Tuesday, March 31, 2009

Mengapa mesti hairan dengan tindakan Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad dikatakan sepatutnya menghadiri majlis cukur rambut cucunya di Sri Hartamas, Damansara pada tengah hari 28 Mac 2008, apabila keluar dari rumahnya di Cyberjaya.

Bagaimanapun, apabila masuk ke dalam kereta kira-kira jam 11.40 pagi hari tersebut, Dr Mahathir tanpa perancangan atau memberitahu pembantunya, meminta pemandunya untuk terus ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Ke-59, kerana majlis cukur rambut cucunya dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang.

Kehadirannya di dalam Dewan Merdeka PWTC kira-kira 45 minit kemudian, dikatakan bukan saja mengejutkan perwakilan, pemerhati dan ribuan hadirin yang membanjiri sekitar ruang bangunan itu, malah jutaan rakyat yang mengikuti perhimpunan berkenaan secara langsung menerusi televisyen turut teruja.

Semua mata terpaku ke arah bekas Perdana Menteri itu yang berkemeja berwarna ungu berjalur serta seluar hitam, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datin Seri Rosmah Mansur dan bersama tetamu kenamaan lain di aras lima Dewan Merdeka.

Ketika itu, Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang menggulung perbahasan, menghentikan seketika ucapannya dan mengumumkan ketibaan Tun Dr Mahathir, disambut tepukan bergemuruh perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Episod itu tidak berhenti di situ dan sebaik berakhirnya perhimpunan lebih sejam kemudian, Dr Mahathir diiringi ke atas pentas sambil dewan sekali lagi gemuruh dengan tepuk, terutama ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakap Dr Mahathir, diikuti Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain yang turut mencium tangan bekas presiden Umno selama 22 tahun itu.

Kejutan itu dikatakan telah memberi suntikan semangat kepada ahli Umno, ditambah pula oleh ajakan Muhyiddin supaya Dr Mahathir masuk semula secara rasmi ke dalam Umno, diikuti ucapan penggulungan Najib kemudian yang mengajak Abdullah dan Dr Mahathir bersama-sama membincang masalah dan masa depan parti.

Semua itu dikatakan membuktikan keazaman untuk melihat Umno kembali kukuh dan mengetepikan sebarang sengketa sesama sendiri, apatah lagi membabitkan pemimpin.

Demikianlah peristiwa yang berlaku secara tiba tiba yang dianggap jarang jarang berlaku. Tetapi kita harus ingat tidak ada perkara mustahil dalam politik tanah air. Musuh boleh jadi kawan yang akrab- kawan yang akrab boleh jadi musuh ketat.

Persoalan yang timbul kini, mengapa Tun Mahathir boleh buat begitu, sedangkan ia sendiri berikrar tidak akan hadir ke perhimpunan Agung Umno kali ke 59. Tiba tiba hari akhir dia muncul dan mengejutkan semua pihak. itulah yang dinamakan manusia. Apa yang hendak dihairankan, kerana manusia boleh kata baik pada yang buruk dan buruk pada yang baik berdasar hawa nafsu masing masing.

Jika kita faham dengan firman Allah yang bermaksud: ” perempuan yang berzina dengan lelaki b yang benzina” sudah barang tentu tiada apa yang luar biasa dengan apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tempuh hari.

Apa tidaknya? Tun Mahahtir sendiri pernah menyatakan yang dia setuju dengan perwakilan yang memilih Tan Sri Mahyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno yang baru dan sangat kecewa dengan kemenangan Khairy Jamaluddin yang jelas dan nyata terbabit dengan politik wang.

Kalau Allah kata perempuan yang berzina dengan lelaki yang berzina, bermakna Tun Mahahtir juga apa kurangnya. Dia Memang sekufu dengan Muhyiddin. Semasa menjadi perdana menteri dia banyak melakukan kemungkaran terhadap orang Melayu, termasuk melakukan mungkar terhadap raja raja Melayu dan raja raja Melayu dilondehkan sehingga tinggal seluar dalam sahaja.

Sebelum bersara Tun Dr Mahathir melakukan pengkhianatan terhadap bahasa Melayu yang menjadi kemarahan yang amat sangat pakar bahasa yang memerah otak mencipta peristilahan sains dan matematik dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Namun demikian tidak hairanlah jika Tun Mahahtir Muhammad masuk semula Umno setelah keluar kerana benci yang amat sangat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak ikut nasihatnya atau dengan kata lain Abdullah ketika baru sahaja dilantik sebagai perdana menteri telah meg nyah kan segala projek dan perancangan yang dibuat oleh Tun Mahathir, termasuk membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura.

Ini tidak ada kena mengenai dengan Saf baru kepemimpinan seperti disarankan Najib yang dikatakan telah diterjemahkan perwakilan apabila memilih barisan penjawat tertinggi dalam parti yang dilihat berupaya membantu Presiden baru dalam usahanya bukan saja memperkuatkan Umno, malah mengikis tanggapan buruk masyarakat terhadap parti berusia 63 tahun itu.

Rakyat tetap beranggapan Umno masih buruk, kerana yang yang jelas dan nyata terbabit dengan politik wang di pilih menjadi ketua pemuda, pendokong fahaman Islam lebralisme di pilih sebagai ketua wanita dan tokoh yang pernah melakukan kemungkaran semasa menjadi menteri besar Johor di pilih sebagai timbalan presiden. Itulah realitinya tidak dapat dinafikan lagi. hendak pilih Tan Sri Mohammad Mohd Taib pun serupa walaupun tidak sama.

Pendek kata setakat hari ini tiada pemimpin Umno yang tidak melakukan kemungkaran, termasuk terbabit dengan politik wang sama ada jumlahnya sahaja yang berbeza yang meyebabkan lembaga disiplin Umno menjatuhkan hukuman yang juga berbeza.

Khairy didapati bersalah dan diberi amaran tetapi masih boleh bertanding. Manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga didapati bersalah dan tidak boleh bertanding tetapi masih kekal sebagai ketua menteri Melaka.

Sebaik sahaja perhimpunan agung itu selesai, Dr Mahathir dikerumuni orang Umno hingga laluannya keluar tersekat-sekat apabila ramai ingin bersalam, menyebabkan masa diambilnya 30 minit itu menjanjikan suatu perubahan atau umno rebah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti setelah Mahyiddin Yasin, ketua pemuda, ketua wanita ketua puteri dan naib naib presiden berikrar taatsetia kepada ketua.

Apakah betul dengan kata kata Tan Sri Mahyidin Yassin yang dia akan jadikan dirinya sebagai orang nombor dua dan tidak sekali kali akan jadikan dirinya orang nombor satu yang barang menimbul pelbagai persepsi dan reaksi sedikit hari nanti.

Percayalah bahawa TUN Mahathir tidak akan berdiam diri jika Tindakan Najib sama dengan tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri nanti.

No comments: