Sunday, December 27, 2015

Betul ke musuh sayang kita?



Penulis bertemu dengan kata kata yang berbunyi: musuh sayangi kita.Mungkin kata kata itu terbit dek umno dah hulur tali untuk bekerjasama. maka umno bukan lagi musuh  tradisi PAS .

Lebih lebih lagi dalam perhimpunan agung umno lepas pas tidak diserang sebaliknya DAP pula yang jadi mangsa serangan berkala umno.

Bagaimana pun sesetengah pemimpin pas tetap mengatakan umno adalah musuh pas sampai kiamat. Sampai begitu sekali fahaman pas terhadap umno.

 Mengapa tidak?  Kerana umno setakat hari ini masih  enggan menerima ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang difahami pucuk kepimpinan Pas.

Pucuk kepimpinan umno pula menganggap umno telah mengamalkan islam sebenar dengan konsepsi wasatiyyah yang dicanang sedemikian rupa oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Persoalan kini umno adalah musuh tradisi pas mula  sayang dengan kita (pas) betul ke umno sudah sayangi pas.Amat tidak munasabah musuh sayangkan musuh. Pelik.

Sesetengah  mengatakan mustahil musuh boleh sayangi musuhnya. tetapi kita kena ingat tidak mustahil musuh boleh sayang musuhnya.

Mengapa tidak? Kerana  Allah menegaskan dalam Al Quran orang orang kafir sayang orang Islam yang lali. Demikian penjelasan Allah kepada manusia akan sikap Kafir terhadap orang Islam yang lalai.

Jangan salah faham pula, kerana ayat Allah diatas itu tidak bercanggah dengan ayat Allah yang bermaksud:  orang orang kafir tidak sekali sekali akan setuju dan suka dengan kamu (wahai Mohammad).

 Mengapa musuh Allah (kafir) boleh benci dengan orang orang Islam? Kerana mereka yang dibenci itu tak ikut agama kafir. Manakala kafir suka dan sayang dengan musuhnya kerana mereka lalai dan ikut cara hidupnya. (kafir).

 Kafir sayang dan suka dengan orang orang islam yang lalai. oleh itu, tidak mustahil pucuk kepimpinan umno sayangi pas, kerana pas kelihatan sudah duduk dalam keadaan sedikit lalai.

sebelum ini Pas boleh bertahaluf siasi dengan DAP (kafir Harbi).Tak kan tak boleh bertalahuf siasi dengan umno pulak.

Dan kini Pas masih bertahaluf siasi dengan PKR  parti yang juga enggan menerima hudud yang diperjuangan oleh PAS selama ini.

Lebih lebih lagi ketua umum parti itu adalah seorang yang jelas berfahaman Islam liberal yang sangat berbahaya terhadap perkembangan pergerakan islam di malaysia ini.

Jadi jika PAS boleh bertahaluf siasi dengan parti seumpama itu maka tidak mustahil Pas boleh bekerjasama dengan umno/BN  yang cuba berjinak jinak dengan ajaran islam syumul.

Sunday, December 20, 2015

Tak munasabah DR Mujahid tak faham



Tidak ada niat hendak aibkan orang orang yang ada gelaran PHD agama. Lebih lebih lagi Dr Mujahid yang penulis anggap sangat faham dengan Islam sebaliknya tak faham bahasa melayu bahasanya sendiri.
  
Maka sesungguhnya saya ingin nyatakan apa yang dia katakan itu sangat salahfaham dengan perkataan "kamu'“ kamu ada individu bukan kerajaan yang memerintah

Yang dikatakan janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang adalah khususiah kepada individu iaitu sesiapa atau barangsiapa atau seseorang atau golongan yang bukan pemerintah.

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?,

Mustahil DR Mujahid tak faham perkataan seseorang. seseorang bukan kerajaan yang diamanahkan memerintah sesebuah negara. Nyata, Allah melarang seseorang mengintip dan tidak kepada sebuah pemerintahan.

pada saya, orang tak sekolah tinggi pun boleh faham dengan bahasa yang cukup mudah dan senang difahami itu, Macam mana seorang yang mengajian tinggi hingga dapat ijjazah kedoktoran (PHD) tidak faham benda yang semudah itu.

Seperkara lagi bahasa mudah dan senang difahami kebanyakan orang orang Melayu juga tidak difahami oleh beliau iaitu perkataan ”‘Tidak ada paksaan dalam beragama".

kebanyakan orang orang Islam mengaku beragama islam di Indonesia memahami perkataan tersebut,bahawa (Kita) ibubapa tidak boleh paksa anak anak mereka pilih agama islam yang dianutinya.Mereka membiarkan (tidak boleh paksa) anak mereka memilih agama atas sebab tidak ada paksaan dalam beragama.

