kes. Adakah munasabah wang sejumlah itu sebagai kos tambak tanah. Sepuluh juta (RM 10) juta, ramai yang berkata, itupun sudah banyak. Ini RM 20 juta.

Kes yang membabitkan Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu, tidak mudah dilupai, walaupun telah diberi amaran kepada mana media yang memainkan isu itu ada diambil tindakan undang undang.

Penulis percaya Menteri Besar Terengganu boleh ambil tindakan keatas mana mana media yang cuba ungkit isu lama yang sudah dinyatakan oleh pihak BPR sebagai tiada kes.

Tetapi bagaimana dengan kes Tan Sri Khalid Ibrahim? yang berkata, saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu ( Datuk Seri Khir Toyo) ?

Pesuruh jaya suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia barangkali tidak berani mengusik dan mengungkit ungkit pengondolan Bukit cahaya alam dan menghadiahkan sebuah rumah kepada setiap seorang EXCO. Bukankah semua itu dilakukan oleh Khir Toyo. Tapi tiada kes.


Memang Khir Toyo boleh buat apa sahaja yang dia suka, Demikian Ahmad said, kerana SPRM duduk dibelakangnya. Jika ada laporan media, mengenai kerajaan pembangkang SPRM terjun tak bertangga menyiasat, walau tiada aduan rasmi dibuat.

Penulis juga naik hairan mengapa laporan Polis yang di buat ADUN PKR mengenai tawaran RM 20 juta untuk lompat parti tidak dilayan.Itulah PSRM yang baru. 2X5 juga. Demikian juga kehakiman yang mahu dibaikpulih.

Pendek kata apa yang di buat orang Umno semua betul walaupun salah. Apa yang dibuat oleh PKR dan PAS, walaupun betul tetapi semuanya salah dan ada kes serta mempunyai bukti yang kukuh.

Hal ini sama apa yang pernah dilakukan oleh Umno terhadap kerajaan Terengganu yang terajui oleh PAS dahulu. Apa yang buat oleh EXCO PAS semuanya disiasat sampai dalam kelabu.

Tun Salleh Abas dikata salah gunakuasa kerana menggunakan kereta EXCO untuk ke Kebun Durian. Pada hal kereta EXCO boleh digunakan oleh EXCO kemana sahaja yang disukai. Itulah kerja orang Umno sehingga membuat kerajaan PAS tercalar dimata rakyat yang tidak faham peraturan yang ditetap oleh kerajaan.

Demikian juga dengan apa yang di alami oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit dengan kereta peribadi yang dikatakan salahgunakuasa. Pada hal seorang menteri boleh guna wang kerajaan untuk baiki kereta peribadi disamping kereta rasmi.

Mantan Menteri besar Terengganu (Datuk Wan Mukhtar Ahmad) ketika menerajui Terengganu mengunakan lima buah kereta tidak dikata salah gunakuasa pun, malah mereka bebas walapun pernah disiasat oleh BPR.

Dalam sejarah Mantan Menteri Terengganu, pernah disiasat oleh BPR . Apa yang berlaku? 7 orang pegawai BPR Terengganu ditukar ke Johor. Itulah bahananya menyiasat orang Umno . Oleh itu jangan bimbang wahai Menteri Besar Selangor.

Pasrahlah, berserahlah kepada Allah, kerana Allah sentiasa bersama orang yang bernai kerana benar. Kuatkan iman kerana Allah mentadbir kerajaaan langit dan bumi.Kita kena tunjuk peribadi yang terbaik dan jangan gelabah dan latah, kerana gelabah dan latah itu menzahirkan sifat ketidak bijaksanaan seseorang.

Lakukan apa yang betul dan jangan sekali lakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak Allah. Saidina Umar pernah berkata: Musuh lakukan maksiat dan kita juga lakukan maksiat, maka musuh akan menang. Ingat, jangan sekali sekali buat maksiat ketika mentadbir.

Dan jangan lupa dengan pegawai kerajaan, kerana mereka orang Umno. Mereka mahu tidak mahu pasti banyak melakukan sabotaj sepertimana yang di lakukan terhadap kerajaan Kelantan dan Terengganu dahulu.

Jangan mudah percaya dengan apa yang dilakukan dan dipersetujui sepertimana Mengenai perkembangan terakhir penyiasatan rasuah/pecah amanah yang dikata ada bukti kukuh oleh PSRM, sedangkan apa yang berlaku itu bukan suatu arahan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) atau mana-mana anak syarikatnya menghantar lembu korban ke kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak.

Percayalah Pegawai Kewangan Negeri bagi menggunakan kereta Lexus Rx milik peribadinya sebagai “kereta rasmi” itu sebagai peraturan yang ditetapkan kerajaan tetapi kena ingat membayar kos minyak dan penjagaan akan sentiasa dijadikan Isu untuk perangkap untuk menjerat.

Hal ini pernah dilakukan oleh pegawai kerajaan negeri Terengganu terhadap mantan menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004) yang tidak ambil elaunnya dikata berbohong, sedangkan elaun yang diperuntuk itu memang tidak diambilnya> Hal ini telah dimaklumkan oleh Ketua Kerani Tingkat 16 Wisma Darul Iman, yang kebetulan kawan akrab penulis.


sekian........................

Thursday, March 26, 2009

RM3.2b diagih segera - projek mee segera

Mengapa hanya dua minggu selepas membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan projek-projek bernilai RM3.202 bilion kepada pelbagai kontraktor bagi menambah baik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di seluruh negara.

Mungkin sudah ada yang maklum. Orang Pahang sudah lama tahu akan perihal yang dilakukan oleh Mohd Najib Razak.

Baru baru ini belaiu juga berkata tiada lagi projek mee segara yang akan diumumkan. selang beberapa hari sahaja telah dimaklumkan sebanyak RM 3.2 bilion yang diagih segera itu merupakan projek membina sekolah dan baiki pondok pondok polis seluruh negara.

Apakah ini bukan projek mee segera yang pernah diumumkan semasa berlakunya pilihanraya kecil.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah itu RM1.3 bilion diberi kepada kontraktor bagi menambah baik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di 322 sekolah di seluruh negara.

Kira-kira RM95.5 juta pula akan diberi bagi projek menambah baik dan memulihkan balai-balai polis.

Oleh itu beliau berkata dalam satu kenyataan media bahawa Pemberian projek-projek yang begitu cepat dibuat selepas bajet mini dibentangkan di Parlimen menunjukkan betapa seriusnya pihak berkuasa bagi menangani krisis global yang juga memberi kesan kepada Malaysia.

Ini juga menunjukkan bukti betapa seriusnya perhatian kerajaan demi kepentingan rakyat dan bagi merangsang keyakinan dan aktiviti sektor swasta.Betulkah ia untuk pentingan rakyat?

Bagaimana pula dengan pakej rangsangan sebanyak RM bilion dan RM 7 bilion. Apakah sudah dilaksanakan? Pada hal projek-projek yang dikatakan dikenal pasti di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama. Wal hal semua 38,000 projek di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama dijangka dikeluarkan pada April ini dan dijangka siap menjelang Ogos.

Alih alih projek mee segera dibawah pakej bajet mini akan dipercepatkan yang dikatakan kononnya demi faedah rakyat.

Kita dimaklumkan bahawa Setakat ini, 16,386 projek bernilai RM1.67 bilion di bawah pakej rangsangan pertama telah diberi dan dilaksanakan. Ini termasuk projek bagi membangun dan memajukan modal insan untuk meningkatkan daya saing.

Kita tidak prejudis projek rangsangan ekonomi sudah dilaksankan menurut kenyataan beliau, tetapi hingga hari pihak kontraktor boleh dikatakan rata rata telah mengadu yang mereka tidak mendapat sebarang bayaran, Malah projek projek yang sudah siappun boleh dijelas lagi pembayarannya.

Sesiapa boleh berkata bahawa Kami komited bagi memastikan pelaksanaan projek itu disegerakan bagi membantu rakyat dan badan perniagaan untuk mengharungi masalah yang dibawa oleh krisis ekonomi global. Bagaimana pula praktikalnya.

Mengatakan bahawa PMU dan Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU) dan agensi-agensi berkaitan telah dipertanggungjawabkan untuk memantau pakej rangsangan ekonomi kedua hanya semata mata gimik sahaja.

Sebuah jawatankuasa teknikal, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, juga telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan itu sebagai usaha untuk menyakinkan banyak pihak.

disebut bahawa Jawatankuasa itu akan bermesyuarat secara tetap dan melaporkan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan dirinya sendiri juga suatuy manipulasi yang sering dimainkan.

persoalannya apakah dengan penubuhan PMU dan pemantauan tetap oleh Menteri Kewangan sendiri, ia akan memastikan matlamat yang ditetapkan mengikut kedua-dua pakej rangsangan itu akan tercapai?

Pakej rangsangan pertama bernilai RM7 bilion telah diumumkan pada 4 November 2008 masih samar samar dan pakej kedua, RM60 bilion itu telah dibentangkan di Parliman 10 tentu akan mengalami nasib yang sama selepas selesai pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan Batang Ai nanti.

Wednesday, March 25, 2009

Antara Mentransformasi UMNO dan peribadi?

Apabila mendengar dan membaca Ucapan perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2008 oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 24 Mac 2009.

Teringat saya dengan ucapan Dr Mahathir Mohamad ketika mula mula memegang jawatan presiden Umno dan Perdana Menteri awal 80an dengan konsepsi penerapan nilai nilai Islam bersih cekap dan amanah.

Persepsi kebanyakan rakyat pada masa itu Dr Mahathir Mohammad merupakan seorang perdana menteri yang mahukan kepada pentadbiran Islam, kerana sebelum menjadi perdana menteri beliau boleh dikatakan rata rata telah menolak Islam.

Tun Husein Onn ketika mula mula menjadi presiden Umno dan perdana menteri pernah berkata dengan penuh sedar bahawa Negara Malaysia bukan Negara Islam. Apatah lagi Tunku Abdul Rahman yang sama sekali tidak setuju negara ini digelar sebuah negara Islam. Demikian Tun Razak Husein yang telah menghapuskan tulisan jawi asas kekuatan umat Islam.

Apabila dengan ucapan Datuk Seri Mohd Najib Razak dapat kita buat kesimpulan bahawa dia telah ikut apa yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahatnir Mohammad ketika memerintah Malaysia selama 22 tahun itu.

Tidak lama kemudian segala tindakanya bercanggah dengan kehendak islam, malah turun mempersenda sendakan Islam. Anda mungkin belum lupa dengan kata yang berbunyi: ”kalau hendak maju tinggal dahulu buat semantara waktu Islam ini.

Disebut bahawa Wanita, Pemuda dan Puteri adalah tulang belakang dan sayap parti UMNO. Jatuh bangun, gagal jaya parti bergantung kepada semua ahli terutama saudara dan saudari. Bersama semangat dan azam.

Beliau mengharapkan supaya Wanita, Pemuda serta Puteri mesti berusaha dengan penuh iltizam untuk menjadi satu pasukan yang terus menyalakan obor perjuangan. Yakinlah bahawa, kita sedang mengibarkan panji-panji kebenaran. Yakinlah bahawa, kita sedang bergerak di landasan yang mulia.

Apabila beliau sebut kita sedang bergerak dilandasan yang mulia, teringat kita pada ayat Al Quran surah Al Imran ayat 104 yang bermaksud: ”Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwa) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah( buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya”.

Beliau rasa Umno ini adalah merupak puak yang dimaksudkan ayat diatas, sedangkan ayat 105 Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang Yahudi ( Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai berai dan berselirihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh nabi nabi Allah). Dan mereka bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar”.

Azab yang dimaksudkan dalam ayat diatas bukan kerana kekalahan teruk dalam pilihanraya umum ke 12 8 Mac dan dua pilihanraya kecil permatang pauh dan Kuala Terengganu, tetapi itu Jelas sekali, keputusan pilihan raya terburuk pernah dialami oleh parti Umno.

Dan inilah buat pertama kali Umno kehilangan majoriti dua pertiga semenjak tertubuhnya Barisan Nasional lebih tiga dekad yang lampau. Ia adalah pahit bak hempedu, dan itu adalah realiti yang perlu kita terima.

Ini adalah berkait rapat dengan beberapa kelemahan yang sedang menular dalam parti. dan hala tuju UMNO telah menyimpang jauh daripada perjuangan asal penubuhan parti. Ternyata, ada sesuatu telah menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama UMNO kini menukar haluan menyokong pembangkang.

Atas sebab itulah Najib berkata, Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama.

Dia mengajak orang Umno merenung tiga ayat Allah surah Ali Imran ayat 26 untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman yang bermaksud: ”Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang mekaud: “Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang. Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”

Surah Az-Zumar ayat 53 Allah yang mekasud: “Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Adalah orang Umno yang ada hari ini mengambil periktibaran daripada ayat-ayat suci itu. Kalau mereka jadi iktibar sudah barang tentu tidak berlaku politik wang, kerana politik wang nyata boleh merosakan akidah orang Islam.

