Friday, December 29, 2017

Pengurusan FELDA main silat mata



FELDA  dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta,
.Memang FELDA sudah tidak ada  kena mengena lagi dengan tanah tersebut,kerana telah di tukar  hak milik kepada pihak pemaju dengan projek bangunan 68 tingkat tujuh menara
Walaupun dikatakan tanah milik FELDA itu ditukar menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015 lagi,
Akan tetapi, pada penulis, Pertukaran itu memang sah dan tidak meragukan, kerana dilakukan menerusi kaedah yang dibenarkan Akta tanah Negara.Ia dilakukan mengikut prosedunya.
Mana mana pihak yang hendak memajukan tanah milik mereka, hatta kerajaan sekalipun.Syarat utama kena tukar hak milik dahulu baru boleh dimajukan.

Atas sebab itulah Kerajaaan Malaysia telah kehilangan tanah Negara sebanyak 60 paeratus demi pembangunan citarasa perdana menteri dan kroni kroninya.

Untuk tujuan pembangunan pihak kerajaan kena tukar Status tanah hak milik kerajaan kepada  hak milik pihak pemaju, miskpun hak asasi bangsa  Melayu hilang dan tersingkir

 Pihak FELDA yang menukar hak milik tanah itu kepada nama pemaju pasti dengan satu perjanjian peratusan yang akan diperolehi pihak FELDA.

Kalau bangunan 68 tingkat yang sedang dalam pembinaan itu pasti satu menara antara 7 menara akan jadi hak milik FELDA.

Jadi sah FELDA tidak rugi, malah menguntungkan.Apabila RM 200 juta dikatakan hilang hanya mainan silat mata pihak pengurusan FELDA sahaja.

Perkataan FELDA hilang RM 200 juta kerana tukar hak milik tanah tersebut tidak lojik sama sekali, kerana apabila bangunan yang sedang dalam pembinaaan siap nanti  beberapa buah akan jadi milik FELDA.

Tanah berharga RM 200 juta adalah satu pelaburan yang menguntungkan bukan kehilangan sepertimana yang didakwa. 7 menara, menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad adalah milik FELDA

Dakwaan FELDA kelihangan RM 200 juta satu isu dan proses untuk mengambil RM 2 billion wang  FELDA sepertimana yang dinayatakan jika mahu diambil balik tanah itu FELDA kena bayar RM 2bilion.

Sekarang ini salah seorang ahli lembaga FELDA telah mencadangkan agar tanah itu diambil balik atas alasan FELDA tidak harus kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak itu.

Jika demikian, bagaimana pula dengan  sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.

Ini adalah permainan kayu tiga dan silat mata pihak pengurusan FELDA agar peneroka dan rakyat jelata tidak tidak prejudis dengan pihka pengurusan FELDA.
 
 Atau silat mata agar wang RM 2 bilion dapat masuk dalam saku mereka yang rakus dengan jenayah kolar putih yang di lakukan orang orang tertentu.

Ini juga merupakan kaedah mudah untuk mereka yang diamanahkan menjaga harta FELDA dapat mengumpul harta sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Bayangkan FELDA pernah rugi RM 4.3 bilion dek kerakusan hawa nafsu  lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

Jika hasrat tanah yang sudah bertukar tangan itu hendak diambil balik , maka FELDA akan kehilangan sejumlah RM 2 bilion lagi dan campur dengan Rm 4. 3 billion, jumlah kerugian akan jadi RM 6. 3 bilion..

Pada hal FELDA tidak hilang apa apa pun keatas tanah itu, malah ia akan mendapat pulangan melebihi angka RM 200 juta,atas nama pelaburan Tanah  kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai 7 menara termasuk menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad.

Ini harus difahami betul betul oleh peneroka FELDA. Jangan sepanjang berada sebagai peneroka yang sering kena tipu dengan jenayah lo;ar putih serta pinjaman demi pinjaman diberi untuk menutup mata para peneroka..

Kesian dengan peneroka, kerana sehingga hari ada diantara mereka yang terpaksa tanggung hutang sejumlah RM 46,000.00 setiap seorang.Paling sikit mereka yang kena tanggung sejumlah RM 25, 000.00 setiap seorang dan pernah lunas.

Pendek kata mereka (peneroka) memang tidak pernah dapat  lunas dengan hutang dari Pihak FELDA punca hak milik tanah itu tetap jadi hak milik FELDA buat selama lamanya, hatta kepada generasi kedua ke, ketiga ke dan genarasi keempat ke.

Terbaharu, menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.

Hal ini bukan suatu yang aneh lagi, kerana ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri ada ura ura university Malaya akan dijual dengan harga RM 10 bilion untuk dimajukan dan university berkenaan akan dipindah ke lokasi baru.

Bukan itu sahaja, sudah melebihi 30 buah GLC dijual, termasuk bangunan milik Mas Air line  dijualnya. malah hospital jantung Negara, lubok emas itu  juga hendak di jual.

Pendek kata sudah banyak harta kerajaaan dijual atas alasan mahu jadikan Malaysia Negara maju setanding dengan Negara maju didunia yang menjadi kebanggaan perdana menteri  

Sehingga kini, Felda tidak membuat pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah dengan pemaju utama terbabit.

Thursday, December 21, 2017

Antara hamba Allah dan hamba setan


Baru baru ini kata kata yang berbunyi: semua makhlok adalah hamba Allah ini mengetuk pintu hati penulis.

Mengapa tidak? Kerana makhlok terbahagi kepada dua. non muslim (kafir) dan muslim (islam).

Oleh itu, mustahil makhlok yang kafir jadi hamba Allah. Macam mana mereka jadi hamba Allah, sedangkan mereka benci dengan Allah Subhanahu Wataala.

Ertinya, mereka tidak sekali kali suka dengan Allah subhanahu wataala dan Nabi Mohammad shallallahu alaihi wasallam adalah hamba setan setan.

Atas sebab itulah ianya menarik hati penulis untuk membicarakan isu ini dalam satu tulisan ringan agar tidak mudah menerima bahawa semua makhlok hamba Allah Subhanahu Wataala

Mereka yang benci dengan Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pasti bukan hamba Allah. Mereka adalah hamba setan, termasuk umat 
Islam tak solat lima waktu sehari semalam.

Mengapa tidak? Kerana setan adalah musuh Allah Subhanahu Wataala dan para para nabi dan musuh ketat kepada semua muslim yang beriman.

Sejak kebelakangan ini sudah ada puak yang cuba mengatakan semua makhlok diatas bumi ini adalah hamba Allah Subhanahu Wataala

Macam mana mereka jadi hamba Allah sedangkan mereka musuh Allah dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Hamba Allah, mereka sayangi Allah Subhanahu Wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan patuh dengan perintah yang diturunkan kepada para para nabi.
Iaitu, meninggalkan apa apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala melalui Rasulullah dan melakukan apa apa suruhan Allah dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Demikian hamba Allah. Apabila mereka lakukan apa apa larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah Subhanahu Wataala mereka adalah hamda setan dan bukan hamba Allah.

Walaupun hari ini sudah ada puak yang mendakwa orang kristian yang tidak minum arak, tidak berzina, tidak makan babi, banyak melakukan derma dan tolak trinity tuhan adalah muslim.

Macam mana mereka boleh jadi muslim sedangkan mereka memilih agama lain, bukan agama Islam.

Allah Subhanahu Wataala tidak akan menerima mereka yang memilih agama selain daripada agama islam.

Mereka berhak mendakwa yang mereka juga muslim. Wajarkah mereka jadi muslim sedangkan agama yang mereka anuti itu (kristian) bukan agama Allah.

Apakah wajar mereka ini muslim dan hamba Allah. Pada mereka kafir dan hamba kepada setan musuh yang nyatakan kepada Allah subhanahu wataala dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Tak masuk akal musuh Allah subhanahu wataala dan musuh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam juga sebagai hamba Allah, sedangkan terang terangan mereka adalah hamba setan yang jadi musuh Allah Subhanahu Wataala sampai bila bila jika tidak masuk Islam.


Thursday, December 14, 2017

Seperti si kudung dapat cincin?



Apa apa yang berlaku terhadap wang negera, termasuk kerugian puluhan billion ringgit pasti berpunca angkara perdana menteri yang pentingkan diri sendiri.

Barangsiapa yang ada sifat pentingkan diri memang tidak layak dilantik jadi perdana menteri sesebuah Negara.

Mengapa? Kerana inilah punca adanya penyangak wang Negara yang kita lihat sejak dahulu hingga hari ini dihulu airnya keruh tak dapat tidak hilirnya keruh juga.

Jika zaman Tun Dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri selama lebih 20 tahun itu air dihulu keruh dan dihilir pun keruh juga, miskipun didakwa kerajaan bersih, cekap dan amanah.

Air keruh dalam fiqah Islam mungkin bersih boleh ambil wuduk, tetapi istilah keruh dalam arena politik memang tidak baik kepada pengurusan kewaangan Negara.

Apabila perdana menteri seorang yang pentingkan diri sendiri, sudah barang tentu dilantiknya menteri kewangan yang boleh memberi impak apa apa yang menjadi impian untuk kumpul sebara banyak harta.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohammad telah lantik Tun Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan. Malangnya menteri kewangan yang dilantik itu lama kelamaan disah sudah jadi penyangak wang negera.

