Ada orang cakap pada penulis, Tun Abdullah Ahmad Badawi
tidak takut pun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pakatan rakyat.
Penulis cakap sudah tentu ada sebab musabahnya. Betul tu,
memberi jawpan sambil menyatakan yang takut itu mesti dia buat salah.
Oleh itu, tiada sebab mengapa Tun Abdullah Ahmad Badawi
mesti takut dengan Anwar,sedangkan dia tak buat salah, malah dia selamatkan
Anwar.
Ingat tak dulu, betapa marahnya Tun Mahathir Mohamad kepada
Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehingga tergamak kata huduh huduh dan keluar umno
serta berkata yang dia tak akan masuk semula umno jika perdana menteri ke 5
masih kekal jadi presiden.
Bukan setakat itu sahaja, malahan di label umno sebagai
sebuah parti yang buruk dan busuk ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi
presiden.
Menantu Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menang
Ketua Pegerakan pemuda Umno diharamkan
memegang sebarang jawatan, sedangkan Datuk Razali Ibrahim timbalan ketua pemuda
di lantik timbalan menteri.
Lagi pelik, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah ketua
pergerakan pemuda dapat jawatan timbalan
menteri industeri antarabangsa.Pelik kan.Itulah kehendak Tun Mahathir Mohamad.
Memang kesian sungguh dengan Tun Mahathir.Kesian kerana
terlalu takut dengan Anwar Ibrahim bakal dilantik perdana menteri jika
pembangkang menang PRU 13 ini.
Kalau dia tak takut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mana mungkin
keluar perkataan macam macam yang tak masuk akal, termasuk tak boleh lantik dia (Anwar) sebagai perdana menteri jika
pembankang menang PRU 13 ini.
Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau berkata Anwar
Ibrahim tidak layak jadi perdana menteri, kerana aklahknya.Lebih lebih lagi
syura ulamak PAS menolak Anwar sebagai perdana menteri Jika pakatan rakyat menang.
Antara lain beliau berkata, orang macam itu nak lantik jadi
perdana menteri.Ini menujukkan Tun Mahathir sangat takut.Maklumlah orang pernah
buat salah.
Mengapa perlu takut dengan Anwar. Kan UMNO boleh menang mudah
PRU 13 ini.
Rakyat kenal siapa Tun Mahathir dan siapa Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Kan Anwar pernah dilantik sebagai timbalan perdana dan menteri kewangan.
Orang nombor dua katakan.Beliau Sudah ada pengalaman yang cukup layak dilantik sebabagi perdana menteri
ke -7
Ini pernah dinyatakan sendiri Tun Mahathir bahawa umno/BN
boleh menang 2/3 Pru 13 ini. Jadi tiada sebab mengapa mesti takut dengan Anwar,
sedangkan dia sudah nyatakan yang dia tidak akan berdendam.
Bukan macam umno dendam mendendam amalan yang hakiki. Kalah
di Terengganu royalty minyak ditarik balik.
Boleh lihat dengan kerajaan PAS Kelantan,Apakah yang
dilakukan dengan kerajaan yang
memerintah semalam 20 tahun itu.
Di tuduh dengan pelbagai tuduhan, termasuk memburkkan
petadbiran, sedangkan umnolah punca segala galanya. segala projek dilambat
lambatkan, termasuk menafikan royalty minyak.
Lihat sahaja di Terengganu. 50 ribu Lot tanah yang diberi
kepada rakyat Terengganu dirampas semula jika orang itu orang PAS.
Bukan setakat itu sahaja, tanah yang sudah dibayar
perimiumnya juga ditarik balik, termasuk dihilang nama pemiliknya dalam
computer pejabat tanah seluruh negeri.
Inilah kerja dendam
yang dilakukan oleh umno yang boleh menakutkan rakyat sehingga hari ini.
Membuat rakyat entah berentah untuk mengundi pembangkang.