Mereka yang mengamalkan politik wang dan segala yang dil;arang oleh Allah nyata tidak pernah berasa sedih dengan apa yang berlaku Apa tah lagi untuk berduka lara di atas musibah yang berlaku, Malah merasa merasa bangga sepertimana yang ditunjukan oleh Najib semasa berada dipentas yang kelihatan ceria memang tanpa bertanding jawatan presiden parti. Sikit hari lagi beliau akan dilantik sebagai perdana menteri suatu carta dan memeta arah tuju peribadinya.

Tidak dapat dinafikan UMNO telah banyak menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.UMNO telah menjadi parti peneraju kepada usaha mencapai kemerdekaan. Ia suatu kejayaan monumental yang dicapai apabila UMNO mendukung aspirasi massa dan mewakili denyutan nadi rakyat terbanyak.Itu jasa Umno dahulu, tetapi Umno sekarang para pemimpinnya adalah pagar – harapkan pagar – pagar makan padi, lantas mengkhianat bangsa sendiri.

Tuesday, March 24, 2009

Orang baik tidak dapat jadi pemimpin Umno

Memang pun sekarang ini, tiada pemimpin yang sempurna. Mengikut istilah Islam sempurna ialah ”kamil”.

Mana ada manusia zaman sekarang ini manusia”kamil” hatta alim ulamak sekali pun belum boleh kita gelar ia sudah sempurna.

Apa lagi Mufti mufti yang dianggap memegang jawatan paling tinggi dalam Islam. Mereka kebanyakan jadi syaitan bisu pasti bukan orang sempurna. Baik dia digelar sebagai ”Tok Guru” atau ”Tuan Guru”

Apa lagi dengan para pemimpin Umno, baik yang memegang jawatan tertinggi atau dengan kata lain ketua biro agama Umno sekalipun.

Para pemimpin Umno tiada yang tidak terbabit dengan politik wang, baik diperingkat cawangan sekalipun. Apa lagi di peringkat ”Bahagian”. Lebih lebih lagi diperingkat Persekutuan.

Bagi mereka politik wang tidak salah walaupun boleh menrasokkan akidah yang terbabit. Kalau salah sudah barang tentu yang didapati bersalah oleh Lembaga disiplin Umno bukan setakat mengantung keahlianya selama tiga tahun, malah wajar dilucutkan terus keahlian dan apa jawatan yang dipegang.

Lihat politik wang yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketua Menteri Melaka, Naib Presiden umno. Lihat politik wang yang dilakukan oleh Khairy Jamaludidin Abu Bakar, Naib ketua pemuda dan juga menantu perdana menteri yang didapat bersalah oleh Lembaga disiplin Umno dan diberi amaran masih boleh bertanding kerana menikam satu kali sahaja yang barangkali wang yang dihabiskan hanya satu juta sahaja.

Manakala Mohd Ali Rustam yang didapat bersalah dan masih kekal sebagai ketua menteri yang diandaikan menikam sebanyak 10 kali itu telah menghabiskan wang sebanyak RM10 juta. itu hanya persepsi sahaja. tapi itu adalah realiti yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kedua tokoh Umno itu terbabit dengan politik wang.

Sama ada musang berbulu ayam atau apa apa jenis nama yang diberikan, termasuk kambing hitam ke, itu adalah sama sahaja. Ayam mungkin tidak kenal musang berbulu ayam, kerana ayam tidak dibekalkan dengan fikiran.

Tetapi manusia sudah dibekalkan dengan akal fikiran untuk membezakan dengan binatang, tetapi juga tetap bertindak macam binatang yang harus disebut sebagai ”hairanu natik” oleh Al Quran.

Allah Subha nahu wataala pernah cop manusia sebagai ”bodoh” lagi ”jahil”. Tidak ada seorang pun manusia yang tidak marah apabila mereka dilabelkan sebagai bodoh dan jahil.

Mereka marah kerana mereka ada pendidikan atau mengaji diperingkat Unversiti dan mempunyai ijazah BA, MA dan PHD (DR). Bagaimana boleh dicop sebagai bodoh dan jahil.

Ijazah tidak boleh dijadikan sandaran apa lagi pangkat yang mereka miliki, termasuk Datuk, Datuk Seri Datuk Seri dan Tun sekalipun, kerana orang yang bodoh itu mereka tidak ikut perintah Allah dan Rasulullah.

Allah telah berjanji sesiapa yang ikut perintahNya dan Rasulullah SAW mereka akan hidup bahgia baik di dunia mahu pun diakhirat. Allah janjikan syurga kepada mereka yang ”beriman dan takwa” dan neraka kepada mereka yang ”ingkar”.

Allah mengharamkan rasuah (politik wang) mereka menghalalkan, malah halal dan haram tiada perbezaan.

Mabuk dijadikan amalan ”zina” dianggap biasa ”judi” untuk suka suka kerana terlalu banyak wang yang didapatinya melalui amalan rasuah kronisme dan nepotisme.

Maaf, apa yang saya sebut itu adalah suatu yang realiti dan tidak dapat dinafikan, kerana saya pernah menjadi Ahli Umno pada tahun 70an dahulu berpangkat Setiausaha pemuda dan dilucutkan jawatan kerana banyak beri nasihat pada perkara perkara yang salah.

Sah orang baik tidak dapat jadi ahli Umno, lebih lebih lagi para pemimpin yang baik sah tidak berjaya untuk memegang sebarang jawatan, kerana perwakilan yang hadir ke perhimpunan agung boleh dikatakan telah dibayar dengan wang atau dijanjikan dengan sebarang habuan.

Sebab Tun Dr Mahathir Mohammad yang cuba cuba hendak jadi orang baik terpaksa lari dan keluar umno, kerana untuk menjadi perwakilan keperhimpunan Agung Umno wajaib membayar wang. Jika tidak membayar sudah tentu tidak akan terpilih dalam mana mana mesyuarat agung Umno Bahagian.

Sebab itu saya berkata mereka yang masuk Umno dapat lubang kaya apabila jadi pemimpin,manakala akar umbi walaupun ada habuan, mereka tetap ”papa kedana: termasuk JKKK yang punyai kuasa lebih besar daripada DO.

Jadi apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak iaitu mengadakan pakej rangsangan Ekonomi, termasuk Bajet mini sebanyak RM 60 bilion itu bukan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Tetapi bajet mini pakej rangsangan itu semata mata untuk mengujudkan projek projek mee segera yang memberi lubang mereka dan kroni kroni ”kayaraya”, termasuk membina sekolah yang diperuntukan sebanya RM 3.2 bilion.

Saya masih belum lupa dengan bajet bina sekolah seluruh negara dengan kos RM 4 bilion zaman Tun Daim Zainuddin menjawat menteri kewangan. Siapa yang dapat habuan itu. Mohd Najib Razak melalui isterinya sebagai pemegang saham terbesar.