Selepas itu dilantik pula Datuk Seri Anwar Ibrahim ayam sabung Tun Dr Maahathir yang dipelihara untuk memberi impak kepada cita citanya. Malangnya menteri kewangan yang juga timbalan perdana menteri itu jadi musang berbulu ayam.

Apabila berlaku demikian, menteri kewangan dipegang sendiri oleh perdana menteri konon mereka yang dilantik itu tidak boleh dipercayai, sedangkan perdana menteri sudah berjaya mengumpul harta puluhan bilion ringgit.

Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu jadi perdana menteri melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan akan tetapi air dihulu tetap keruh juga, apa tah lagi air di hilir, semakin keruh.

Ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambil alih perdana menteri pun demikian sehingga semakin hari semakin banyak skandal berlaku yang menyebabkan wang Negara hilang entah kemana.

Kalau waktu Tun Dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri Tun Daim Zainuddin jadi penyangak wang Negara dan siapa pula bapak penyanggak wang Negara.

Mudah faham, tidak lain dan tidak bukan Tun Dr Mahathir Mahammad yang wajar diambil tindakan undang undang sebagai balasan kemungkaran yang dilakukan sepanjang menjawat jawatan perdana menteri.

Ingat, jangan lupa dengan apa apa yang dilakukan oleh perdana menteri yang baru kerana beliaulah punca air keruh di dihulu masih semakin keruh dihilirnya dek pentingkan diri.

Kelihatan kini, semakin ramai si kudung yang mendapat cincin. Bayangkan si kudung mendapat cincin. sudah barang tentu mereka menjadi gelojoh dan rakus apabila ada kuasa mengendalikan kewangan Negara.

Inilah yang sentiasa mengetuk pintu hati penulis dan juga pintu hati rakyat jelata miskipun dilaungkan slogan rakyat didahulukan.

Monday, December 4, 2017

BN cuba tutup mulut Pas?



Sejak akhir akhir ini boleh dikatakan Pas tidak lagi menghentam kerajaan pusat yang diterajui Datuk Seri Mohd najib Razak.
 
Tidak dinafikan pas masih tidak boleh mebisu seribu bahasa terhadap silap langkah yang dilakukan oleh para pemimpin dan menghentam umno/BN.

Barangkali sejak kebelakangan ini sudah banyak bantuan diberi oleh kerajaan pusat kepada  kerajaan Kelantan yang dikatakan kerajaan miskin rakyat kaya itu.

Ada yang berkata itulah puncanya pas tidak lagi menghentam kerajaan Pusat, seolah olah umno sudah berjaya menutup mulut mulut para pemimpin pas termasuk menutup mulut presidennya.

Sesungguhnya presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dituduh bersyubhat dengan Najib Razak yang banyak merompak wang rakyat.

Presiden Pas dikatakan membisu kerana mahu bekerjsama dengan umno dan banyak lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang

Rupa rupanya semua yang dilemparkan itu tidak benar belaka apabila motif Barisan Nasional memberi bantuan kepada kerajaan Kelantan terbongkar juga akhirnya.

Motif sebenar pemberian bantuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menutup mulut para pemimpin pas agar tidak lagi menghentam kerajaan Pusat.

Perkara ini telah disuarakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohammad, bahawa Barisan Nasional (BN) negeri kesal dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang berterusan menghemtam Kerajaan Pusat meskipun pelbagai bantuan dan pembangunan telah disalurkan.

Pengerusi BN negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Pusat sentiasa dipersalahkan dan menjadi mainan sindiran wakil rakyat mereka.

Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan di Kelantan selain menyalurkan bantuan, namun kerajaan negeri tidak pernah bersyukur.

“Pelbagai isu dibangkitkan termasuk kelewatan projek yang diluluskan seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dan Hospital Bachok selain Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Bagaimanapun, kita terima kritikan dan Kerajaan Pusat akan sentiasa membantu Kelantan demi kebaikan rakyat.

Kata Datuk Mustapa lagi, Memang kita dukacita dan merasakan seolah-olah tidak adil kerana kerajaan negeri dan Pusat sudah berbaik-baik,

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek pembinaan ECRL mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat termasuk bakal menarik pelabur ke kawasan Pantai Timur.
Katanya, kesan daripada pembinaan projek tersebut turut memberi kelebihan kepada Kelantan khususnya untuk menarik pelabur dan kemudahan perhubungan kepada rakyat.

“Jangan kata projek ini tidak penting atau tidak perlu didahulukan, kerana apa yang dilakukan Kerajaan Pusat sudah dikaji terlebih dahulu,” katanya.

Pada penulis, pas tetap bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaaan BN kerana banyak membntu kerajaan Kelantan. Akan tetapi banyak lagi perkara yang buruk diperlakukan oleh BN terhadap kerajaan Kelantan berbanding bantuan yang diberikan.

