Catatan ini
saya tujukan khas kepada perdana menteri, menteri kewangan Datuk Seri Mohd
Najib Razak yang menwar warkan cogan kata rakyat
didahulukan.
Saya
tergerak menulis rencana ini setelah mendapat tahu dari mulut salah seorang
Doktor pakar yang berkhidmat di hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu
mengenai tiada kos peruntukan ubat ubatan khas kepada pesakit radang prostat .
Berpandukan
kepada apa yang dinyatakan mengenai kos peruntukan ubat ubatan khusus kepada
pesakit radang prostat hanya dua jenis ubat sahaja yng ada di farmasi hospital
besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Beliau
menyatakan hanya dua jenis ubat sahaja yang ada di farmasi hospital besar ini,
itu ubat Fincar finasteride tablest USP 5mg dan Xatral XL 10 mg.
Dua jenis
ubat ini sahaja yang ada di Farmasi Hospital besar Sultanah Nur Zahirah Kuala
Terengganu membuat saya terkejut dan hairan,
Mengapa? kerana tak munasabah tiada kos peruntukan
sedangkan perdana meteri menteri kewangan mendewa dewakan dinyatakan rakyat didahulukan.Rakyat didahulukan hidup sengsara.
Bayangkan,
jika ubat Fincar dan Xatral XL tidak sesuai dengan seorang pesakit radang
prostat A.dan tidak memberi apa kesan.Sudah tentu peakit berkenaan kena beli
ubat yang mahal harga di lain lain Farmasi.
Bayangkan
pesakit itu seorang yang miskin. Sudah tentu tidak mampu membeli ubat yang
mahal, kecuali panandol. Apakah yang terjadi dengan pesakit berkenaan.Lainlah
bagi mereka yang berkemampuan.Bagaimana pula kepada mereka yang miskin?