Sekarang ini setelah diberi kuasa sebagai menteri kewangan, beliau mengulangi lagi kerja untuk mengujudkan lubang kaya. Demikian juga apa yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad waktu jadi perdana menteri dan menteri kewangan anak anak mereka jadi kayaraya.

Abdullah Ahmad Badawi juga serupa walaupun tidak sama. Apa Kurangnya Mohd Najib Razak dibangga banggakan tali barutnya dan berkata Najiblah tokoh yang boleh buat perubahan apabila naik jadi presiden Umno dan perdana menteri beberapa hari sahaja nanti.

Sunday, March 22, 2009

Tun Dr. Mahathir Mohamad punca Melayu cemas

“Melayu berada dalam kecemasan sekarang ini” Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohammad matan Perdana Menteri Malaysia yang kononnya rasa dirinya lebih segala galanya. orang lain semua tidak betul.Dia sahaja yang betul dan bijak.

Mengapa Melayu berada dalam kecemasan? jawapannya tidak lain tidak bukan, berpunca dari tindakan tanduk semua Perdana Menteri Malaysia, termasuk Tunku Abdul Rahman, Tuan Razak, Tun Husein Onn, Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pendek kata puncanya ialah datang dari para pemimpin Umno yang tiada integeriti. Mereka yang bersikap : ”Tak apa – biarkan”. Sikap tak apa, biarkan inilah yang menyebabkan tulisan jawi hapus hingga sekarang.Orang Melayu cemas. Cemas bahasa Melayu tidak di daulatkan

Sikap tak apa, biarkan membuat pendidikan dan ekonomi orang Melayu tetap lemah dan Tun Mahathir Mohamadlah yang membuat orang Melayu berada dalam keadaan cemas.Termasuk raja raja Melayu turut cemas, kerana imunitinya sudah hilang entah ke mana.

Mengapa tidak? Tahun 1993 imuniti raja dilundehkan oleh Tun Dr Mahathir sehingga tinggal seluar dalam, kononnya raja raja Melayulah yang menyebabkan kerajaan menjadi lemah dan lambat mencapai kemajuan.

Tidak dinafikan semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri negara menjadi sedikit maju, tetapi orang Melayu tetap lemah dan cemas, kerana amalan rasuah bermaharajalela.

Zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menterilah berlakunya politik wang melalui sistem kouta sehingga sangat sukar hendak dibenteras.Ini diakui sendiri olwh Datuk Seri Mohd najib Razak bakal perdana menteri ke 6 tidak lama lagi.

Politik wang punca Umno lemah sebagai penyebab kalah teruk dalam musim pilihanraya umum ke 12 Mac 2008. Rakyat sudah muak dengan kegiatan politik yang semakin membarah kini.

Sememangnya ianya berpunca dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah keluar Umno dan dijangka akan masuk semula apabila perdana menteri bertukar tangan sedikti hari nanti.

Kini Tun Mahathir masih berperanan untuk membuat orang Melayu cemas dan terus menerima cabaran yang cukup hebat, kerana cekal dengan prinsip bahawa bahasa Inggeris hendak diteruskan dalam mata pelajaran matematik dan sains.

Tun Dr Mahthir Mohammad bukan sahaja bersikap tak apa, biarkan, malah bertindak mengkhianati bangsa Melayu melalui sisstem ekonomi dan pendidikan negara, termasuk mencadangkan sekolah menengah di negara ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Cadangan itu tidak diterima orang Umno lantas dibuat cadangan bahawa bahasa inggeris hendaklah diajar dalam mata pelajaran matematik dan Sains yang diringkaskan (PPSMI) yang menjadi kemarahan pejuang bahasa dan orang Melayu.

Oleh kerana niat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pendidikan negara masih belum tercapai, maka PPSMI yang mendapat tentangan hebat itu di pertahankan agar ia diteruskan. Pada hal ianya membuat orang Melayu berada dalam kecemasan.

Ini menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai motif dan agenda tertentu terhadap kedudukan orang Melayu di negara ini semakin hari semakin lemah dalam serba serbi.

Friday, March 20, 2009

Umno tidak serius menbenteras politik wang

Kes politik wang yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam dihukum oleh Lembaga disiplin Umno macam hukum hudud mengenai hukuman mencuri sebab itu Khairy Jamaluddin yang mengamalkan politik didapati bersalah, tetapi diberi amaran dan masih boleh bertanding jawatan ketua pemuda.

Manakala Mohd Ali Rustam ketua menteri Melaka, naib presiden Umno tidak boleh bertanding, akan tetapi jawatan ketua menteri tidak dilucutkan.

Begitulah hakikatnya. seorang pencuri kerana lapar dan jumlah yang dicuri kecil, tidak dipotong tangannya. Manakala yang mencuri kerana kerja dia mencuri dan jelas kejahatanya maka dia dikena hukum potong tangan.

Demikianlah kes amalan politik wang yang dilakukan oleh Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin.

Jumlah wang yang digunakan oleh Mohd Ali Rustam pasti banyak dan dia seorang naib presiden dan seorang ketua menteri manakala jumlah wang yang diguna oleh Khairy Jamaluddin sedikit berbanding dengan Mohd Ali Rustam, maka hukumannya pasti yang sedikit salah dan diberi amaran dan boleh bertanding.

Isa samad yang didapat bersalah dengan politik wang ketika menang Naib presiden Umno dahulu di gantung tiga tahun dan jawatan Menteri Wulayah persekutuan di lucutkan. Demikian juga apa yang berlaku keatas Datuk Seri Rahim Tamby Chik. Beliau dituduh salahlaku moral telah dilucutkan jawatan sebagai ketua Menteri Melaka.

Inilah penanda aras yang digunakan oleh Lembaga disiplin Umno. Kalau itulah penanda aras sebuah parti yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, bererti tunggu masa dan ketika ia akan hancur, kerana para pemimpin yang akan naik nanti mereka terdiri daripada orang yang beramal dengan politik wang yang sudah menjadi barah dan akan pecah.

Oleh itu tidak salahlah ada yang beranggapan itulah punca BN kalah teruk dalam musim pilihanraya umum ke 12 8 mac 2008. Tanggapan umno akan berubah jika Mohd Najib Razak mengambil alih kepimpinan Umno selepas ini juga meleset.

Kita tidak nafi ia boleh berubah, tetapi berubah daripada jahat kepada lebih jahat, bukan berubah dari jahat kepada lebih baik. Mustahil orang yang beramal dengan politik wang punya niat atau cinta untuk mengubah umno menjadi lebih baik. Lebih jahat barang itulah niat mereka. Mungkin baik untuk diri sendiri dan buruk untuk rakyat dan ahli akar umbi.