Itulah yang difahami oleh orang orang yang mengaku islam di Indonesia sehingga lahir generasi baru yang berfahaman islam leberal dan bercanggah dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Hari ini di Indonesia dalam satu keluarga ada yang pilih agama kristian, ada yang pilih agama Budha dan ada yang pilih Islam atas sebab ibubapa mereka tidak boleh paksa dalam beragama.

Ibubapa tidak boleh paksa anak anak mereka dalam beragama. Munasabahkah ibubapa yang mendirikan rumahtangga hilang tanggungjawab menentukan pegangan hidup beragama Islam kepada  anak anak yang dilahirkan,

Sebagaimana perintah Rasulullah SAW agar  menyuruh anak anak solat ketika usia 7 tahun dan merotan anak anak diusia 10 tahun yang tak solat.Jika ibubapa tidak ada tanggungjawab mendidik dengan pendidikan agama, maka lahirlah genarasi dajjal dimuka bumi Allah ini sepertimana yang berlaku sekarang.

Lebih lebih lagi, para nabi yang diutuskan Allah kepada kaum kaum mereka garis panduannya ialah hendaklah kamu menyembah Allah iaitu mentauhidkan Allah, bukan syirik kepada Allah.

Ayat Allah itu, bahawa Kita tidak boleh paksa orang orang kafir masuk Islam, hatta kerajaan juga tidak boleh paksa orang orang kafir menganut agama Islam, Akan tetapi kerajaan boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka yang menentang dan menberontak sesebuah kerajaan Islam.

Thursday, December 17, 2015

Tanya akar umbi pas


Salah seorang akar umbi PAS Kuala Terengganu tanya penulis pasal umno ajak pas bergabung (menyertai) parti yang memerintah kerajaan satu Malaysia itu.

Nampak pada rauh wajahnya dia kelihatan tidak kisah sangat dengan Pas mahu bergabung dengan umno/BN yang disensasikan selepas perhimpunan Agung umno lalu.

Tidak jawap pun tak kena, jawap pun tak kena juga.kerana sama ada mahu bergabung atau tidak itu adalah hak Pas bukan hak sesiapa.PASlah yang akan menentukannya.kita hanya tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

Akan tetapi naib presiden PAS ustaz Idris Ahmad sudah beri jawapan bahawa Majlis Syura Pas tidak perlu membincangkan mengenai kerjasama Pas dengan Umno kerana itu bukan perkara penting bagi parti itu.

Bermakna bekerjasama pas dengan umno itu bukan suatu yang utama dan tak penting pun, sebab itu, Idris Ahmad berkata, tiada persidangan akan dibuat badan tertinggi Pas itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah jelas.

Memang pucuk kepimpianan memahami akan hakikat sebenar, akan tetapi akar umbi kebanyakan masih ada yang keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh musyidul Am dan presiden. Lebih lebih lagi Timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man semacam menafikannya.

Pertanyaan salah seorang akar umbi Pas dari Kuala Terengganu bukan mengenai pas kerjasama dengan umno, tetapi mengenai pas bergabung dengan umno, iaitu menyertai semula macam dahulu..

Penelitian penulis sesungguhnya antara kerjasama dengan bergabung tetap berbeza. Kerjasama hal yang lain manakala bergabung yang lain.Bekerjasama mudah, tetapi bergabung teramat payah. Hal ini pernah dipertegaskan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Penulis percaya Pas boleh bekerjasama bila bila masa jika diminta dan malah sudah dinyatakan oleh Datuk Mustafa Mohammad bahawa kerjasama pas dan umno sudah berlaku selama dua tahun dah.

Kita boleh nilai dengan kata kata ustaz Idris Ahmad bahawa "Tiada keperluan untuk kita (Majlis Syura) bersidang tentang perkara itu (kerjasama dengan Umno) kerana ini bukan keutamaan parti dan bukan perkara penting."Lagipun isu ini bukan benda baharu, sudah beberapa kali disebut,"

Persoalan ini timbul, atas sebab Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap ketika merasmikan perhimpunan Agung  parti itu baru baru ini menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk mereka bekerjasama.

Bagaimanapun, priseden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam responsnya berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama dengan parti itu sekiranya Umno mahu kembali kepada landasan Islam sebenar.

