Apa apa yang
berlaku terhadap wang negera, termasuk kerugian puluhan billion ringgit pasti
berpunca angkara perdana menteri yang pentingkan diri sendiri.
Barangsiapa
yang ada sifat pentingkan diri memang tidak layak dilantik jadi perdana menteri
sesebuah Negara.
Mengapa?
Kerana inilah punca adanya penyangak wang Negara yang kita lihat sejak dahulu
hingga hari ini dihulu airnya keruh tak dapat tidak hilirnya keruh juga.
Jika zaman
Tun Dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri selama lebih 20 tahun itu air
dihulu keruh dan dihilir pun keruh juga, miskipun didakwa kerajaan bersih, cekap dan amanah.
Air keruh
dalam fiqah Islam mungkin bersih boleh ambil wuduk, tetapi istilah keruh dalam
arena politik memang tidak baik kepada pengurusan kewaangan Negara.
Apabila
perdana menteri seorang yang pentingkan diri sendiri, sudah barang tentu
dilantiknya menteri kewangan yang boleh memberi impak apa apa yang menjadi
impian untuk kumpul sebara banyak harta.
Sebelum ini
Tun Dr Mahathir Mohammad telah lantik Tun Daim Zainuddin sebagai menteri
kewangan. Malangnya menteri kewangan yang dilantik itu lama kelamaan disah sudah
jadi penyangak wang negera.
Selepas itu
dilantik pula Datuk Seri Anwar Ibrahim ayam sabung Tun Dr Maahathir yang
dipelihara untuk memberi impak kepada cita citanya. Malangnya menteri kewangan
yang juga timbalan perdana menteri itu jadi musang berbulu ayam.
Apabila
berlaku demikian, menteri kewangan dipegang sendiri oleh perdana menteri konon
mereka yang dilantik itu tidak boleh dipercayai, sedangkan perdana menteri
sudah berjaya mengumpul harta puluhan bilion ringgit.
Tun Abdullah
Ahmad Badawi sewaktu jadi perdana menteri melantik dirinya sendiri sebagai
menteri kewangan akan tetapi air dihulu tetap keruh juga, apa tah lagi air di
hilir, semakin keruh.
Ketika Datuk
Seri Mohd Najib Razak mengambil alih perdana menteri pun demikian sehingga
semakin hari semakin banyak skandal berlaku yang menyebabkan wang Negara hilang
entah kemana.
Kalau waktu
Tun Dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri Tun Daim Zainuddin jadi penyangak
wang Negara dan siapa pula bapak penyanggak
wang Negara.
Mudah faham,
tidak lain dan tidak bukan Tun Dr Mahathir Mahammad yang wajar diambil tindakan
undang undang sebagai balasan kemungkaran yang dilakukan sepanjang menjawat
jawatan perdana menteri.
Ingat,
jangan lupa dengan apa apa yang dilakukan oleh perdana menteri yang baru kerana
beliaulah punca air keruh di dihulu masih semakin keruh dihilirnya dek
pentingkan diri.
Kelihatan
kini, semakin ramai si kudung yang
mendapat cincin. Bayangkan si kudung mendapat cincin. sudah barang tentu
mereka menjadi gelojoh dan rakus apabila ada kuasa mengendalikan kewangan
Negara.
Inilah yang
sentiasa mengetuk pintu hati penulis dan juga pintu hati rakyat jelata miskipun
dilaungkan slogan rakyat didahulukan.
No comments:
Post a Comment