Rasuah politik memang baik untuk diri sendiri kerana boleh menang dalam pertandingan, tetapi buruk bagi bagi etika Umno apatah lagi disisi agama islam yang terang terangan salah dan akan duihumban kedalam neraka.

Oleh itu usah rasa hairanlah dengan apa yang berlaku dalam Umno, kerana Umno tidak pernah ambil kira halal/haram didalam perjuangan nasib bangsa Melayu. Umno zaman Tunku membina masjid dengan wang judi. Kalau itulah garis panduan, maka politk wang yang dijadikan amalan hanya perkara kecil sahaja dan tidak mungkin dapat membenterasnya.

Saturday, March 14, 2009

khinzirkan rasuah

Nampaknya masih ramai pemikir, cendekiawan dan aktivis Melayu jahil mengenai umat Islam. Kan Rasulullah SAW sudah berkata, umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang diterima, iaitu yang mengikutnya. Manakala 72 lagi tidak diterima, kerana tidak mengikutnya.

Bukan setakat tidak mengikut Rasulullah, malah mereka itu mempersenda sendakan hukum hakam Allah. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mempersenda sendakan hukum potong tangan (hudud)

oleh itu usaha sekumpulan pemikir, cendekiawan dan aktivis Melayu menyarankan agar rasuah “dikhinzirkan” atau dibabikan supaya orang Melayu di Malaysia menganggapnya jijik tidak akan memberi makna dan arti apa apa pun.

Mengapa saya kata begitu? Apa tidaknya. orang Melayu ada yang makan babi walaupun ianya jijik. Jijik dan haram tidak memberi apa apa arti jika Melayu jenis 72 puak tadi. Apa ada pada jijik, jika mereka tidak takut kepada Allah subha nahu wataala.

Orang Melayu yang takut akan Allah sahaja yang patuh dengan perintah Allah. Melayu yang tidak takut kepada Allah dia tidak kisah pasal jijik atau sebaliknya. Allah Subha nahu wataala yang haramkan babi dan Allah Subha nahu wataala juga yang haramkan rasuah.

Allah haramkan arak, tetapi mereka jenis 72 puak tadi tetap minum arak. Allah haramkan zina, mereka melakukan zina. Allah subha nahu wataala haramkan riba mereka makan riba. Jjadi apalah sangat rasuah yang dikhinzirkan itu.

Allah menjelaskan pemberi rasuah (sogokan) dan penerima rasuah, kedua dua masuk neraka. Mereka yang Islam jenis puak yang satu yang ikut Rasulullah SAW pasti tidak rasuah, kerana takut dengan neraka. maka ditinggalkan amalan itu kerana takut bukan jijik. Tetapi bagi mereka yang berada atas nama 72 puak pasti tidak kisah dengan rasuah yang dikhinzirkan.

Kita faham bahawa Orang Melayu (semestinya Islam) sejak kecil lagi diajar menganggap babi jijik dan menolaknya dalam apa bentuk sekalipun.tetapi Islam jenis apa? Yang jijik dengan khinzir, Islam mereka ialah Islam yang ikut Rasulullah SAW. Yang tidak ikut Rasulullah pasti makan babi, walaupun sejak kecil diajar babi itu jijik.

Oleh itu, menyarankan agar proses pengkhinziran rasuah dimulakan di peringkat tadika dan berterusan sepanjang hayat suatu usaha yang pasti akan jadi sia sia.Lebih lebih lagi bagi orang Islam yang ikut Rasulullah sudah sekian lama menganggap rasuah lebih jijik dari babi.

Mereka yang membuat ketetapan itu dalam sidang sehari berjudul “Bengkel Resolusi Melayu dan Gejala Rasuah” bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya jelas jahil dengan aapa apa yang diharamkan.Setiap perkara yang diharamkan hendaklah ditinggalkan.

Mengapa mereka tidak meninggalkan perkara yang haram? bukan mereka jahil, tetapi mereka terdiri daripada orang Melayu Islam dipihak 72 puak yang tidak ikut Rasulullah SAW.

Apalah sangat dengan Kumpulan Melayu Serdang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.berbanding dengan Rasulullah SAW. Apa apa yang dilarang oleh Rasulullah mereka tidak mematuhinya.

Jadi apalah sangat dengan Dr Mahathir, dan pemikir lain seperti Dr Mohd Nor Ismail, Dr Kamaruddin Kachar, Prof. Makhdzir Mardan, Prof. Dahlan Ismail, Dr Hashim Wahab, Aliasak Ambia, Dr Salleh Mohd Nor dan Syed Barkat Syed Ali yang menandatangani dokumen itu.

Ia hanya dokumen sahaja, sedangkan hadis dan Al-Quran mereka tidak pakai, bukan setakat tidak pakai malah mereka tergamak mempersenda sendakan dengan sewenang wenangnya.

Perintah Allah mereka tidak ikut, apalah sangat dengan sebuah dokumen yang dibuat oleh manusia Melayu yang sudah sekian lama ingkar dengan perintah perintah Allah subha nahu wataala.

Saya setuju dengan usaha mereka menggesa orang Melayu menolak parti-parti politik dan pemuka mereka yang terbabit dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah laku moral, bermula dengan pemilihan Umno hujung bulan ini.

Ia tersangat relevan, kerana jatuhnya kerajaan jenis ini akan digantidengan kerajaan yang mungkin lebih baik sedikit berbanding dengan kerajaan yang ditadbir oleh orang rasuah.

Adalah tersangat tepat mereka mengatakan beberapa calon Majlis Tertinggi Umno, bermula dengan calon jawatan Timbalan Presiden,naib presiden dan presiden sendiri dikenal pasti sebagai mengalami isu moral, termasuk rasuah.

Tidak dinafikan bahawa Perbuatan rasuah dilakukan oleh semua kaum di Malaysia miskinpun dikhinzirkan, kerana mereka yang terbabit itu terdiri daripada orang Melayu Islam yang ditolak oleh Rasulullah SAW. Mereka tidak mengaku mereka itu umatnya.

Wednesday, March 11, 2009

Siasat segera rasuah politik

Kita naik hairan Macam mana ketiga-tiga calon bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan rasuah politik .

Mereka bertiga mahu SPRM menyiasat dakwaan rasuah politik dalam Umno sebelum pemilihan parti berlangsung pada 25 Mac ini, sedangkan Pesuruhjaya pencegah Rasuah Malaysia,Datuk Ahmad Said Hamdan sendiri berkata tiada politik wang dalam Umno.