Itulah syarat yang diletakkan oleh Presiden PAS  sebagai batu asas untuk pas dan umno bergabung semula setelah ditendang dahulu. Bukan kerjasama, kerana kerjasama sudah dua tahun berlaku. Ini bergabung atau menyertai semula dalam BN.

Menurut Ketua Dewan Ulama Pas pusat, Datuk Mahfodz Mohamed, Pas Pusat sudah mengadakan mesyuarat beberapa hari lalu dan perkara itu sudah dibincangkan.

"Kita sudah bincang dalam mesyuarat itu. dan apa yang dinyatakan Presiden itu disokong oleh semua yang hadir. Jadi kenyataan itu sudah jelas dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura lagi," katanya.

Betul pucuk kepimpinan sudah jelas akan hakikat itu, akan tetapi pihak akar umbi pas masih keliru, miskipun kebanyakan tidak kisah sangat dengan Pas yang mahu bekerjasama dengan umno itu.

Pada hemat penulis masih ada yang teramat berat untuk memnerima dan membenarkan pas bergabung dengan umno kerana umno ketika terdesak boleh menunaikan apa sahaja syarat yang kenakan pas demi kelangsuangan dan kesimnambungan parti yang diterajui oleh perdana menteri yang berjiwa besar dan bernafsu besar itu.

Sesungguhnya menurut Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Majlis Syura akan bersidang sekiranya ada perkara baharu yang memberi kesan besar kepada parti.

Penelitian penulis ajakan presiden umno tempohari itu disambut dengan serius bukan suatu yang main main dan ada responnya tidak sepertimana sebelum ini. Oleh itu ajakan priseden umno kali ini bukanlah ajak ajak ayam.

Dalam satu temu bual bersama BernamaTV, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendedahkan Najib akan bertemu dengan Hadi dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.

Katanya, pertemuan itu nanti satu perkembangan positif susulan tindakan Umno yang mahu menghulurkan silaturahim kepada Pas.

Kesimpulannya tidak mustahil pas dan umno akan bergabung semula suatu masa nanti jika umno   bersetuju dengan syarat umno kena kembali kepada landasan yang sebenarnya yang diletakkan oleh presiden Pas itu dan ahli akar umbi boleh setuju dan taatsetia jika ia boleh menyelamatkan bangsa Melayu, agama islam dan negara dari dijajah semula.



Thursday, December 10, 2015

Yahudi bangga dengan gelaran itu



Orang Islam sangat marah apabila digelar munafik. Apatah lagi dikatakan kafir. Akan tetapi, Yahudi sangat berbangga dengan gelaran itu.

Mengapa tidak. Kerana  kebanyakan manusia yang ada diatas muka bumi ini ikut jejak langkah Yahudi laknatullah itu.

Yang peliknya orang islam yang ikut jejak langkah yahudi merasa tidak bersalah melakukan kesalahan menurut persepktif Islam.

Yang menghairan kita mereka boleh kata saya rasa saya tak bersalah dan tiada kesalahan apa yang saya lakukan itu.

Kelaziman seorang dictator, memang mereka tidak rasa bersalah miskipun yang dilakukan itu salah menurut persepaktif islam.

Yang pelik lagi mereka boleh berkata apa yang  dia lakukan itu tidak salah dari segi undang undang dan perlembagaan Negara.

Yang paling pelik lagi ada pihak berkuasa  boleh setuju dengan dakwa mereka tidak bersalah sedangkan salah menurut persepktif Islam.

Nampak dengan jelas mereka ini merasa bangga dengan kesalahan yang dilakukan, macam juga yahudi yang merasa tak bersalah membunuh rakyat palestin.

Pelik lagi sudah ada orang Islam yang menyokong yahudi dengan mengatakan yahudi tidak beraslah. Tak kisah sangat dengan dakwaan ada yahudi yang baik, iaitu yahudi Ahli Kitab.

Setahu penulis mana ada yahudi yang jadi ahli kitab, sedangkan kitab Injil Zabur dan taurat yang Allah turunkan kepada nabi Isa AS , Daud AS dan Musa AS diubah dan diselewengkan.

Dan dibuat agama hawa nafsu yang disebut oleh Allah dalam ayat 120 surah Baqarah bahawa agama mereka adalah agama yang dipesongkan.

Yang termat sedih, ada sesetengah  berkata (bohong) bahawa yahudi dan Nasrani bukan musuh sebenar islam dan tak percaya dengan penegasan yang Allah Buat dalam Al Quran.