Oleh itu, mereka tidak boleh berdiam diri, malah kena ambil sikap hentam dan terus menghentam. Lebih lebih perjuangan pas tidak sama dengan perjungan UMNO/BN. Pas utamakan kepentingan rakyat manakala umno/BN utamakan kepentingan peribadi pemimpin.

Seperkara lagi, para pemimpin pas Kelantan tidak boleh ditutup mulut mereka kerana apa yang diperlakukan oleh kerajaan BN itu tidak ikhlas, malah bermotifkan rasuah sepertimana rasa kesal yang disuarakan Datuk seri Mustafa Mohammah itu.

Mereka ingat apabila sudah diberi bantuan BN pusat tidak dihentam lagi. Rupa rupanya pas macam biasa juga masih menghentam habis habisan kerana mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat jelata bukan kepentingan diri sendiri. 

Inilah punca Pas enggan hendak bekerjasama dengan umno kerana prisip perjuangan antara kedua parti sangat berbeza.BN beri bantuan untuk tutup mulut Pas tanpa menyedari semua itu adalah rasuah.

Friday, December 1, 2017

Ego Mahfuz Omar terbongkar




Mahfuz Omar Ahli parlimen Pokok Sena Kedah namanya dikatakan telah disingkir oleh Pas sebagai calon untuk bertanding pada PRU 14 nanti.

Bermakna, beliau walaupun masih kekal sebagai ahli pas sudah tidak ada dalam senarai calon pas Kedah yang akan bertanding pada PRU 14 yang akan diadakan bila bila masa dari sekarang.

Akan tetapi masih ada yang bimbang, kerana nama Mahfuz disingkir oleh Pas kedah dan bukan Pas pusat, sedangkan pas pusat yang memnentukan senarai yang layak bertanding pada Pru 14 nanti.

Pas kedah hanya menghantar senarai calon kepada Pas pusat untuk dipertimbangkan menjadi calon yang layak bertanding pada mana mana pilihanraya umum.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang disingkirkan nama oleh pas Kedah ada kemungkinan akan dipertimbang semula sebagai calon pada pru 14 nanti oleh Pas Pusat.

Mengapa tidak? Beliau masih seorang ahli pas yang barangkali boleh dipertimbangklan semula untuk bertanding pada PRU ini.

Mahfuz walaupun menjadi duri dalam daging kepada pas, akan tetapi masih disayangi oleh kebanyakan ahli jawatan pas pusat, termasuk Mat Sabu dan Husam Musa.

Datok Husam Musa walaupun sudah dipecat masih ramai lagi ahli jawatan kuasa Pas pusat sayanginya, kerana dia orang baik dan dia orang bijak yang ada potensi diangkat sebagai pemimpin pelapis pas suatu masa akan datang.

Mat Sabu presiden Pan walaupun dicop sebagai pemimpin yang derhaka juga masih ada yang sayanginya, malah masih ramai yang duduk berdoa agar Mat sabu rujuk semula dan menyertai pas. Lebih lebih lagi ada yang menganggap tali hayat parti PAN tidak panjang.

Sehubungan itu, kehadiran Mahfuz Omar pada majlis menandatangani perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat dengan Invoke Solutions Sdn Bhd (INVOKE) pada 19 November, membuktikan peluang untuk  bertanding pada PRU 14 cerah.

Pada penulis,  pengisytiharan harta Mahfuz membutikan beliau berhasrat untik menjadi calon untuk bertanding sama ada atas tiket pas dan parti Amanah.

Buktinya,  pengisytiharan harta yang Mahfuz buat, bahawa “Saya, Dato’ Mahfuz bin Omar (No. Kad Pengenalan: 570825-02-6067) yang beralamat di 11, Taman Al-Walid, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah, dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 bagi tujuan mengisytiharkan harta saya sebagai seorang yang berminat menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14.”

Maka Sahlah  pengisytiharan harta yang dibuat itu adalah kerana minat dan yakin sertai mempunyai harapan untuk bertanding semula pada PRU 14 ini, miskipun namanya sudah disingkir Pas Kedah.

walaupun namanya sudah tersingkirkan namun atas hujah masih yakin dan percaya yang dia masih layak menjadi calon, maka mahu tidak mahu pengisytiharan harta ini mesti dibuat untuk menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sama samalah kita tunggu dan tengok apakah nama musuh dalam selimut ini akan masuk dalam senarai calon pas pusat  atau sebaliknya, kerana ada suara yang mengatakan atas sebab mahfuz masih disayangi, maka dia tidak dipecat keahliannya sepertimana nasib buruk yang menimpa Datuk Husam Musa..