Tiga calon itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin minta supaya di percepatkan siasatan untuk membersihkan nama baik Umno.

Menurut Pesuruhjaya PRM Datuk Ahmad Said Hamdan, bahawa Umno bersih dari politik wang. Bermakna Umno sekarang ini jelas sudah bersih, kerana tidak berlaku politik walaupun ada 900 aduan diterima.

Maka kata kata Datuk Mukhriz , bahawa perkara itu amat penting dilakukan bagi membersihkan nama baik UMNO selain mengelakkan berlakunya pembaziran masa dan wang jika terdapat pemimpin tertinggi parti terbabit terbukti melakukan kesalahan tersebut, seolah olah macam mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya SPRM.

Ini boleh kita simpulkan bahawa SPRM tidak mengadakan siasatan dan hatta sebarang tindakan. Apatah lagi untuk menyiasat 900 aduan dan laporan yang dibuat. Kalau SPRM bertindak menyiasat mana mungkin Mukhriz mengatakan siasatan dan tindakan lanjut SPRM perlulah berdasarkan bukti kukuh supaya tidak ada individu yang teraniaya.

Ini juga menunjukkan antara 900 aduan yang dibuat itu memang ada bukti kukuh dan bukanlah suatu tuduhan melulu ahli Umno diseluruh negara, kerana tuduhan rasuah memberi gambaran tidak baik kepada parti terutama menjelang pemilihan parti hujung bulan ini.

Yang peliknya macam mana datuk Ahmad said hamdan boleh buat kenyataan yang Umno bersih daripada politik wang, sedangkan ada 900 aduan dan pernah disebut oleh pihak jawatankuasa displin parti?

Oleh itu, seruan ketiga ketiga calon ketua pergerakan pemuda Umno yang akan bertanding nanti agar SPRM perlu mempercepatkan siasatan untuk kebaikan semua pihak supaya tidak ada yang akan menjadi mangsa itu hanya lakonan semata mata.

Mereka berkata pada sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Melaka baru baru ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet di sebuah restoran Rabu lalu kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.

sehubungan dengan itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu telah ditahan oleh sepasukan anggota SPRM setelah menjalankan intipan ketika menerima suapan kira-kira pukul 10.30 malam. Lelaki itu bagaimanapun dibebaskan sehari selepas keterangannya diambil.

Jika betul penahanan itu dibuat bermakna dakwaan berlakunya politik wang dalam umno sah ada asas yang kukuh, tetapi mengapa Ahmad Said Hamdan berkata, umno bersih?

Apa ertinya Mukhriz yang berkata, jika SPRM mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu, maka tindakan awal perlu diambil bagi mengelakkan perwakilan salah memilih calon yang sanggup menggunakan taktik kotor demi kepentingan diri.

Apa makna pendapat yang disuarakan oleh Mohd. Khir bahawa semua pihak perlu memberi kerjasama kepada suruhanjaya tersebut bagi membendung rasuah politik daripada terus menular dalam parti.

Bagaimana pula dengan kata kata SPRM mempunyai etika sendiri. Suruhanjaya itu akan menyiasat semua aduan yang diterima, sedangkan Ahmad said hamdan sudah labelkan umno berish sebersihnya dari politik wang.

Apa pula reaksi dengan kata kata, jika seseorang calon itu terlibat dalam rasuah politik, individu itu terpaksalah menerima hakikat dan bersedia dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib,

Dalam pada itu, Khairy pula berkata, Lembaga Disiplin UMNO seharusnya diberi peranan sebagai pusat rujukan pertama apabila berlakunya sebarang aduan berkaitan pemilihan parti. Ini seolah olah ada benda yang tidak kena terhadap SPRM.

Apa hal dengan kata kata, walaupun kita berterima kasih kepada pihak SPRM kerana prihatin terhadap pemilihan UMNO, tetapi saya percaya Lembaga Disiplin UMNO adalah tempat rujukan utama untuk kes sebegini.

Ini menampakkan yang SPRM tiada bidang kuasa untuk menyiasat dan bertindak keatas Umno.

Ketiga tiga calon yang berada diatas pentas tempoh hari kelihatan begitu berani mendesak SPRM menyiasat dan bertindak Ini jelas mengambarkan yang mereka sah tidak terbabit dengan politik wang.Kalau mereka terbabit mana mungkin mereka begitu berani berbuat demikian.

Pada hal SPRM sudah nyatakan umno bersih daripada politik wang yang bermakna tiada lagi siasatan yang akan dibuat.Malah memang SPRM tidak boleh menyiasat kes politik dalam umno sepertimana yang dinyatakan bahawa makhmah tidak boleh mendengar sebarang kes yang berlaku, hatta yang membabitlam kes politik wang.

Sebab itu ketiga tiga calon ketua pergerakan pemuda Umno begitu berani dan lantang mendesak SPRM menyiasat dan bertindak keatas mereka yang terbabit dengan politik wang. wal hal mereka cuba berlakon untuk memperlihatkan diri masing masing bersih dan tidak berbabit dengan politik wang.

Monday, March 9, 2009

Dia bukan Melayu kalau tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu

Memang ada orang Melayu yang tidak kisah apa para pemimpin buat terhadap bahasa Melayu. Macam dahulu. Orang Melayu tidak kisah sangat pasal tulisan Jawi sudah dihapuskan oleh Umno.

Umno Kata, dia pembela bangsa Melayu, tapi peliknya dia tidak kota yang dia kata.

Saya rasa mereka bukan orang Melayu. Bukan orang Islam.Kalau mereka orang Melayu beragama Islam sudah pasti mahu mendaulat bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Macam Dr Mahathir. Dia bukan Melayu/ Macam Datuk Seri Hisamuddin Huseein. Dia bukan Melayu. Sebab itu dia mahu mendaulatkan bahasa penjajah.Demikian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau dia orang Melayu sudah barang tentu dia tidak setuju mendaulatkan bahasa penjajah. Juga Datuk Seri Najib Razak, ketika bercakap tak sah kalau dia tidak sebut ”kata orang putih ”.Ini menunjukan dia mendewa dewakan penjajah.

Ini menunjukkan otak mereka masih dijajah, sebab itu tidak suka mendaulatkan bahasa Melayu.

Profesor Engku Aziz berpendapat, orang Melayu mudah faham belajar apa apa ilmu dalam bahasa sendiri, tapi bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan,kerana ia penting.

nampak sangat Dr. Mahathir berusaha sedayaupaya untuk mengkhianati orang Melayu.

Munasabah sungguh kata Tengku Razaliegh Hamzah bahawa Umno pengkhianat Melayu . Khianatlah tu, apabila bahasa Inggeris didaulatkan dan bahasa Melayu cuba pinggir dan dikuburkan sepertimana terkuburnya tulisan jawi.

Kita masih ingat ini yang menyebabkan kebanyakan pelajar Melayu tidak reti baca jawi. Oleh itu ramailah yang tidak tahu baca Quran dan tidak reti solat.Ada antara pelajar kita tidak reta bacan Fatihah.

Apabila bahasa Inggeris didewa dewakan sudah pasti orang Melayu akan lupa asal usul mereka. Lebih lebih lagi mereka tidak solat, maka jadilah mereka macam orang Kristian yang seadang berusaha dengan sedaya upaya mengambil nama Allah digunakan dalam penerbitan.

Dengan mudah dakyah Kristian memasuk jarum untuk memgkristian orang Melayu. Lebih lebih lagi Umno sudah sekian lama mengatakan ”agama sama sahaja”.
Begitulah tindakan orang kafir yang pernah disebut oleh Allah bahawa mereka tidak akan ”redha” dengan orang Islam selagi orang Islam tidak mengikut kehendaknya.

Friday, March 6, 2009

Ahmad Said mahu Makmurkan masjid?

Terima kasih dan tahniah kepada kerajaan Terengganu yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.

Kenapa mesti ucapkan terima kasih dan tahniah. Tidak lain dan tidak bukan, kerana kerajaan yang di perintah Menteri Besar yang suka maki memaki ini mahu jadikan masjid sebagai pusat memupuk ukhwah.

Begitulah kehendak Islam, tetapi malangnya tidak demikian,

Bagaimana pun hala cara Ahmad Said memang baik dan dituntut oleh Islam dan inilah yang wajar di laksanakan agar mesjid kita menjadi makmur.

Apa pun kalau mahu kepada manis pasti gulalah yang dipilih. Kalau mahu masin, pasti garamlah yang di pilih.

Memang betul kalau mahu manis gulalah yang mesti dipilih. Demikian juga kalau mahu masin, garamlah yang dipilih. Akan tetapi kita kena ingat gula merbahaya pada orang yang mengidap kencing manis. Kita juga kena ingat, garam juga membahayakan pada orang yang mengidap darah tinggi.

Pendek kata pendekatan yang harus diambil mesti hati hati dan cakap juga jangan sebarangan, kerana terlanjak perahu boleh ditarik balik, tetapi terlanjak cakap sukar untuk ditarik balik.

Saya percaya hala cara ukhwah kerajaan pimpinan Ahmad Said cukup baik dan tepat pada masanya, malah semua rakyat Terengganu mengalu alukan usaha yang diwar warkan itu.

Kita sedia maklum bahawa hampir seluruh masjid yang besar saiz dan cantik cantik belaka di seluruh negeri boleh dikatakan tiada jemaah yang mendirikan solat lima waktu kecuali solat jumaat sahaja.

Inilah yang membuat Datuk Rahin Said pengerusi jawatankuasa belia dan sukan menyuarakan pendapat supaya mesjid menjadi wadah ukhuwah Islamiah. Ini juga membimbangkan pihak kerajaan terhadap belia yang semakin hari semakin jauh dengan mesjid.

Sesungguhnya itulah yang membimbangkan dan menjadi harapan semua rakyat, agar masjid yang dibina mempunyai tujuan dan matlamat untuk memupuk ukhwah Islamiah bukan untuk tujuan lain.malah ianya berfungsi membentuk sahsiah generasi masa depan negeri.

Tidak dinafikan pembinaan masjid ”kristal” yang dibina di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man bertujuan untuk menarik pelancong. Atau dengan kata lain tujuan pelancongan yang barang kali telah di pertikaikan oleh hampir semau rakyat Terengganu sehingga hari ini.

Sehubungan dengan itu, ada juga masjid yang dibina oleh pembangkang dirobohkan oleh Ahmad Said sendiri atas alasan didirikan atas tanah milik kerajaaan yang disifatkan sebagai haram.

Persoalan yang timbul betul ke kerajaan Terengganu bermatlamat untuk memakmurkan masjid dan dijadikan tempat ukhwah Islamiah.

Kalau benar benar bertujuan demikian, mana mungkin iman dan bilah yang dilantik oleh kerajaan PAS dahulu habis dipecat. Apakah orang yang menyokong pas tidak memenuhi syarat untuk jadi iman dan bilal.

Tindakan memecat iman iman dan bilal bilal yang dilakukan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, membuat semua masjid di seluruh negeri menjadi haru biru.Bukan setakat itu sahaja malah ahli jawatan kuasa masjid turut menjadi mangsa politik sempit Umno

Kerajaan Terengganu yang diterauji oleh Ahmad Said wajar melakukan sesuatu terhadap apa yang dilakukan oleh matan menteri Besar yang berjiwa besar mengubah minda rakyat serta memahat sejarah agar impian tidak pernah menjadi realiti.

Jangan hanya sekadar cakap mahu memakmurkan mesjid, sedangkan apa yang dilakukan bukan kearah itu.

Sewajarnya ”kotalah apa yang di kata” baru rakyat memberi sokongan penuh dan menghindarkan prejudis.

Paling menyedihkan kita imam dan bilal yang di kekal hanya mereka yang terdiri daripada kalangan daripada penyokong penyokong umno sahaja, sedangkan Qariah masjid terdiri daripada orang berlatar belakang pelbagai parti.

Yang paling pelik lagi ada iman iaman dilantik dan jelas tidak betul membaca ayat ayat Allah,tetapi masih dikekalkan juga, kerana mereka orang Umno konon.

Kalau pihak kerajaan mahu supaya masjid dimakmurkan buat sesuatu yang boleh membetulkan kesilapan lalu, termasuk membuat pemutihan terhadap iman yang bermasalah yang sering menjadi sungutan Qariah sesebuah masjid sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan PAS ketika memerintah dahulu.

Ketika membuat pemutihan imam imam yang tidak betul membaca ayat ayat Allah diberhentikan, termasuk imam imam yang lanjut usia juga turut terbabit tanpa mengira latar belakang parti yang mereka anggotai.

Imam imam waktu Pas mengambil alih kerajaan Terengganu tahun 1999 boleh dikatakan tidak ada seorang pun dari penyokong Pas .Pendek kata semua imam dan bilal bilah adalah orang Umno.Mereka kekal jika berkelayakan.

Tetapi malangnya imam imam dan bilal melalui pemutihan dan yang baru dilantik apabila kerajaan PAS tumbang, habis dipecat atas alasan mereka orang pembangkang dan tidak layak menjadi imam dan bilal.

Atas sebab itulah hampir seluruh masjid semakin jauh dari dapat dimakmurkan, malah ukhwah dikalangan ahli Qariah sesebuah mesjid jadi haru biru.Kedudukan Qariah satu satu masjid menjadi kicar kacir. Lebih lebih lagi hal seumpama ini diambil alih oleh JKKK yang dikatakan bermasalah.

Amat malang sekali masjid yang kebanyakan bersaiz besar dan cantik cantik belaka itu tiada jemaah solat lima waktu, kecuali masjid negeri daerah daerah sahaja, seperti masjid Ladang Kuala Terengganu, masjid Putih Kuala Terenggganu masjid Cukai Kemaman, masjid Dungun.

Penulis pernah singgah solat maghrib di masjid kubah biru Paka. Bayangkan sebuah masjid yang besar tetapi hanya satu syaf sahaja jemaahnya. Ini mengambarkan bertapa jauh orang kita dari rumah Allah.

Saya rasa negeri Terengganu yang diberi jolokan terengganu darul iman harus berbuat seuatu agar masjid yang dibina begitu banyak serta cantik cantik belaka dapat dimakmurkan.

Nyahlah politik kotor yang diamalkan selama ini. Tiada salah melantik imam dan bilal kalangan orang parti pembangkang sedangkan mereka terdiri daripada orang yang benar layak mengikut kaedah Islam.

Adalah menjadi suatu kesalahan besar jika melantik orang yang tidak layak, kerana melatakan suatu benda tidak kena pada tempatnya. Malah itulah yang disebut sebagai tidak adil dan zalim.

Kalau mahu masjid dimakmurkan laksanakan apa yang diajar oleh Islam dan tinggal politik sempit yang dijadikan amalan selama ini. Mudah mudahan apa yang diharap harapkan oleh Ahmad Said, beroleh kejayaan, Amin.

sekian..................

Tuesday, March 3, 2009

jangan mudah percaya dengan orang Umno

“.....looking back, I can say I’m better than the previous MB.” (Menoleh ke belakang, saya boleh mengatakan saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu).

Bagi saya berkata saya lebih bagus suatu yang sangat tidak baik dari segi kaedah peribadi, kerana Allah pernah menyatakan jangan berkata kami sudah beriman, sedangkan kamu belum lagi diuji.

Imam Al Ghazali pernah berkata sesiapa yang mendakwa dirinya “baik” maka bermakna mereka yang mendakwa itu tidak sepertimana yang didakwa.

Hal ini dapat kita sesuaikan dengan ayat Allah yang bermaksud: ”jangan kamu berkata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum di uji.”

Berkata (Tan Sri Khalid Ibrahim) saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu ( Datuk Seri Khir Toyo) tidak harus keluar dari mulutnya.

Perkataan yang patut keluar dari mulut Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjawap soalan blogger Rocky’s Bru (Ahirudin Atan) sepatutnya berbunyi begini: Khir Toyo lebih bijak dari saya kerana gondol Bukit Cahaya Alam dan beri rumah kepada Exco sebuah setiap seorang.

Memang Khir Toyo boleh buat apa sahaja yang dia suka, kerana SPRM duduk dibelakangnya. Laporan media, SPRM terjun tak bertangga menyiasat.

Laporan Polis yang di buat ADUN PKR mengenai tawaran RM 20 juta untuk lompat parti tidak dilayan.Itulah PSRM yang baru. 2X5 juga. Demikian juga kehakiman.

Pendek kata apa yang di buat orang Umno semua betul walaupun salah. Apa yang dbiat oleh PKR walaupun betul tetapi semuanya salah.

Hal ini sama apa yang penrah dilakukan oleh Umno terhadap kerajaan Terengganu yang terajui oleh PAS dahulu. Apa yang buat oleh EXCO PAS semuanya disiasat sampai dalam kelabu.

Tun Salleh Abas dikata salah gunakuasa kerana membawa kereta EXCO ke Kebun Durian. Pada hal kereta EXCO boleh digunakan oleh EXCO kemana sahaja yang disukai. Itulah kerja orang Umno sehingga membuat kerajaan PAS tercalar.

Demikian juga dengan apa yang di alami oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit dengan kereta peribadi yang dikatakan salahgunakuasa. Pada hal seorang menteri boleh guna wang kerajaan untuk baiki kereta peribadi disamping kereta rasmi.

Mantan Menteri besar Terengganu (Datuk Wan Mukhtar Ahmad) ketika menerajui Terengganu mengunakan lima buah kereta tidak dikata salah gunakuasa pun, malah mereka tidak pernah disiasatpun selama menjadi menteri besar.

Dalam sejarah Mantan Menteri Terengganu pernah disiasat oleh BPR . Apa yang berlaku? 7 orang pegawai BPR Terengganu ditukar ke Johor. Itulah bahananya.
Oleh itu jangan bimbang wahai Menteri Besar Selangor.

Pasrahlah, berserahlah kepada Allah, kerana Allah sentiasa bersama orang yang beriman. Kuatkan iman kerana Allah mentadbir kerajaaan langit dan bumi.Kita kena tunjuk peribadi yang terbaik dan jangan gelabah dan latah, kerana gelabah dan latah itu menzahirkan sifat ketidak bijaksanaan seseorang.

Lakukan apa yang betul dan jangan sekali lakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak Allah. Saidina Umar pernah berkata: Musuh lakukan maksiat dan kita juga lakukan maksiat, maka musuh akan menang. Ingat, jangan sekali sekali buat maksiat.


Dan jangan lupa dengan pegawai kerajaan, kerana mereka orang Umno yang mahu tidak mahu pasti banyak melakukan sabotaj sepertimana yang di lakukan terhadap kerajaan Kelantan dan Terengganu dahulu.

Jangan mudah percaya dengan apa yang dilakukan dan dipersetujui sepertimana Mengenai perkembangan terakhir penyiasatan rasuah/pecah amanah yang dikata ada bukti kukuh oleh PSRM, sedangkan kamu kata kamu tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) atau mana-mana anak syarikatnya menghantar lembu korban ke kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak.

Jangan mudah percaya dan berhati hatilah dengan persetujuan Pegawai Kewangan Negeri bagi menggunakan kereta Lexus Rx milik peribadinya sebagai “kereta rasmi” dengan kerajaan membayar kos minyak dan penjagaan.kerana ini mungkin suatu perangkap untuk menjerat.

Hal ini pernah dilakukan oleh pegawai kerajaan negeri Terengganu terhadap mantan menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004) yang tidak ambil elaunnya dikata berbohong, sedangkan elaun yang diperuntuk itu memang tidak diambilnya menurut Ketua Kerani Tingkat 16 Wisma Darul Iman, yang kebetulan kawan akrab saya.